ads

Wednesday, June 29, 2011

Restoran Makan Sedap Best Di Melaka, Asam Pedas Terbaik Melaka

Salam Sayang,

Cuti Sekolah lepas, kami ke Melaka.Bukan bercuti panjang tetapi  just a weekend getaways.Abi teringin nak makan asam pedas Melaka.Ketagihan sungguh.Hari tu makan asam pedas Johor di dataran glomac.Tetapi masih tak puas hati.Tidak sama katanya.Ummi pun tahu masak Asam Pedas.Tapi nak makan Asam Pedas Hjh Mona jugak! Apa lah Hjh Mona letak dalam kuahnya.Sampai suamiku addicted! Hehe.Tak kisah lah.Jom lah ke Melaka.Ummi orait je! Cuti cuti memang seronok.Melaka kampung kami.Tapi kampung sendiri pun tak habis jalan.Jadi, pecut ke Melaka.Satu jam setengah sudah sampai.

Cowboy ummi!

Sampai terus lunch di restoran Hjh Rahmah,di Jalan Bukit Katil.Berdekatan dengan JPJ,Melaka.Restoran ini memang destinasi wajib kami sekeluarga  jika balik ke kampung selain medan ikan bakar umbai atau muara sg Duyung.Ini lah restoran kegemaran kami.

Menu tengahari kami.Kari kepala Ikan,Sotong goreng tepung,Ulam-ulaman dan Air tebu sejuk! Complete set!.Alhamdulillah.Sangat sedap.Licin pinggan.Kalau ke Melaka, singgahlah restoran ini tau! Memang takkan meyesal.:)

Kemudian kami check in ke Hotel Abadi.Hotel ini baru 5 bulan beroperasi.Harga bilik dapat harga promosi lagi.Langkah kanan.:)

Besar biliknya.Servis pun lengkap.


Hotel ini tiada pool.Tapi ada bath tub! Aufa tak nak keluar.Berendam lama siap berenang kuak lentang! Best katanya.Pool kecil pun best!



Malam kami ke Melaka River Cruise.Kan saya dah cakap.Kampung sendiri pun tak habis jalan lagi.Jadi,baru terhegeh hegeh nak pergi lah ni.Hehe.Kami pergi masa cuti sekolah.memang panjang sangat beratur.Tapi meriah sebab ramai kanak-kanak.Perasaan seronok  terasa dan berjangkit oleh kerana kegembiraan mereka.

Ummi,that's elephant!


Cantik sangat permandangan semasa cruisng.Pengalaman menarik bagi kami.Kebetulan waktu ini sedang berlangsung Pesta Sungai Melaka.Terdapat gerai-gerai menjual, pameran autoshow, persembahan seni dan kebudayaan.Memang meriah sangat malam itu.Ramai pengunjung.Ummi sempat beli kek sarawak di salah satu gerai di situ.Kek sarawak dari Melaka ya.:)


Perancangan awal, kami mahu makan malam di restoran asam Pedas Hajah Mona,di Jalan kota Laksamana.Pernah pergi sekali masa balik kampung sebelum Adam lahir.Asam pedasnya memang marvelous.Bila kami sampai restoran tutup! Abi dah frust menonggeng! Rupa-rupanya hari Ahad tutup.Waktu beroperasi isnin sehingga sabtu.5 petang hingga 5 pagi.Kecewa.Jadi kami cari restoran asam pedas berdekatan.Tetapi sayang sekali, asam pedasnya tidak sehebat air tangan Hajah Mona.Balik hotel dengan kecewa lagi.Kalau mahu rasa asam pedas Hjh mona yang mantap ni korang jangan lah datang hari Ahad ya.Ingat tuh! :)


Esok selepas check out,kami jalan -jalan sekejap ke kampung mortem tengok keindahan dan keunikan rumah melayu yang masih dipelihara.Kemudian jalan ke bandar sekejap.Ummi plan mahu lunch di Radix Fried Chicken di Mydin Mall.Tetapi Abi masih belum puas hati.Mahu menjenguk sama ada Hjh Mona membuka restorannya atau tidak.Sanggup tu! Mana tahu dia buka.Masih berharap.Ish ish ish..


Bila lalu,sekali bukak! Menjerit suka gembira lah Abi seperti kanak-kanak mendapat aiskrim.Hehehe.Tetapi Asam pedas daging tak ada.Ikan pari dan ikan kembung saja yang ada.Akhirnya,kami dapat menikmatinya juga.Memang licin pinggan kami.Kuah asam pedas pun licin.Siap tapau kuah untuk bawa balik.Tambah ikan kat rumah nanti.Hehe.Kalau ke Melaka,singgah lah ke sini.Hjh Mona asam pedas,No 6,Taman Kota Laksamana, 75200, Melaka.

Apalah rahsia asam pedas hjh Mona ini? Mak cik mona boleh tak ajar saya? Apa rahsianya? Please mak cik.... Hehe.

Itulah cerita mengenai entry ini.Semuanya kerana Asam pedas Melaka...:)

13 comments:

Normaliza said...

mujur restoran tu buka juga akhirnya..kalau tak, kesian Abi..hehe

yatie chomeyl said...

wah sanggup k emelka semata-mata sam pedas makcik tu ye. nasib baik hubby u tak ngidam nasi kerabu ke nasi dagang, kalau tak..jenuh nk drive smp ke Kelate or Tganu hehehe

Unknown said...

asam pedas daging tak pernah cuba lagi..tapi paling suka asam pedas ikan sembilang..saya paling suka asam pedas hajah aini..tiap kali balik johor mesti request (mak saya la tu :P)

ibu MZW @ farah idayu said...

eh..eh..melaka kira kampung saya juga sebab ramai sedara mara di sana dan nenek pun skang stay sana..ekeke..wah2! abi nya itu mmg beriya2 sungguh nak makan asam pedas makcik mona ye..ummi cepat2 kene minta resepi dr makcik mona..huhu~

♥MAMASYAZA♥ said...

asam pedas ikan pari kesukaan akak

Lynn Huraiza said...

salam...
memang sedap ek asam pedas tu...
nanti gie melaka boleh la makan asam pedas tu...

e.l.i.z.@ said...

sedap sgt ke asam pedas kak mona ni? *x best panggil hajah :P

dinor's family said...

ibu pun suka asam pedas melaka,cantiknya pemandangan d mlm hari d sg melaka tu..ibu pergi n naik bot pada siang hari 2minggu lps seronok g melaka..

nieda said...

melaka mmg best...asam pedas sedapnya

Ummi Salsabila said...

Normaliza : betul.Kalo tak kempunan tak sudah2!.:)

Yatie : nsb baiklah jauh yang.kalo dekat,i pun nak mengidam gak nasi kerabu,kopok leko,sata.awww!!

Rai : air tgn ibu mmg paling sedap kan.mak cik rai mesti good cook :)

Ummi Salsabila said...

Farah idayu : org melaka juga ke? samalah kita!

Mamasyaza : suka jugak!

Lynn : pergi jgn tak pergi.sedap!

Kak Eli : ikut tekak kami sedap.tatau pula kalo org lain :)

Ummi Salsabila said...

Dinor : cantik juga di waktu mlm.meriah dgn lampu warna warni :)

Nieda : betul! Melaka mmg best.mcm2 Ada!

Papa-NtiQ said...

Hi Ummi...saya baru je pegi kat hjh mona ni 2/3 minggu lepas. OK rasa dan ramai sesak orang. Susah cari parking. First time pegi sana biase nye makan kat asam pedas malinja atau pun asam pedas selera kampung.
Pics dah upload so senang2 tu singgah la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan hehe..takde topik lain.
Kalu sudi follow la yer blog saya TQ


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers