ads

Sunday, June 26, 2011

Borneo : Hari Terakhir

Salam Sayang,

Bila lah nak habis cerita di Sabah ye.Entry kali ini penghabisan cerita kami mengembara di bumi Sabah.Lambatnya habiskan.Yang penting enrty-entry di Sabah dapat jadi rujukan kepada kawan-kawan yang mahu bercuti ke Sabah nanti.Ada yang dah book tiket,ada yang sedang merancang.Anyway,Selamat bercuti ke Sabah yang indah!


Hari ke tujuh : 20 May 2011, Hari Jumaat

Hari terakhir kami di Sabah, Allah turunkan hujan yang lebat pada pagi itu.Perancangan hari ini kami mahu ronda lagi sekali round ke Pulau.Selepas sarapan di hotel dan check out, kami terus ke Jesselton Point untuk mengambil bot ke Pulau Sapi.Bayaran bot dan cukai ada saya nyatakan di entry sebelum ini,hari kedua di Pulau Manukan.Sempat juga shopping di Jesselton Point.Abi mahu snorkelling.Jadi disebabkan tidak mahu berkongsi snorkel dari orang lain.sanggup dia beli juga.Haha.Harga barangan kraftangan,dan cenderahati di sini cantik-cantik juga.Tetapi harganya lebih tinggi dari di pasar philipine.

Kami memilih Pulau Sapi kerana kata egen pulau Sapi mempunyai lebih banyak coral.Kami mahu menghabiskan masa di satu pulau saja sebab pantai dan keindahan pantainya tetap sama.Jadi,Lain kali datang ke Sabah boleh ke 3 pulau lagi,Mamutik,Gaya dan Sulug.Sedapkan hati je sebab tak dan lah nak round semua pulau! Hehe.Pulau Sapi lebih kecil dari Pulau manukan.Jadi,persisiran pantai agak padat dengan pengunjung.Ketika sampai kami cari port sesuai untuk lepak.Egen cadangkan kami sewa tikar, RM10 dan Abi sewa safety vest RM10.Kalau nak sewa snorkel boleh juga,RM10 juga.Tetapi Abi dah beli senyap senyap snorkel tadi di jeti.Sabar jelah.

Adam lebih relax naik bot kali kedua.:)


Kemudian Abi snorkelling.Ummi jaga anak-anak leka bermain pasir.Abi kata  seronok pegang ikan-ikan cantik-cantik dan jinak-jinak.Coral pun ada.Dengar cerita jelah kan.Hehe.Bila dah tengahari lapar pula.Disini ada juga disediakan cafe.Keistimewaan di Pulau Sapi ialah ada disediakan makanan BBQ oleh pihak egen,RM45 per  seorang.Kalau order untuk seorang pun takpe,sebab pilihan makanan sangat banyak dan boleh ambil semua..Boleh lah kami share -share.Hehe.Lagipun mahu simpan perut nak makan restoran istimewa nanti.Tunggu restoran apa itu? Tunggu..:)

Benda alah pengorek tu beli di jeti tadi.Ada aktiviti dorang sementara Abi snorkel.


video anak-anak main pasir :)

Adam bukan setakat pasir dia main.Daun,buah-buah kering yang jatuh pun dia nak makan! Semua nak masuk mulut.

macam dah sunburn je.Belum sehari snorkelling.Hehe

main pistol air pula

Habis sampai atas kepala pasirnya!

Aufa memang leka betul main tak henti-henti.Ajak makan pun tak layan.

Lepas snorkel.sempat celup-celup mandi kejap.Aufa biasalah susah nak pujuk suruh naik.Suka mandi laut!

 
Happy family <3 *Love*
 
Pantai Pulau Sapi yang dirindui


Video yang kami rakam  di pulau Sapi.Subhanallah!

Aksi melompat Aufa.Yeay! Im so Happy! Wajib kena ada aksi melompat ni kat pantai kan?:)

Aufa lagi.Dia suka bergambar.Asyik suruh ambil gambarnya saja.Tapi ummi suka gambar nih.

Lepas bersihkan badan dan solat.Kami terus balik semula ke Jeti.Sampai di Jesselton point,kami singgah beli aiskrim buatan tempatan dijual di gerai jeti tersebut.Sedap aiskrimnya.Thanks Kak ain kerana mencadangkannya. Destinasi terakhir kami ke Atmosphere Revolving Restaurant terletak di tingkat 18  Bangunan Yayasan Sabah atau sekarang dikenali sebagai Menara Tun Mustapha.Thanks sekali lagi kepada kak ain kerana mencadangkan kami ke sini.

Restoran ini berputar selama satu jam.sungguh romantik melihat permandangan indah sambil menjamu selera.Siap dipasang lagu-lagu romantik.Best2! :)

saiz makanannya saiz besar,halal, tak mahal sangat lagi Sedap-sedap! Sedang lapar pula.Yummyyy!Alhamdulillah.

 Kami sedang berputar.weee!!.Pengalaman pertama seumur hidup juga ini.

Yes, I love you.* Aisheteru*

Selepas makan,kami bergegas ke LCCT.Kami selamat sampai ke KL pada pukul 10 malam.Berakhirlah cerita pengembaraan Upin dan Ipin ya.Hehe.We love Sabah Borneo.Kami terlalu sayangkan bumi Sabah.Kalau ada kesempatan dan rezeki mahu ke sana lagi.Alhamdulillah,percutian kali ini sangat seronok buat kami.Memang bahagia tak kira bercuti kemana pun tempat percutian asalkan bersama keluarga.Ya Allah,kau berikanlah kami,ahli keluarga dan kawan-kawan kami kelapangan masa dan rezeki untuk menikmati keindahan ciptaan hasil tangan Mu.Sesunguhnya Kau pencipta Maha Agung bagi segalanya.

Semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kalian.
Jumpa lagi di destinasi seterusnya,InsyaAllah :)

5 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

geram tengok baby adam main pasar...so cute

SJNathaniel said...

bes nyer cuti cuti msia..anak anak sgt seronok kan..

Ummi Salsabila said...

Mamasyaza : habis satu badan berpasir kak.:)

mommy YEN : Alhamdulillah.si kakak lah paling seronok.:)

ibu MZW @ farah idayu said...

Salam US,
nak tanya harga tiket flight utk ke sabah family pakej ade x? utk 4 org punya (parents + 2 kids). air asia or mas? kami plan nak cuti2 akhir tahun ni. cam best plak bila tgk ur family ke sabah ni.hehe..nanti kalo jadi nak mnta tlg bg list tempat best kat sabah ye ;) thnx sahabat =)

Ummi Salsabila said...

Farah idayu : kami tak sure pula yg tu.kalau baby free.tapi aufa dah masuk satu seat sama harga org dewasa.so,sume sekali 3seatlah.

cuba tgk website airasia.mungkin ada buat promosi.nnt kalo pi.bacalah entry2 saya.boleh jadi rujukan tmpt best di Sabah.:)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers