ads

Wednesday, June 1, 2011

Borneo : Seafood

Salam Sayang, 

Jom sambung semula tentang sabah bah! Baik sambung sebelum short term memory saya hilang:)

sotong dan ketam

Pelbagai ikan bakar

udang harimau! ngauuuummmm!

Sabah memang terkenal dan kaya dengan makanan lautnya.Yummmmm..saya suka seafood! Datang ke sabah memang teruja untuk menikmati makanan lautnya.Sepanjang di Sabah, kami menikmati seafood di pasar malam philipines.Terdapat banyak tempat pilihan gerai.Pilih saja mana yang suka atau anda mungkin rajin survey harga-harga makanan laut yang dijual.

Gerai gerai disini hanyalah gerai biasa,kerusi dan meja hanya yang paling  asas. Tempat yang berasap, sesak dengan pelbagai jenis manusia,memang bukan lah tempat yang romantik.Yelah,seperti keadaan sama di pasar malam kita! Tetapi siapa boleh tahan kesegaran dan kemanisan makanan lautnya walaupun kadar kebersihan just ok-ok saja.Kalau makan di hotel pun belum tentu dapat makan yang sedap sama seperti makanan di pasar malam atau di jalanan.Betul lah kata pepatah, Don't judge a book by its cover.:)

Harga makanan laut disini pula murah-murah! Semuanya bergantung kepada saiz.Dari kecil hingga XXXL pun ada.Tapi semasa memilih jangan lupa tawar menawar.Ikan bergantung kepada jenis dan saiz.Di sini tak kira ikut timbang tetapi ikut harga seekor.Udang harimau, bergantung pada saiz juga, dari RM8 kepada RM25.Sotong RM10 satu cucuk.Udang kecil, RM5 secucuk.Jangan lupa cuba rumpai laut.Makan seperti ulam-ulaman.Should try!

Bila ke sini,harga keseluruhan kami satu family makan puas-puas dalam RM80-100.Murah kan? Kalau di KL,memang tak dapatlah harga macam ni.Tetapi kalau kami makan berdua,ambil ikan saiz sederhana,sotong satu cucuk,udang satu cucuk, baru harga RM30.Alhamdulillah,puas makan.Seafoodnya segar dan manis rasanya.Cuma, pencicahnya tak kick sebab tak pedas.Ada kuah belacan dan air asam.Tak kick lah bagi saya yang kuat pedas ni.Hehehe.



Sepanjang di sini,minuman rasmi kami ialah air kelapa.slurrrppp.burp.Hehe.Alhamdulillah.Kalau waktu siang, beli satu bekas RM1.Sedaplah sebab tak cair macam kat KL.Hehe.


Sayap atau chicken wing.Hehe.Ada kata sedap.Tapi  kami tak cuba.:)

Anjung selera

candle light diiner.Ahaks!


Hari kelima, petang tadi mak dan adik-adik sudah balik.Jadi tinggal kami dengan anak-anak.Malam perut lapar kami ke Anjung selera.Ada seorang penduduk cadangkan kami ke sana.Tempat makan di tepi laut di area Likas.Jalan ke One Borneo shopping Mall, nampak Anjung selera ini meriah di tepi jalan.

Memang meriah.Kami pilih meja dihadapan laut.Atas meja diletak lilin.romantik lah.Hehe.Jadi,kami order tomyam campur, butter prawn dan kerapu tiga rasa.semuanya saiz S.Jus buah tiga cawan.Biasanya di KL, order nasi putih 3 pinggan sebab selalunya tak cukup.ciput je.Tapi di sini, banyak betul nasinya.ada satu mangkuk besar juga lah.ummi tak habis nasi walaupun kongsi dengan Aufa.Lagi satu bungkus je bersama tomyam.Tomyam nya tak pedas, tapi manis.Mungkin orang di sini tidak makan pedas.So,semuanya genap-genap RM35.Murah.Kat KL nan ado dapat harga macam ni kan.Puas makan seafood.Alhamdulillah.

Bila selesai makan, nak balik.Terjumpa ada orang  jual durian.Teringat Mak ada kata, teringin mahu rasa durian Sabah.Tak ada rezeki Mak nampaknya, Mak dah balik baru kami terjumpa.:) Mak kata durian kalau lain-lain tempat,lain tanah, lain rasanya.:)

Alhamdulillah,syukur atas rezeki dan nikmat dariNYA.


Ok,sambung lagi later ya ..:)

10 comments:

yatie chomeyl said...

seafood2 itu sgguh mencengkam jiwa menengok nya

munira said...

wow..murahnya!
sangat-sangat murah lor....
memang berbaloi-baloi!
err tergoda tengok gambar ni..

OneSimpleMother said...

nampak sangat tempting seafood tu.. akak masa kat sabah dok kat sandakan. merasalah jugak seafood sandakan. sedap dan murah juga.. :)

Ummi Eisya&Amani said...

adoi...lapar tgk makanan ni..

Unknown said...

meroyanla saya kalau dapat makan seafood banyak2 camtu..besar kemain ketamnya..

♥MAMASYAZA♥ said...

fuyooo bestnya tgk udang n sotong tu, mesti sedap nihhhh

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

murah giler tueee....nasib baik ler jauh bebenor kat Sabah kalau tak mesti BSB nak p try nie...

Ummi Salsabila said...

yatie : so tempting kan.:)

munira: betul,Kat KL tak dpt la cmni..

onesimple mother : tak sempat ke sandakan ritu.Bila nak pi lg eh.

Ummi Salsabila said...

Ummi eisya : sabar2..tak pe,nnt pergi sabah kan.:)

Rai : betul,mmg meroyan.takpe,beli ketam kat pasar.grill sendiri.sama juga.:)

Mama syaza : sotongnya sgt sedap.fresh! :)

BSB : Tula,padan le jauh kan.aduh,termimpi2 lagi ni tgk seafood ni.nape la jauh sgt.hehe.

skuterlady.blogspot.my said...

short term memory?
hahahaaa..
Saya pun ade masalah yang sama..
Orang selalu bengang dengan masalah saya tu..ngee...


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers