ads

Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Belajar ilmu kedapuran

Alhamdulillah,suami belikan saya oven kecil.Jadilah untuk saya belajar ilmu baking dan grill.Sebenarnya sudah ada microwave oven di rumah.Tetapi bila saya membakar kek, bahagian bawah kek tidak masak.Mungkin kepanasan microwave hanya membakar di bahagian atas sahaja.Atau saya tidak tahu menggunakannya.Tidak pasti.

Semalam dapat bil eletrik bulan ini.Sila terkejut.Bil naik RM100.Besar kemungkinan gara-gara projek saya bersama oven kecil ini.Boleh tahan jugak kau makan karen ya!.Walau bagaimanpun sudah berpuas hati dapat membuat beberapa jenis resepi.Jadi,mahu kongsikan disini resepi sebelum kedatangan bulan Ramadhan.Saya tidak mahu ada yang terliur.meleleh.tergoda tengok makanan semasa bulan puasa.Berdosa pula saya.Baik saya post sekarang.Hehe.

1. Pavlova

Pavlova ialah sejenis desert yang diluarnya rangup tetapi didalamnya lembut seperti mashmallow.Rasanya manis,dihiasi dengan cream dan buahan segar.Rasa manis,lemak dan masam memang kena! Nikmatnya.

Kawan-kawan,saya ikut sebijik-sebijik resepi joy of baking.Lama saya mahu belajar buat.happy sebab berjaya jugak.Hehe.Resepinya mudah.Sebelum buat study dulu cara-cara buat melalui video demo yang disediakan.Alhamdulillah jadi juga.Cuma whipped cream saya cair.Saya tidak pasti mengapa.Kena belajar lagi.Finally,this is my very very first pavlova.puas hati mak!  dapat makan puas-puas.Yummmmm..:)

my first pavlova.:)
Resepi Pavlova :



4 large (120 grams) egg whites
1 cup (200 grams) superfine (castor) sugar
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1 teaspoon white vinegar
1/2 tablespoon cornstarch (corn flour)
Topping:
1 cup (240 ml) heavy whipping cream
1 1/2 tablespoons (20 grams) granulated white sugar (or to taste)
1/2 teaspoon pure vanilla extract
Fresh fruit - kiwi, strawberries, raspberries, blackberries, passion fruit, peaches, pineapple, or other fruit of your choice
Cara-cara :-

 (1) Untuk Pavlova:
• Panaskan oven ke 250 degrees F (130 degrees C).
• Lukis bulatan 7 inch (18 cm) atas baking sheet.
• Pukul putih telur sampai jaid macam ada tanduk *meringue*.
• Tambah gula ssedikit demi sedikit dan set mixer dengan kelajuan high speed, sampai meringue kental (rasa dengan jari adunan itu kalau nak pastikan gula dah betul-betul sebati. The meringue should feel smooth, not gritty. If it feels gritty the sugar has not fully dissolved so keep beating until it feels smooth between your fingers).
• Masukkan esen vanilla. Taburkan vinegar dan tepung jagung atas meringue itu dan kacau sebati guna spatula.
• Curahkan dan ratakan meringue di dalam papan pembakar ikut bulatan yang dah di lukis tadi. Ratakan hujung nya, pastikan hujung meringue tu tinggi sikit dari yang di tengah. (You want a slight well in the center of the meringue to place the whipped cream and fruit.)
• Bakar 60-75 mins atau sampai outside is dry and is a very pale cream color.
• Tutup oven dan buka pintu oven untuk pastikan meringue sejuk. (The outside of the meringue will feel firm to the touch, if gently pressed, but as it cools you will get a little cracking and you will see that the inside is soft and marshmallowy.)
(2) Untuk topping
• Pukul whip cream + gula sampai kental
• saukan whip cream atas pavlova dan hiaskan dengan buah-buahan.
• jangan letak awal-awal whip cream ni, masa nak makan baru letak.


video demo :


 
Saya juga refer explanation ringkas dari yatie chomeyl.Boleh juga rujuk di entry pavlovanya.Thanks to yatie chomeyl.Sebelum buat memang study betul-betul.Risau tak jadi.Hehe.

2. Ayam panggang with coselaw and mash potato (konon Ala Kenny Rogers)




Untuk ayam ala kenny roger saya beli ayam bulat.Perap kan dengan bawang putih dan bawang besar.Kemudian daun thyme dan daun oregano.Excited guna herba fresh dari anak pokok baru beli di pasar tani.Kalau tiada,guna herba yang kering saja.Kemudian 'spakan' ayam bersama extra virgin oil dan sedikit garam.Senang saja kan.Saya perap biar rempah meresap ke dalam ayam.Esok lusa baru panggang.Bakar ayam pada suhu 180 celcius selama 1 1/2 jam.

Untuk coselaw saya ikut resepi cikmin ini.sedap sangat serupa macam coselaw KFC! Paling sedap makan setelah disejukkan dalam peti ais.Kentang putar KFC pula saya ikut resepi daunpandan.memang macam KFC.its finger licking good!!! Anak-anak sangat suka.memang seronok tengok dorang makan.Aufa suka coselaw.Adam suka mash potato.Yang penting,dapat satu bekas bila buat sendiri.berbaloi-berbaloi.Boleh makan puas-puas.

3.Apple pie and chocolate croissant


Resepi ini saya dari ayinemran.Saya guna instant puff pastry kawan yang berbentuk empat segi kecil.Untuk pai epal.Masakkan inti epal dahulu.Epal yang dipotong kiub masak bersama mentega dan gula kemudian disejukkan.letakkan inti epal dan kelimkan dengan garpu dan telur supaya melekatkan sisi pastri.Kelarkan atas pie supaya wap dapat keluar.Sapukan atas pie dengan egg was (telur dan yang dicampur sedikit air).Untuk chocolate croissant yang tak berapa cun.saya letak coklat cadbury di dalamnya.Gulungkan dan sapukan egg wash  di atasnya.Kemudian bakar pada suhu 180 celcius selama 30 minit.

Dan hasilnya memang buruk.Haha.Tapi yang penting sedap! Licin hubby dan anak-anak makan.:)

Alhamdulillah atas segala rezeki Allah berikan.

Sekian,godaan sahaja godaan saya sebelum anda berpuasa.Selamat mencuba resepi-resepi ini ya kawan-kawan.

Friday, July 15, 2011

Homemade penyet

Assalammualaikum wbt


Peribahasa Ada hari,Ada nasi bermaksud selagi masih hidup, tentu beroleh rezeki.Manakala peribahasa  Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras bermaksud orang yang mampu semua keinginannya tercapai.Jika mempunyai ilmu dapat dimanfaatkan dan beroleh rezeki.Jika mempunyai harta dikembangkan beroleh kekayaan.Itulah kelebihan orang yang berilmu dan orang kaya.Carilah ilmu yang banyak untuk dikongsi.Carilah harta yang banyak bukan saja untuk keinginan sendiri tetapi untuk memberi kepada yang lain juga.

Eh,kenapa saya membebel pulak? Hehe.Saya suka peribahasa melayu kita.Tambah suka pada keindahan bahasa ibunda kita.Sebenarnya,kali ini mahu berkongsi resepi juadah berbuka puasa kelmarin.Saya buat nasi ayam penyet buat kali pertama.Rasanya ramai sudah tahu fenomena ayam penyet yang berasal dari Indonesia ini sudah berleluasa di Malaysia.Macam-macam restoran penyet.Yang pernah saya pergi, ialah ayam penyet A.P, Ayam penyet RIA,Waerong penyet, dan Dapoer penyet.Kesedapan rasa rempah ayamnya memang boleh menyebabkan ketagihan.Mahu lagi.Mahu lagi! Hehe.Saya suka ayam gorengnya ditambah lagi dinikmati bersama sambal istimewanya dan jus alpukat yang lazat.

Jadi, saya mahu cuba belajar membuatnya sendiri.Semangat! Hehe.Alhamdulillah.Suami saya kata sedap.Adik saya kata sedap.Bolehlah buat lagi nanti.Tetapi perlukan sedikit kemajuan.Mungkin perlu menggoreng ayam dengan api perlahan agar warnanya kekuningan cantik.Nak cepat,beginilah hasilnya.Haha.

nasi ayam penyet dan tahu penyet hitam-hitam manis


 Resepi ini saya belajar dari myresepi.Cara nasi ayam dan sup ayam dimasak seperti biasa, kalau terlupa boleh rujuk myresepi semula.Di sini saya mahu kongsi resepi ayam penyet dan sambalnya.

  • Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng. 

  • Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa 

Cara untuk Ayam Penyet
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.Perap lama memang menambah kesedapan rempah ratusnya.Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.Saya suka tahu.Wajib digoreng sekali.Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras. Tujuannya untuk mendapatkan hasil yang rangup. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Apabila digoreng,aroma rempah ratusnya memang menggoda perut! Hehe.

Cara untuk Sambal
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.Kemudian,masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. Masukkan gula merah dan gaul rata. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan. Saya suka sambalnya.Sedap dicicah dengan tahu goreng, keropok goreng atau cucur.Lazat! Mmmm....:)


semuanya hijau.Go green!

Pencuci mulut pula ialah ,buah-buahan masam manis.Lama betul tak nikmati.Apatah lagi menyediakannya.Pencuci mulut ini diajar oleh ibu saudara saya yang ke 17 semasa saya remaja.Bila ada jamuan di sekolah,di universiti saya suka sedikan pencuci mulut ini.Ramai yang menyukainya.Kini saya sudah berkahwin dan beranak pinak,(Eh,padahal baru beranak dua) saya sediakan untuk suami pula.Suami pun suka.Terima kasih mak adik! Sekarang mahu kongsikan dengan disini pula.Hehe.Mudah saja nak sediakan, buah epal (merah atau hijau),pear,lai, dan jambu batu dipotong nipis.Gaulkan bersama ais dan jeruk kulit limau yang disiat-siat dahulu..Memang mengecurkan.Cubalah!

Saya suka jeruk limau yang plastiknya warna hitam.Semalam ada buat lagi,tak berapa jadi kerana jeruknya tidak ada manis,malah pahit! .Salahkan jeruk limau jika tidak sedap ya.Jadi,pilih jeruk yang betul! 

Selamat rajin memasak untuk keluarga.Air tangan isteri dan ibu adalah pengikat hubungan kita dengan mereka,(ingatan untuk diri sendiri).Hehe.

Tuesday, July 5, 2011

Sambal Bali

Salam Sayang,
Lama saya tidak menulis.Sedang sibuk membantu suami menyiapkan kerjanya.Hari ini mahu berkongsi resepi lazat dari turun temurun keluarga kami.Dahulu emak selalu masakkan lauk ini.Saya pernah tanya emak,mana datangnya nama sambal bali itu.Dari Bali kah? Pantai yang terkenal itu? Emak juga tidak pasti kerana emak belajar dari kakaknya di Melaka.Resepi ini memang resepi kegemaran kami di rumah.

Baru-baru ini saya mebaca blog sepupu saya,Kak ain.Baru saya tahu asal temurun dan kisah sebalik resepi ini.Resepi ini dipercayai origin masakan minang dimodifikasi dari keluarga bapa kak ain yang mempunyai susur galur dari Tanah Sumetera.Terima kasih  berkongsi resepi yang sungguh istimewa ini.Disini saya kongsi resepi keluarga kami,Sambal Bali.Terima kasih kak ain.Copy resepi dari blog kak ain.Dasar malas menulis! Haha.

 Tiada cili merah.Umpama solekan tanpa gincu merah.Tak pelah,natural beauty.Haha

Ok,Inilah resepinya,

1) Kisarkan bersama bawang merah dan bawang putih (secawan), kicap masin (secawan), dan cili kering (secawan). Titikkan dua tiga buku lengkuas (sebesar ibu jari).

2) Perapkan bahan kisar dan lengkuas dengan daging atau ayam (sekilo setengah). Masukkan juga asam keping/cuka (secawan) untuk perapan selama sejam (lebih lama lebih sedap).

3) Panaskan minyak, agak agak sesuai dengan cili dan daging yang terlibat. Tumiskan serai (2-3 batang yang telah dititik) dengan daun kari. Tumiskan juga beberapa biji cili hijau atau cili merah Garing, keluarkan cili, tinggalkan serai dan daun kari. 

4) Masukkan bersama mereka bahan yang diperap (daging, dan cili, dsb). Masak hingga daging empuk. Kacau sekali sekala untuk elak daripada hangus.

5) Selepas daging empuk, dan cili garing, masukkan semula cili hijau/cili merah yang digoreng tadi. Untuk hiasan dan aroma. 

6) Selesai masak, tutup api, dan sedia untuk dihidang dengan nasi panas!

Masakan ini sangat komplemen dimakan bersama ikan kering masin yang digoreng garing dan dimakan dengan nasi panas-panas.Selain itu,sesuai juga untuk hidangan hari raya bersama lemang,ketupat atau nasi impit.

Selamat mencuba resepi yang lazat dan istimewa ini!

Wednesday, March 2, 2011

Negeri Sembilan vs Melaka

Assalammualaikum wbt

Orang nogori dan orang melaka punyai persamaan iaitu kuat makan pedas.betuk tak? Selagi tak pedas,tak selera lah! hehe.Berapi lagi sedap.

Tradisi masakan orang melaka ialah asam pedas.Orang nogori pulak masak lomak cili api.Siapa suka angkat tangan? Eh.Angkat keyboard atau mouse korang! Hehe.
Suami suka makan masakan kampung.tekak selera melayu jo.Tak pun masakan arab.Mana yang dia suka tu, itulah kita semangat nak masak.



Ikan parang asam pedas melaka
Resepi asam pedas.Bawang merah dan putih ditumbuk.kalau mesin tak jadi tau! Itulah rahsianya.memang tradisi ni.Lesung batu teman di dapur.Itu yang buat lebih sedap! Tumiskan bawang bersama cili giling dan daun limau purut. .Garingkan cili ni amik masa lama sikit.Bila adam menangis.tutup api kejap.Pastu sambung balik.Hehe.Cili dah garing.Masukkan air asam jawa,ikan dan akhir sekali garam. Senang je kan? Tak payah banyak bahan pun! Resepi asal turun temurun dari ibu saudara di melaka.Kesukaan suami ialah asam pedas daging tetel.Berselera makan.


ayam masak lemak cili padi nogori bersama pucuk ubi
Resepi masak lemak cili api ini juga dari tradisi orang nogori juga.Resepi nya cili api ditumbuk.Ayam yang dibersihkan masukkan dalam periuk.Masak sekejap sehingga daging ayam warna keputihan.Masukkan cili padi tadi.Masukkan serai juga.kemudian masukkan santan dan pucuk ubi.Pucuk ubi sedap kalau disimpul kasihkan dahulu sebelum masuk dalam periuk.Akhir sekali serbuk kunyit dan garam jangan lupa.Senang kan? Tak perlu menumis pun.Masak lemak daging salai pun sama resepinya begini.Tapi daging perlu disalai atau dibakar terlebih dahulu.Baru lah namanya masak lemak daging salai ya..Hehe.


Seronok masak bila ada tukang makannya.Mencabar memasak bila anak-anak mula meragam.Bila siap satu lauk.Lega,itulah nilai air tangan si isteri di campur teriakan si kecil! Hahaha.

Apa lauk kegemaran suami korang? Apa  masakan tradisi yang korang suka?

Wednesday, August 25, 2010

Soto Saya

Salam ramadhan semua..

Ini entry makanan.hehe.menu berbuka bersama family saya.mak ayah dan adik beradik datang berbuka dirumah.menu utama ialah soto ayam.akhirnya sempat juga siap,setelah asik tergendala melayan lil aufa dan lil adam.dah melalak off dapo jap.then sambung balik.bila ada si kecil begitulah :)




Nasi impit + sup soto+ bergedil + ayam+ suhun goreng+ tauge+ daun bawang/daun sup+ limau +cili kicap.Nasi impit kena masak dari pagi.bila petang dah sejuk.dah senang dipotong.Nak resepi ke? kalo nak bagitahulah.

Antara byk2 kuih.yg ni paling menarik.Yang ni bukan saya buat.orang bagi.sangat cantik.bila makan rupanya agar-agar santan dan gula merah.tapi gigihnya dia buat layer cantik camtu.bukan saja cantik tapi yang penting sedap sangat! ^_^

Menu apa pula untuk hari ni ya? Happy Cooking mommies ^_^

Monday, June 8, 2009

Masak - Masak

Sekali sekala tekak mahu rasa makanan lain dari lain juga.Selain memasak lauk pauk melayu kita.ummi juga suka masak one dish meal seperti ini untuk hubby.lagi pun ia simple , cepat dan sedap.Ada juga beberapa resepi- resepi di bawah yang ummi belajar dari online sahaja.Mahu bawa makanan apa ya untuk MSK Gather 2 gather N Potluck di tasik Shah Alam nanti? Apa kata anda beri cadangan atau undi makanan di bawah ini yang mana patut ummi bawa. :p
BBQ Chicken with Potato, Brocolli, and Carrot Salad.makan dengan perahan lemon.
Kebetulan mak datang.Hidangan ini untuk jamu mak.mak makan dengan berselara.Licin.
Resepi dari uncle chef, blog Food is Love.



Spagetti bolognise.ayah ku sangat suka bila ku masak spagetti untuknya.ayah sangat cerewet bab makan ini.ayah hanya makan homemade spagetti sahaja.sudah lama tidak masak untuk ayah.ummi cuba resepi ini sebab lain sedikit kerana tambah susu.memang lagi sedap.tambah keju mozarella di atas.terliur lihat keju yang meleleh itu.resepi disini.



Lasagna.kegemaranku.mudah dan sedap sangat.sangat meriah dengan pelbagai bahan- bahan di dalam nya.bau nya sungguh cheessy dengan taburan mozarella di atas nya.super delicious! resepi di sini.


Ais Krim Coklat Uncle Chef.Yummy! Ku tambah dengan coklat chip.sungguh tamak coklat.Boleh dijadikan aktiviti buat aiskrim bersama anak- anak juga.tentu mereka teruja makan aiskrim buatan mereka sendiri.Aufa juga sudah merasa aiskrim buatan umminya ini.;p hubby kata sedap.sama seperti di kedai.resepi disini.



Fish and Chip.Eh bukan.Fish and Wedges.My hubby most favourite.sambil makan sambil puji.Licin.sangat mudah.ikan dory atau salmon digoreng tempura.Tempura- 1 cawan kecil tepung gandum,1 sudu tepung jagung, 1 biji putih telur, garam, herbs, lada hitam dan garam.bancuh bersama air sejuk.kemudian goreng.akhir sekali goreng wedges dan sediakan coselaw.Hubby sangat gembira.ku juga senang hati.;p





Cheesy Seafood Pasta.yang ini paling senang.masakan bila ku malas.guna sos yang dalam tin.kemudian tambah sotong dan udang.akhir sekali, hiaskan.;p


p/s: okay.anda undi yang mana?
p/s: esok kami akan ke cameron.doakan kami selamat tiba dan balik.jadi, ummi akan cuti berblogging untuk beberapa hari.take care semua.have a nice day!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers