ads

Wednesday, March 2, 2011

Negeri Sembilan vs Melaka

Assalammualaikum wbt

Orang nogori dan orang melaka punyai persamaan iaitu kuat makan pedas.betuk tak? Selagi tak pedas,tak selera lah! hehe.Berapi lagi sedap.

Tradisi masakan orang melaka ialah asam pedas.Orang nogori pulak masak lomak cili api.Siapa suka angkat tangan? Eh.Angkat keyboard atau mouse korang! Hehe.
Suami suka makan masakan kampung.tekak selera melayu jo.Tak pun masakan arab.Mana yang dia suka tu, itulah kita semangat nak masak.



Ikan parang asam pedas melaka
Resepi asam pedas.Bawang merah dan putih ditumbuk.kalau mesin tak jadi tau! Itulah rahsianya.memang tradisi ni.Lesung batu teman di dapur.Itu yang buat lebih sedap! Tumiskan bawang bersama cili giling dan daun limau purut. .Garingkan cili ni amik masa lama sikit.Bila adam menangis.tutup api kejap.Pastu sambung balik.Hehe.Cili dah garing.Masukkan air asam jawa,ikan dan akhir sekali garam. Senang je kan? Tak payah banyak bahan pun! Resepi asal turun temurun dari ibu saudara di melaka.Kesukaan suami ialah asam pedas daging tetel.Berselera makan.


ayam masak lemak cili padi nogori bersama pucuk ubi
Resepi masak lemak cili api ini juga dari tradisi orang nogori juga.Resepi nya cili api ditumbuk.Ayam yang dibersihkan masukkan dalam periuk.Masak sekejap sehingga daging ayam warna keputihan.Masukkan cili padi tadi.Masukkan serai juga.kemudian masukkan santan dan pucuk ubi.Pucuk ubi sedap kalau disimpul kasihkan dahulu sebelum masuk dalam periuk.Akhir sekali serbuk kunyit dan garam jangan lupa.Senang kan? Tak perlu menumis pun.Masak lemak daging salai pun sama resepinya begini.Tapi daging perlu disalai atau dibakar terlebih dahulu.Baru lah namanya masak lemak daging salai ya..Hehe.


Seronok masak bila ada tukang makannya.Mencabar memasak bila anak-anak mula meragam.Bila siap satu lauk.Lega,itulah nilai air tangan si isteri di campur teriakan si kecil! Hahaha.

Apa lauk kegemaran suami korang? Apa  masakan tradisi yang korang suka?

14 comments:

Nadiah Sidek said...

2-2 tu akak suka! tapi asam pedas yg paling akak suka ;). akak masa asam pedas blend je bawang, cili semua tu..malas nak tumbuk..ngee. asam pedas melaka letak daun limau purut ek? nak cuba letak jgk la nnt. kalau masak asam pedas akak lebih suka ikannya digoreng dulu :)

Ummi Salsabila said...

kak nad : dulu kite pun cmtu.pastu mak cik ajar.dia kata.bila blend xsdp sgt sbb bwang terlalu halus n jadi hampas.maybe kuah tak jd bape pekat kot.aah,kak masuk daun limau je pun dah kow! hehe
lain2 cara msk asam pds eh.:)

ieda said...

dikk asam pedas nie bukan setakat org nogori dan melaka jer .. org johor punn sama ..

erghhh asam pedas dgn lobak masin punnn sedapp huhuhuh

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

emm...nak tryla buat pasni, biasa buat asam pedas ikut resepi sidiri jer..:))

munira said...

wah nampak sodap!
tak nak jemput makan? hehehehe *tak malu!*
suami kita suka makan masak lomak cili api tuh!
huh terangkat selera!
makan pun berpinggan!

♥MAMASYAZA♥ said...

akak suka asam pedas ikan pari

So Shy Lady (SSL) said...

sdap tuh!

hb akak smua benda dia telan tp feveret s isi kluarga ialah tomyam ;D

CuppyCakeMommy said...

salam..sorry dah habis dah train abc and 123 tu..tapi stock baru sampai hujung mac ni..so if berminat,saya booked kan satu k..

yatie chomeyl said...

teringat penalaman pertama klai makan masak lemak cili padi kat melaka, meleleh air mata sbb pedas sangat

kalau kat kelantan, kuah kuning tu lemak2 je tapi kat melaka; sampai berasap telinga masa makan hehe

Ummi Eisya&Amani said...

nampak mcm best..rasa belum tentu..hahaha..gurau je tau..kita tak berapa suka la klu pedas sgt..tak thn..hihii

Normaliza said...

eh, senang aje nak masak ek? tak penah lagi cuba masak asam pedas ngn masak lemak cili api nih..

Ummi Salsabila said...

kak ieda : wow.mcm terliur dgr.cmne tu asam pds johor? share skit..asam pds dgn lobak asin..wowo..xpernah rasa ni..

Cik Yah : selamat mencuba :)

Munira : samalah dgn suami kita kak.bertambah nasi mkn.hihi.suka tgk! :)

Mamasyaza : sedap juga kak.asal asam pds kan? ikan kembung pun sedap.:)

Ummi Salsabila said...

So shy lady : tomyam? hb suka tapi isteri dia xtahu msk tomyam sdp cam kat kedai tu..kalo nak mkn tomyam,pi mkn kat lua..hahaha.share resepi tomyam sdp kak..

Cuppycekemommy : boleh booked kan i 1 set dulu? how much?

yatie : org kelantan xkuat pds kan..tp kuat manis.betul tak? siapa tak thn pds.mmg boleh keluar semua air mata,air hidung.hehe

Ummi Salsabila said...

ummi eisya : lauk dua ni buat suami bertambah nasi mkn.lauk lain tak.Hahaha.oo.tak kuat mkn pds ye..

normaliza : boleh cuba nanti.kena tak dgn selera tekak.slmt mencuba :)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers