Assalamualaikum wbt
Berikutan dunia digemparkan dengan gempa bumi dan tsunami di Jepun.kemudian penduduk jepun diuji lagi dengan perletupan nuklear.Takziah kepada semua penduduk jepun,keluarga mangsa yang menghadapi semua ini.Kita berdoa agar semua rakyat Malaysia dan muslim di jepun dilindungi Allah SWT. Dari blog yatie chomeyl ada diceritakan walaupun dilanda musibah,rakyat jepun tetap tabah,positif dan bangkit semula.Walaupun dilawakkan dengan karakter cartoon ultraman tetapi semangat mereka sehebat ultraman juga.Tidak pernah putus asa.Bangkit semula untuk menang! Kagum dengan semangat mereka yang tidak pernah patah! setiap musibah adalah pengajaran kepada kita juga.Firman dalam al-Quran, sesungguhnya Allah maha berkuasa dia atas setiap sesuatu.
Sepanjang minggu lepas mengikuti perkembangan berita luar.sTengok al-jazeera dgn hubby.Sekarang negara negara arab mula menghadapi kemelut politik. Bermula Dari Tunisia,mesir, Libya, yaman, Syria Dan terbaru di maghribi.semuanya kerana masalah yg sama timbul di mesir baru baru ini iaitu menuntut perubahan politik negara.di mesir rakyat menuntut pengundurun hosni Mubarak.manakala di Libya rakyat menuntut Gadaffi mengundurkan diri sebagai pemimpin negara.tetapi nampaknya keadaan bertambah teruk kerana beliau tidak mahu lepaskan jawatannya.sehingga hari ini diberitahu sudah beratus ratus rakyat dibunuh.sesiapa saja Akan dibunuh jika melawannya.sungguh kejam. Sehingga isu ini dibawa ke white house.semalam gempar berita di tv Libya diserang oleh tentera amerika. Nampaknya keadaan bertambah teruk bila mengakibat campur tgn Dari luar.Gaddafi menganggapnya pencerobohan tetapi tidak memikirkan kesan dan kesengsaraan rakyatnya.
Macam macam Hal.apa nak jadi pun tak tahu lah.seram je dengar bunyi tembakan letupan di sana dlm rakaman tv.bersyukur sgt negara kita aman dan damai..tak dpt bayangkan kalau kita dalam situasi mereka di sana...nauzubillah..Semoga negara kita kekal aman damai dan harmoni..doakan juga kesejahteraan negara-negara Islam supaya kembali damai.amin...
No comments:
Post a Comment