ads

Thursday, March 24, 2011

Perancangan keluarga

Situasi Pertama :

Di sebuah shopping mall di Kuala Lumpur.
Sedang suami saya uruskan payment.seorang staf berbangsa cina datang melayan saya.terus ajak berborak.
Anak u dah sepasang ya.anak sulung saya pun perempuan.sekarang isteri saya tgh mengandung yang kedua.harap2 boy.sambil tergelak.kalau boy,boleh terus tutup kilang! sambil tergelak lagi.saya pun ikut gelak.Haha.Dia sambung lagi,sekarang kos hidup manyak tinggi lah.Kos anak pun tinggi.kos pendidikan,kesihatan macam2 lagi.semua main ribu2 punya sekalang!

Situasi Kedua :

Jiran rumah saya.Anak 4 orang.seorang graduated housewife.Kira geng saya berborak la bila sidai baju,bila menyapu di luar.hehe.

Baru baru ni dia kata Adam dah besar.bila nak tambah sorang lagi? Haha.dia kata anak dia semua selang umur 2 tahun.Kira mcm preggy Adam dulu lah.aufa belum setahun,rezeki preggy Adam.so anak2 dia berderet2.dia kata sementara belum 30 tahun.dia beranak je.so lepas 30 tahun dia quit.Jodoh dia pun cepat.Masa kat oversea dah kahwin.sekarang still nampak muda lagi.anak2 dah besar2.Kena lah mantain muda baru orang kata anak dgn mak sama je.Hehe.Dia kata,masa kecik2 mmg letihlah nak menguruskan semua sekaligus.skang dia dah relax.dah besar2.dia kata cpt beranak,cepat dapat rehat.hehe.(read: maksud rehat bukan rehat betul2.tanggungjawab sebagai ibu tak pernah habis.anak dah besar pun still ada tanggungjawab.tanggungjawab mendidik tak pernah berhenti.maksud rehat yang dia kongsikan,ialah ringan sedikit beban bila anak sudah boleh berdikari.malah,anak sudah boleh membantu dalam mengurus rumah tangga.rajin anak-anaknya.semua dah paham kata.Kita nak beribadah pun tenang.).hehe.terima kasih kak yong for advices.:)

Anda merancang keluarga? Apa reaksi saya kpd situasi2 di atas? Situasi pertama,Alhamdulillah.rezeki zuriat Allah beri.kalau diberi rezeki saya nak anak ramai.takdelah ramai sgt.at least 4 orang kot.ke 6 orang macam mak saya.Hehe.tapi saya tak nafikan kos hidup sekarang yang tinggi.mana sama dgn dulu.Kalau anak ramai.Bayangkan pendapatan yang ada bahagikan kepada berapa orang anak tu.Tapi lain citerlah kalau orang betul2 kaya,jutawan,hartawan ke.pikir nak sedekah kat mana pulak kan.Hehe.Tapi orang dulu kata, kalau tak kaya harta tak pe.tapi kaya dengan anak.sebab itu kot orang dulu ramai sangat anak.murah rezeki dengan anak.Bahagia dan meriah!.Anak berderet2 mmg kelam kabut tapi yang penting happy! :) Anak itu pembawa rezeki.sebab dengan lahirnya dia hidup kita lebih diberkati dan sudah tentu kita berusaha mencari rezeki yang lebih.

Reaksi situasi yang kedua pula.saya ketawa dengar soalan nak menambah anak lagi.Gulp! saya telan air liur dulu.Soalan cepumas tu.Hehe.saya jawab belum boleh lagi kot.sebab dua ini pun rasa tak boleh handle lagi.kalau tambah lagi masa terdekat ini,mungkin bertambah miserable lagi kot.Haha.Tapi Saya suka jugak idea kakak itu.beranak cepat,rehat cepat.Hehe.Tapi ada kawan saya cakap,kalau terus je beranak.tak rehat2 camne plak tu.Haha.Murah rezeki betul tuh.saya plan kali ini tunggu adam umur 2 tahun baru tambah anak.Kira saya merancang lah ni.dulu pun plan juga.tapi..dah rezeki la kan..Haha.senang cerita semua bergantung kepada rezeki.Betul tak? Urusan dapatkan zuriat bukan keputusan kita. Samada kita sedang berusaha atau kita  sedang merancang.Ia ketentuan Allah swt..Allah is the great planner.Sesungguhnya Allah SWT berkuasa diatas segala sesuatu.



INFO yang saya dapat dari google.

Merancang keluarga dgn kaedah moden

Soalan
apakah pandangan islam terhadap perancangan keluarga menggunakan perubatan moden masa kini dah apakah cara hubungan suami isteri yang sesuai bagi melaksanakan perancangan keluarga di sisi islam


Jawapan
ASSALAMUALAIKUM WRH.

Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W.

Harus menghentikan buat sementara waktu proses melahirkan anak dengan cara menjarakkan tempoh kehamilan atau menggantungkannya untuk masa tertentu apabila terdapat keperluan darurat menurut pandangan syarak yang meliputi faktor ekonomi dan sosial, berdasarkan persetujuan daripada suami isteri, dengan syarat tidak menimbulkan kemudaratan kepada mereka yang terlibat. Teknik yang digunakan pula hendaklah tidak melibatkan pencerobohan ke atas kandungan yang sedia ada. Dapatkan nasihat daripada ahli perubatan untuk mengetahui kaedah perancangan yang sesuai.

Antara faktor-faktor yang mengharuskan perancangan keluarga:

1. Khuatir berlaku perkara yang tidak diingini ke atas keselamatan nyawa ibu atau kesihatannya.
2. Khuatir terganggu kesihatan anak-anak atau terbantut pendidikan mereka disebabkan ramainya bilangan mereka.
3. Khuatir muncul kandungan baru yang boleh mengganggu penyusuan bayi yang masih menyusu.

Sekian, wassalam.

Wallahu A'lam
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Melaka


Anda merancang keluarga? Plan nak berapa orang anak? Hehe.Soalan cepumas utk korang pulak..:)

9 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

umo akak sekrg dah 37 thn. errrmmm cukup le kot..hehehe, ami dah 12 tahun, ratu dah 8 tahun n adik dah 4 thn. tapi memang bila tgk baby, teringin gak nak preggy...hehehe

ibu MZW @ farah idayu said...

ummi...saya pun selalu terkena dgn situasi tu. and as if for me, now nk rehat dulu la. chaotic sgguh life saya sekarang nk handle dua beradik tu. haha~

yatie chomeyl said...

I nak tambah anak tp ken atggu habis bljr. I suka idea kakak yang ke-2 tu..beranak banyak2 sblm 30 then rehat hehehe

jom join GA simple I http://yatiechomeyl.blogspot.com/2011/03/siri-ke-4-hobi-chomeyl-membaca-novel.html

Bionic women said...

saya nak baby lagi, tapi Allah belum izinkan

kakyong said...

kakyong umur dah 39, tahun depan dah nak 40.. kalo ade yg desak kakyong suruh mengandung lagi, kakyong cepuk jer.. tak pun kakyong cilikan mulut dia... ekekkekek....


jika jodoh muda, elok lah merancang selang 2 tahun, sekurang2nya cukup umur anak menyusu badan 2 tahun..

jika sudah rezeki anak dekat2.. kena lah hati2.. nanti buleh juga mudaratkan kesihatan ibu..

dan 1 lagi, jgn la cabul sgt mulut nak suruh org mengandung.. sebab mengandung @ tidak, adalah kehendak Allah.. jika Allah tak izinkan, bertahun usaha, masih juga tidak mengandung..

yang penting, anak ni amanah, walau anak dah besar, kita sebagai ibubapa takkan boleh berhenti berehat dari mengasuh anak2.. masa anak kecik, pengisiannya lain.. bila anak dah besar, pengisian lain pula yg perlu kita penuhkan.. jadi, jadi ibu ayah ni is a non-stop responsibility.. ;)

odah pulak., memang elok bagi Adam nenen 2 tahun sebelum bagi Adam adik ;)

Ummi Salsabila said...

Mamasyaza: alhamdulillah kak.syukur Allah beri rezeki anak.oklah tu!:)

ibu mzw : hehe.tulah,samalah.baru dua kan.xpe,amik masa sikit yg ke 3 nnt.

yatie : pas habis belajar,beranak byk2 ok.:)
i pun suka jugak.tgk dia skang lapang sikitlah.yelah,anak2 semua dah boleh berdikari.tak mcm kita ni.dua2 melalak.dua2 nak perhatian.so,layanzzzz...;p

Ummi Salsabila said...

bionic women : insy Allah izinkan satu hari nanti.pray for u.ameen..

kak yong : huih.mcm takut jer komen kak yong ni.hehe.ok2,jgn tny kak yong psl baby yer.Hehe

bab anak ni mmg sensitif.kalo nak tny org kena berjaga2.tak semua suka soalan psl anak yek.

betul.tanggungjwb sbg ibu tak pernah berhenti.selagi kita hidup.lg sebagai suri rumah.24jam dgn rumahtangga dan anak2.kalo rehat2 betul2, maksudnya kita dah takde kat duhia ni.hehe.
maybe maksud rehat tu,ringan sikit tanggungjwb dia.phm2 jelah bdk2 kalo kecik2 camne.uruskan dia setiap hari.skang bila dah besar.semua dah berdikari.even dah boleh tolong kita kemas rumah.bab pelajaran,kita boleh tengok2kan.bila nak travel kemana2 pun senang.xdelah ssh nak angkut sana sini.kena editlah entry odah ni.bkn rehat.ringan sedikit:)

odah plan gitu juga.niat nak 2 thn BF adam.insy :)

Sharini aka Ummi Khayra said...

akak plan nak anak 4 orang.. tp bila dah ada 2 org ni, nak tunggu depa besaq sikit baru nak tmbh.. hehehehhe

umur 36 berhenti kot.. :P

Ummi Salsabila said...

Kak ninie : chayok2 kak..samalah kita.tunggu depa besaq sikit.insy.:)