ads

Wednesday, February 1, 2012

Pulau Perhentian

Bismillah.


Seperti dijanjikan lokasi percutian seterusnya,Pulau Perhentian.Kami memilih ke pulau perhentian kecil kerana diperkatakan air di pantainya lebih jernih.Kami juga memilih Sharila Resort sebagai lokasi penginapan.Kalau mahu ke Pulau Perhentian Besar,lagi banyak pilihan hotel atau resort kerana pantainya lebih luas.

Mari kita menenangkan mata dengan keindahan alam semulajadi.Subhanallah.












Terima Kasih Perhentian atas kenangan indah.Alhamdulillah.syukur dapat menikmati keagungan ciptaanMU.

Thursday, January 19, 2012

Aktiviti hari ini

Bismillah

Hari ini rasa malas.Ada kawan Twitter kata,saya tiada hari malas ke?.Ok,saya umumkan hari ini hari malas.Tetapi hari malas itu bagaimana? Saya pun tak pasti.Hehehe

Tetapi malas malas pun.Tak boleh tak layan dua anak.dua tanggungjawab di Rumah.Tak boleh lari.Dua dua perlukan perhatian dari pagi hingga ke malam.beginilah kalau SAHM.ibu ibu SAHM saja memahami keadaan ini.Waktu mereka tidur sahaja baru ada masa untuk diri sendiri dan menguruskan rumah yang kelam kabut,termasuklah menikmati secawan teh dengan tenang.phewww!

Hari ini buat craft paper plate mask.pastu suruh dorang main applications di ipad je.













Tetapi Ummi bersyukur.Dapat menikmati setiap masa dengan kamu.ummi harga peluang ini.Alhamdulillah.

Sabtu ini ada jemputan kahwin di JW marriot.Boleh tak Ummi mintak cuti sekejap? Kalian duduk dengan nenek atuk boleh? Ummi & Abi nak dating.Mahu makan dengan tenang.Boleh tak sayang-sayangku...:-)

-Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, January 16, 2012

Happy growing my son!

Muhammad Adam is 1year and 8 months today.4 months to go.:-)

Adam mula mengikuti jejak kakak,suka bertanya.Paling ummi suka apabila mendengar komunikasi antara dua anak-anak suci ini.


Adam tunjuk ke buku,sambil bagi signal kepada kakak.
Aufa : itu watermelon.
Adam : Apol! Apol! (Apple mengikut loghat adam)
Aufa : Bukan.Watermelon.
Adam : Hah? Hah?
Aufa : Watermelon! Watermelon!




Saya di dapur.tergelak-gelak dengar perbualan merekaYa Allah.Saya akan rindukan ini.































Why you're growing so fast dear? Adam dah besar! Tapi masih ada bau sisa sisa bau bayi.lemak lemak masam.Ummi suka cium kamu.Geram!

Sudah 1 tahun 8 bulan? Saya risau.Masa cepat berlalu.Apakah yang telah saya didik dia selama ini? Didikan ibu juga harus bergerak seiring.Ya Allah permudahkanlah.

Sayang anak anak Ummi.anak anak ke syurga :)

-Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, January 14, 2012

Pullman Putrajaya yang menawan

Bismillah.

Ini entry tergendala.Memory card sudah penuh dalam kamera,baru nak transfer.Bagusnya.*tepuk dahi*

Jadi nak kongsi gambar-gambar ketika berehat di Pullman, Putrajaya.Resort ini sangat mengagumkan senibinanya.Gabungan senibina melayu,cina,India dan Borneo.Paling cantik jika dibandingkan dengan Palace Golden Horses.Syurga Dunia.MasyaAllah.


Saya suka senibinanya,segala detailnya,dekorasinya.Unik dan wow! Biliknya pun sangat luas dan cantik.Ada bathtub yang besar.Servis pun memuaskan.Cuma,breakfast agak kurang menu.Sepatutnya kena lah banyak menu,sepertimana banyak bintangnya kan? tetapi syukur Alhamdulillah.Sesuai untuk menenangkan fikiran di sini.Berhadapan dengan tasik putrajaya.Damai sungguh.














Jadi, Pullman putrajaya resort adalah lokasi sesuai untuk anda berehat jauh dari kesibukan malah tidak memerlukan perjalanan yang jauh.Cuma nama yang dipilih agak kelakar.pull-man.Lelaki yang ditarik atau penarik lelaki? Hehe.

Alhamdulillah.Ada masa menulis lagi, kita ke lokasi lain pula.:-)