ads

Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Saturday, September 14, 2013

Twenty Nine

Assalam Alayk..

Alhamdulillah, im still breathing..Alhamdulillah ala' kulli nikmah.Im 29 plus 8 days years old.Hahaha Amboi cik mek molek! who's counting?.Selamat hari tua ya..Mula lah rindu zaman muda remaja dahulu.Sila lah sedar-sedarkan diri boleh?  Haha


Syukur Alhamdulillah.Allah panjangkan usia.Dilimpahi kasih sayang milikNYA dan rezeki dikurniakanNYA.
Beberapa bulan lepas masuk wad.Doctor suspek mungkin kes kencing tikus.Syukur kembali sihat.Ingat dah tak panjang umur. Siap dah pesan kat suami. Jagalah anak kita baik-baik.Huhu.

Terima Kasih atas semua doa-doa.Semoga murah rezeki,panjang umur,dimurahkan rezeki,sihat tubuh badan,sentiasa diberkati, ceria dan cantik selalu.Eh cantik? Hehe Amin Amin. Semoga Allah kabulkan semua. :)

Secara rasminya, saya memasuki fasa terakhir 20's.Syukur atas semuanya.Thank you Allah.


Friday, June 7, 2013

Adam is 3

Assalam Alayk

16.5.2013 - Alhamdulillah Anak ini sudah berusia 3 tahun.official weaning off setelah mendapat adik.Tahun ini dia sebagai seorang Abang yang penyayang.

Sihat membesar, Bijak senang masuk ilmu bermanfaat.InsyaAllah anak soleh dan musleh.Pemimpin di masa hadapan insan berjaya yang taat perintah Allah.Amin..

Adam yang sentiasa bersama Ummi, harap bila Ummi dah tua, jangan lupakan ummi ya Hihi






Wednesday, May 16, 2012

Adam is 2



16 Mei.Tarikh ini dua tahun lepas bertarung nyawa melahirkannya.Hadirnya melengkapi kehidupan.Alhamdulillah.Thank you Allah.

He is a my sweet boy,my kanggaroo-boy,my spider-boy,my sleep-stealer.He is a Abi's heart-breaker and Kakak's best friend.Sometimes he is a manja boy but sometimes acts as a protector and leader.He is Muhammad Adam.Semoga menjadi khalifah Allah yang cemerlang dunia akhirat.

Ummi doakan kamu membesar bagai juara tetapi masih berbijak di bumi yang nyata penuh budi pekerti dan berakhlak mulia.Anak soleh yang memimpin tangan dan memapah ibubapa pabila tua dan mendoakan kami kelak.Selamat Hari Lahir,Muhammmad Adam.Kami sayang kamu TANPA SYARAT.

Monday, October 10, 2011

Hari Lahir Ketiga

Number Three on your cake
Two proud parents your day to make
One and only birthday girl

Here's wishing you the most happy day
Perfect and magical in every way
For you our love and biggest kiss
This day we surely would not miss
Happy Birthday...and all days beyond
 Thank You Allah

Empat Oktober 2011,genaplah usia puteri sulung ummi dan abi tiga tahun.Tiga tahun juga kami bergelar ibu dan ayah.MasyaAllah.sekejapnya dah tiga tahun.Stretch mark di perut pun belum hilang.Itu salah sendiri.Malas sapu palmer cocoa butter.Apatah lagi perut yang kempis,pinggang ramping sebelum adanya kamu dalam perut ummi.Sudah tiga tahun juga tidak kelihatan.Jadi,mula lah bertindak dari sekarang ya.Haha.Tapi,apa kesah.Semua itu diganti dengan kamu! Syukur tidak terhingga.

Tiga tahun lepas, ummi merasai sakit perut luar biasa.Barulah ummi tahu itulah contraction.Tiga tahun lepas,baru ummi tahu kesakitan nenek melahirkan ummi.Tiga tahun lepas,bermulalah kehidupan baru sebagai seorang ibu.Seperti tidak percaya.Sudah tiga tahun.Alhamdulillah.Kamu membesar dengan sihat dan semakin bijak.Anak ini lahir 4 Syawal dan 4 Oktober.Istimewa tarikh lahir kamu,sayang.

Empat syawal lepas nenek dan Atuk sudah sambut Hari Lahir Aufa.Belanja keluar makan sekeluarga di luar.Kali ini tarikh orang putih,kami bawa birthday girl outing ke Critter land dan menghabiskan masa berkualiti bersama.Mereka seronok.Kami bahagia.

Bila ummi tanya,mahu kek apa? Aufa membuat permintaan,mahu kek Dora Explorer.Sekarang kan dia sudah pandai demand.Sudah ada pilihan sendiri.Jadi,ummi mengiyakan apa yang diminatinya.Ummi mahu buat sendiri tidak pandai.menempah saja pandai.Hehe.Jadi,sambutan hari lahir dirancang di rumah nenek pada hari minggu.Baru meriah.semua Mak pak saudara ada.Tiada party-partylah jah..Haha.Makan-makan,gegak gempita, gelak tawa bersama keluarga.Semua gembira.




Kek dora.Aufa sangat gembira bila lihat kek ini.

Kek hasil kreatif dari Nadhirah, Babycakes by Good Eats .
Thanks for delivering it too!

Look at me. I am three!

Nyanyi dulu.Dia memang tak sabar nak makan kek itu.Lama menunggu.

Baby Raihanah pun ada.

Excited.She wanted to cut the cake by herself :)

 
Nenek masak nasi ayam.Ummi buat mini burger.My first beef patties.Resepi beef burger patties ini dari ayinemran. Sangat mudah,sedap dan licin! Alhamdulillah.Anda cubalah pula.

Raihanah hari ke 24.Comelnya kamu! Wanginya kamu!

Saat saat ceria
Kek yang sedap.Licin juga kami kerjakan.Alhamdulillah.

Sesi main belon

Belon,kegemaran hero kami.Tengoklah,leka ligat bukan main.Belon disepak-sepaknya.Geram betul.nak gigit-gigit pipi,tangan,kaki dia!

Mak saudara layan.Bertukar menjadi kanak-kanak ribena.


Ummi sangat bahagia menjaga kamu dengan tangan ummi sendiri sepanjang tiga tahun lepas.Kamu terlalu istimewa dari dulu sampai bila-bila.Kamu anak yang periang.Kamu petah berkata-kata.Bila kamu ada,cerialah hidup kami.You have such a big personality. Every day is a party in your world!

Semoga Allah SWT beri kamu kesihatan tubuh badan pada usia akan datang.Semoga kamu mudah memperolehi ilmu dunia dan ukhrawi. Semoga kamu menjadi anak yang solehah dan kakak yang baik.Amin.

Ummi,Abi,Adam terlalu sayang kamu.xoxo

Saturday, September 3, 2011

Raya trip

Alhamdulillah kami selamat sampai di pulau perhentian,Terengganu.
It's one of most beautiful beaches in Malaysia.memang sangat cantik! White sand and clear water crystal.Syukur dapat melihat dan menikmati keindahan Allah ini.





Semalam 4 syawal,hari lahir anak sulung.3 tahun lepas saya melahirkan dia.Tidak kulupa pengalaman pertama melahirkan zuriat kurniakan Allah swt.3 tahun juga saya diberi 'jawatan' dan amanah sebagai seorang ibu.Selama itu pengalaman keibubapaan dan kesabaran saya pelajari.

Selamat hari lahir puteriku.puteriku semakin bijak dan petah berkata kata.Dia lah penghibur keluarga.Alhamdulillah.terima kasih Allah anak ini telah membesar dari janinku hingga kini.Semoga menjadi anak solehah dan scorer di dunia dan akhirat.Amin.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 16, 2011

Muhammad Adam 1st Birthday Celebration!

Salam Sayang,

Ini entry tertangguh.Baru sempat menulis tentang sambutan hari lahir Adam, boboy ummi yang tersayang.Hari lahir Adam,16 Mei 2011 kami berada di Sabah.Jadi merancang dari awal,mahu sambut kecil-kecilan saja seminggu selepas balik bercuti.Alhamdulillah,majlis kesyukuran ulangtahun Adam berjalan lancar seperti yang dirancang.

Kami jemput ahli keluarga saja.Bukan buat party.Majlis kecil kecilan sebagai kesyukuran kami Adam membesar dengan sihat.Kira makan makan bersama ahli keluarga saja.Lagipun si kecil,masih belum mengerti apa apa.Tak mengerti apakah hari lahirnya.Semoga suatu hari nanti dia akan menghargainya.Yang penting,kita bahagia melihat anak gembira.Yang penting ada kenangan.:)

Menu hari tersebut ialah udang pangang, meatball spaghetti dan laksa utara.Ummi masak udang dan spaghetti saja.Laksa kedai yang masak.Hehe.Alhamdulillah,adik-adik tolong-tolong buat preparation dan mengemas. tetamu ahli keluarga saja boleh lah masak.Kalau ramai,memang tak menang tangan lah.Nasib baik Adam baik tak banyak ragam hari itu.Duduk atas sofa sampai tertidur sendiri tunggu ummi memasak.

Menu Udang tu yang menjadi tumpuan.Udang harimau saiz XXXL yang dibeli di Sabah hari itu.Nampak udang, jala udang dulu lah.Hehe.Ummi perap dengan lemon,garlic,onion,thyme,oregano,olive oil,lada sulah dan sedikit garam.Bak kata,Chef Robert, Lesson to grill di AFC, its a great combination to grill !


Projek D.I.Y ummi.Bukan tempah tau.Hehe.Tengok contoh others party decoration.Then design sendiri.Seronok juga buat kerja gunting,menampal dan merias ini.

Happy 1st birthday Adam!


Alhamdulillah,syukur dengan rezeki Mu Ya Allah..

Sudah genap setahun kami berempat!

Ahli keluarga dan anak-anak.Joy,laughter and happiness.Anak-anak seronok main belon! Suka sangat belon!

Selera kakak makan.Suka tengok! bukan senang nak makan camni.

 I'm one already !Adam tak nak semyum! Suka control macho je boboy ummi ni.

Kek hari lahir yang ditempah sebulan lepas.Umminya yang excited lebih! :)

Ummi mahu design yang sweet saja for his 1st birthday.Tapi paling suka figurine baby ini.Comel!

 Blowing a candle! mak cik-makcik adam pun nak jugak! Haha

 Adam blur..Apa yang sedang berlaku di sini? 

Adam tak tahu tiup.Kakak dah pandai tiup.Meh,fuhhhh! kembong pipi kakak.hehe

Makan kek comot!


His favorite things, truck and balloon.

Happy sweet sweet boy! Happy 1st Birthday! Semoga Adam terus membesar dengan sihat.Semoga Adam menjadi anak yang soleh dan cemerlang.Amin..:)

p/s: Adam dah pandai kiss.Bila suruh dia sayang kita,kiss kita.Terus dia kiss.Siap ada bunyi muah!!! Hihi.Suka sangat! Kita je asyik kiss dia.Sekarang dah dapat ciuman balas.:)

Monday, May 16, 2011

Bayi kami sudah setahun umurnya!


Hari ini 16 Mei 2011 genap setahun umur bayi kami,Muhammad Adam.Setahun yang lalu.Kelahirannya amat ditunggu-tunggu oleh semua.Dia lah bayi yang lebih suka duduk lama dalam perut umminya.Kesakitan yang diharungi umminya ketika melahirkannya Bayi yang comel yang lahir selepas waktu subuh kami sambut dengan penuh kesyukuran dan gembira.

Kini sudah setahun berlalu.Setahun yang terasa cepat berlalu.Tidak sedar kerana seronok melihat perkembangan bayi kami setiap hari.Bayi juga terasa cepat membesar.Tidak puas melihat keletah bayi ini.Setahun yang banyak mengajar kami dalam erti kasih sayang dan kesabaran sebagai ibu dan bapa.Setiap saat dan minit bersamanya dan saat melihatnya tersenyum,ketawa dan menangis tidak dapat ditukar ganti dengan apa sekalipun.

Syukur Alhamdulillah.Bayi yang hidup dalam kandunganku membesar dengan sihat.Terima Kasih Ya Allah.Dari bayi yang hanya tidur dengan tenang sehingga kini sudah menjadi bayi yang yang sangat aktif dan banyak keletahnya.Rutin harian bersamanya,bermain dengannya,menjaganya demam di malam hari,menyediakan makanannya,menyusukannya,semua itu menjadi kenangan terindah buatku.Semoga bayi kami akan terus membesar dengan sihat dan gembira sehingga tahun-tahun yang seterusnya.Semoga bayi ini membesar anak yang soleh dan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.Semoga bayi ini menjadi pemimpin yang hebat dan berbakti kepada orang lain.Bayi ini InsyaAllah akan menjadi imam mengimamkan solat berjemaah kami suatu hari nanti.Amin Ya Rabbal Alamin.

Segala puji bagi Allah, yang awal tanpa yang awal sebelum-Nya,
yang akhir tanpa yang akhir sesudah-Nya.
Mahasuci AsmaNya, Mahatampak AnugrahNya.
Ya Allah. Sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarganya.
Shalawat yang awalnya tidak terbatas, yang batasnya tidak berujung,
dan akhirnya tidak berhingga.
Ya Allah. Anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku,
panjangkan usianya, sehatkan badannya, akhlaknya, agamanya,
sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui tanganku,
anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kebeningan hati.
Bantulah aku, mendidiknya, berbuat baik kepadanya dari sisiMu.
Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku. 
Jadikan anakku, orang yang baik dan takwa,
yang punya pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu,
yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad.
Berikan semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, 
berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin


Selamat Hari Lahir Sayang.

Sunday, October 10, 2010

A very..very..Happy Birthday!

Salam Sayang,

Yey! 4 oktober lepas, anak ummi ni dah masuk 2 tahun.Alhamdulillah.Sorry lah sayang.This year ummi tak buat celebration macam last year.sebab raya tahun ni kita tak buat open house.kita mengemokkan badan pergi open houses orang lain je.hehe.Ummi belikan kek dan bawak jalan-jalan je eh.:)

Last week,kami cuti-cuti ibu kota di palace golden horses.So, 3 in 1 lah.Celebration, holiday and LOVE ! Happy 2nd Birthday sayang! Semoga menjadi anak yang solehah..




My 2 years old birthday girl ! dah pandai posing ..hehe.




She really loves mickey mouse clubhouse! so,the cake pun ikut her favourite.
ramai juga kawan2 aufa minat dgn si tikus ni eh.hehe


Salsabila Aufa is 2!!


Sekarang Adam dah pandai main.Main toys sama kakak.Bila kakak main cak-cak.Adam respond and laughing. Kakak dah ada kawan nak main! seronoknya..

and special dress on her birthday..:)

cheecky boom nak wish, Happy Birthday kakak! adam sayang kakak...

Do whatever to make you happy.Gembira tengok kakak gembira!

tercabut pula topi saya...

"Ummi, i hate this!" Nak bukak...hehe.

Look, bukan main dia posing.dia buat sendiri.Haha


Happy birthday to you..Happy birthday to aufa..Happy birthday to u..Suruh dia tiup.mulut muncung,tapi tak padam pun candlenya..

Sekali ummi and MIL tolong tiupkan..hehe.

And..cut the cake..Bismillahirahmannirrahim..

Bila dia nampak kek ni,dia dah tak sabar nak makan.dia curious and geram je tengok birthday kek.Mi..nak kuih..nak kuih..tak tahu sebut kek.hehe.


Aufa loves the sugar on it. sibuk korek icing je..

yummy!!!

Nak suap ummi pun pose lentok bukan main lagi! haha.

Happy Birthday darling princess!!!

Bila anak masuk 2 tahun ni, parenting skills kami kenalah juga bertambah.Fasa sellepas ini makin mencabar nampaknya.Masuk 2 tahun ni,ummi perasan banyak juga perubahan dia.Ada juga yang mengejutkan kami.hehe.Kamus perkataan dia makin tebal.hehe.bila bercakap dah boleh sebut 4 perkataan sekali.

Bila solat kami sediakan sejadah dan pakaikan dia telekung.tapi selalunya satu rakaat dia dah rimas bukak telekung dia.dah start jalan-jalan sana sini.Sekarang Alhamdulillah.dia dah nak ikut solat sampai habis.tengok dan ikut kita ruku', sujud, duduk.siap ikut kita baca..shhh...shhhh...sshhh..geram! hehe.

Alhamdulillah, gembira tengok development aufa.Mungkin aufa berubah selari ikut bertambah usianya.Dan ummi tak sabar nak tengok apa lagi 'suprise' dari kakak selepas ini.:)


Happy 2nd birthday,my princess!! muahhhhhh!! we love you..:)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers