ads

Monday, October 10, 2011

Hari Lahir Ketiga

Number Three on your cake
Two proud parents your day to make
One and only birthday girl

Here's wishing you the most happy day
Perfect and magical in every way
For you our love and biggest kiss
This day we surely would not miss
Happy Birthday...and all days beyond
 Thank You Allah

Empat Oktober 2011,genaplah usia puteri sulung ummi dan abi tiga tahun.Tiga tahun juga kami bergelar ibu dan ayah.MasyaAllah.sekejapnya dah tiga tahun.Stretch mark di perut pun belum hilang.Itu salah sendiri.Malas sapu palmer cocoa butter.Apatah lagi perut yang kempis,pinggang ramping sebelum adanya kamu dalam perut ummi.Sudah tiga tahun juga tidak kelihatan.Jadi,mula lah bertindak dari sekarang ya.Haha.Tapi,apa kesah.Semua itu diganti dengan kamu! Syukur tidak terhingga.

Tiga tahun lepas, ummi merasai sakit perut luar biasa.Barulah ummi tahu itulah contraction.Tiga tahun lepas,baru ummi tahu kesakitan nenek melahirkan ummi.Tiga tahun lepas,bermulalah kehidupan baru sebagai seorang ibu.Seperti tidak percaya.Sudah tiga tahun.Alhamdulillah.Kamu membesar dengan sihat dan semakin bijak.Anak ini lahir 4 Syawal dan 4 Oktober.Istimewa tarikh lahir kamu,sayang.

Empat syawal lepas nenek dan Atuk sudah sambut Hari Lahir Aufa.Belanja keluar makan sekeluarga di luar.Kali ini tarikh orang putih,kami bawa birthday girl outing ke Critter land dan menghabiskan masa berkualiti bersama.Mereka seronok.Kami bahagia.

Bila ummi tanya,mahu kek apa? Aufa membuat permintaan,mahu kek Dora Explorer.Sekarang kan dia sudah pandai demand.Sudah ada pilihan sendiri.Jadi,ummi mengiyakan apa yang diminatinya.Ummi mahu buat sendiri tidak pandai.menempah saja pandai.Hehe.Jadi,sambutan hari lahir dirancang di rumah nenek pada hari minggu.Baru meriah.semua Mak pak saudara ada.Tiada party-partylah jah..Haha.Makan-makan,gegak gempita, gelak tawa bersama keluarga.Semua gembira.




Kek dora.Aufa sangat gembira bila lihat kek ini.

Kek hasil kreatif dari Nadhirah, Babycakes by Good Eats .
Thanks for delivering it too!

Look at me. I am three!

Nyanyi dulu.Dia memang tak sabar nak makan kek itu.Lama menunggu.

Baby Raihanah pun ada.

Excited.She wanted to cut the cake by herself :)

 
Nenek masak nasi ayam.Ummi buat mini burger.My first beef patties.Resepi beef burger patties ini dari ayinemran. Sangat mudah,sedap dan licin! Alhamdulillah.Anda cubalah pula.

Raihanah hari ke 24.Comelnya kamu! Wanginya kamu!

Saat saat ceria
Kek yang sedap.Licin juga kami kerjakan.Alhamdulillah.

Sesi main belon

Belon,kegemaran hero kami.Tengoklah,leka ligat bukan main.Belon disepak-sepaknya.Geram betul.nak gigit-gigit pipi,tangan,kaki dia!

Mak saudara layan.Bertukar menjadi kanak-kanak ribena.


Ummi sangat bahagia menjaga kamu dengan tangan ummi sendiri sepanjang tiga tahun lepas.Kamu terlalu istimewa dari dulu sampai bila-bila.Kamu anak yang periang.Kamu petah berkata-kata.Bila kamu ada,cerialah hidup kami.You have such a big personality. Every day is a party in your world!

Semoga Allah SWT beri kamu kesihatan tubuh badan pada usia akan datang.Semoga kamu mudah memperolehi ilmu dunia dan ukhrawi. Semoga kamu menjadi anak yang solehah dan kakak yang baik.Amin.

Ummi,Abi,Adam terlalu sayang kamu.xoxo

6 comments:

nieda said...

happy birthday aufa

Mama Khairin said...

Nice cake! sgt comel, Madihah pun suka Dora jgk! hehe...

Fitri Senin said...

Happy 3rd birthday!

BabyIntan said...

Happy 3rd Birthday Aufa sayang!

BabyIntan’s latest n3:
Pemenang Baru Baby Johnson’s!

ibu MZW @ farah idayu said...

Happy birthday aufa comel! moga jadi lebih bijak n solehah ;) comelnya kek dia..

Ummi Salsabila said...

Terima kasih atas ucapan dan doa aunties semua..Barakallah :)