ads

Saturday, October 15, 2011

Bercuti bawa anak kecil atau tidak?

Menjadi ibu adalah anugerah.
Maka, anda lebih bersabar atau hilang kesabaran adalah pilihan sendiri. 
-Ummi Salsabila (atas buah fikiran dan perasaan sendiri.Hehe)

Bercuti dengan anak kecil? atau tinggalkan? Mana satu pilihan anda? Ada yang kata leceh,remeh jika bawa anak kecil.Niat hati mahu bercuti dengan tenang tetapi jadi lebih happening jadinya.

Percutian lepas ini kami ke Pulau Perhentian (saya belum update pun), pertama kali saya tidak bawa anak sulung.Ramai yang tanya mengapa tinggalkan dia.Dia tinggal bersama keluarga saya selama 5 hari.Memang tahap rindu sangat-sangat saya dibuatnya! Sebenarnya suami mahu kami pergi berdua sahaja.Tetapi saya tidak sanggup tinggalkan Adam lagi.Dia masih menyusu.Malam sebelum tidur mesti mahu candunya.Di tengah malam pun mencari candu sebelum terlena semula.Kalau 5 hari saya tinggalkan? saya memang tak senang hati! saya belum bersedia!

Lokasi percutian menjadi faktor juga.Memilih ke pulau sebagai tempat bercuti satu cabaran juga.Kalau bercuti naik kereta lebih mudah.Faham-faham jelah.Barang-barang anak-anak ini.Macam-macam.Kalah kita! Anak dua,barang pun double.Di pulau pun mana ada shopping mall ya.Mana yang penting perlu bawa.Ubat-ubatan,susu,drypers dan lain-lain.Kalau naik kereta,sumbat sampai penuh pun tak apa.Tetapi ke pulau,kena transfer dengan bot.Leceh mahu angkut barang barang semua.senang bawak Backpack saja. Bila sampai jeti.Mana nak pegang anak-anak,mana nak pegang 2-3 beg.Banyaknya alasan kukuh.Haha.

Bercuti dengan siapa pun menjadi faktor juga.Lebih meriah,jika bercuti ramai-ramai.Semasa di sabah,keluarga ikut.Jadi,ramai babysitter! Sama-sama bergandingan bahu.Tunggu cuti sekolah akan datanglah.Ada rezeki,mahu bercuti dengan keluarga lagi! Oh ya,semasa di perhentian.Saya terserempak dengan family mempunyai dua anak bersama dua maids.Jadi seorang maid,jaga sorang satu! parents bercanda ria.Bestnya.Huhu.

Faktor masa juga.Kalau bercuti dengan anak-anak ini.Kena ikut mood dia.Waktu tidur dia.Tak boleh rushing ke sana ke mari.Jadi pening jadinya.Mungkin tidak sempat untuk menikmati percutiaan dan alam sekitar nanti.Jika bercuti dengan anak kecil,kena rancang jadual aktiviti dan lokasi mahu pergi.Jangka masa bercuti juga elok sekurang-kurangnya 3hari,2 malam.

Semasa di perhentian pun,saya kerap cakap dengan suami.Rindu kakak.Kesian kakak.dahlah dia suka pantai.Suka main pasir.Suami pujuk saya.Jangan risau,dia dengan family kita.Masa yang hanya ada ini tenangkan diri.Suami bawa bercuti untuk kita relaks kan? Dia mahu berduaan dengan kita.Duduk rumah jaga anak sendiri pun pressure ok.Tak percaya,cubalah.hehe.Jadi,inilah ada masa untuk diri sendiri dan kami bercanda.Betul juga cakap suami.Saya harus enjoy masa saya sendiri.Aufa tentu faham.Ummi 24jam berkepit dengan dia,setiap hari dengan dia,jaga dia.Kalau 5hari bagi ummi cuti apa salahnya.(saya menyedapkan hati,walaupun terlalu rindu).Naluri ibu.Kalau boleh tidak mahu berenggang dengan anak.Semua ibu pun begitu.Lagipun pergi dalam Malaysia je.Haha.Masih boleh contact bergayut dengan dia.Lepas rindu kejap.

Sebenarnya,terpulang pada diri sendiri.Kalau kita rasa susah,susahlah jadinya.Kalau kita rasa susah dan penat pun.Tetapi rasa gembira dan bahagia itu lebih.Yang susah pun akan terus lupa! Betul tak? Korang rasa macamana?

Kalau pun Abi mahu bawa ke Istanbul atau Paris.Ummi pun sanggup redah semua susah payah itu.Hahaha.Asal ada kenangan bersama.Bercuti dengan tenang bersama mereka.:)

Bweeekkk! Cukuplah angan-angan Minah Jeninah.Saya hutang entry tips bercuti dengan anak-anak.Terutamanya ke pulau.(setakat ini dalam Malaysia saja).tetapi syukur Alhamdulillah.Kang suami tak bawa lagi,menangis hiba pula.Nanti saya sambung ya.:-)

5 comments:

Rai said...

saya dah lama teringin nak ke pulau perhentian..tapi sbb anak2 masih kecik..tak sampai hati nak tinggal..

takpe lah..tunggu diorg besar sikit..tak lari pulau dikejar. kan..hehehe..

Fitri Senin said...

ummm kalo ikt saya mesti nak bawa anak2 sekali..ntahla..rasa cm tak lengkap plak kalo g dengan hubby je.. can u just imagine saya dan hubby just had our 1st honeymoon after 3yrs

Zulaikha Mohamad said...

Tak penah tinggal lg my baby..ke mane saje bwk dia..nnti nk beranak terpaksa jgk tinggal kejp ngan other siblings..ni pon dh susah hati pk sbb mmg 24 hrs je ngan dia..hopefully he'll be okay..

Anonymous said...

Saya pon memaner vacation mmg bawa anak2.. So far sy da ke Ho Chi Minh, Bali dgn 3 anak kecik, 4thn, 3thn dan 15bln. Early Jan 2014 kami plan ke Krabi bersama2. Wpun penat sket, sgt sonok dan pengalaman yg akan di kenang smpi bebila.. :-)

vitslover said...

Salam sis dh g Krabi ke?Sy pun plan nk ke Krabi dgn anak umur 2tahun.Ok ke kalau nk pergi tour Island dgn anak umur 2 tahun.Share tips sis ;)