ads

Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Sunday, January 13, 2013

Koleksi Resepi Grill Salmon atau ikan Salmon panggang

Assalammualaikum

Lama tidak berkongsi resepi di sini.Hari ini mahu kongsi koleksi resepi ikan Salmon grill yang kaya dengan omega 3.Resepi mudah dan Yummy sedap.

Ikan salmon selain dikenal sebagai makanan bagi otak juga memiliki khasiat sebagai makanan untuk menjaga kulit sihat. Mengapa Salmon? Salmon adalah ikan yang kaya lemak Omega 3 yang dapat mengurangkan badan kita menghasilkan sel-sel keradangan yang akan merosakan kulit. Ikan salmon penting untuk mengekalkan keremajaan kulit kerana salmon kaya dengan protein yang mengekalkan kulit yang lebih anjal dan membaiki sel yang rosak.

Biasanya Salmon di masak secara pan seared atau panggang bersama olive oil, secubit garam dan black pepper selama beberapa minit sahaja.Jangan terlalu lama nanti ikan jadi keras.Ikan salmon ni kalau makan yang dimasak warna masih kemerahan jambu,lembut dan sangat sedap!

Panaskan mentega atau minyak dengan api yang tinggi sederhana dan masak salmon, kulit ke bawah, untuk 4-5 minit. Balikkan dan masak selama 3-4 minit atau sehingga ia masih sedikit merah jambu di tengah.

Dihidang bersama sos dan sayuran-saturan yang kaya dengan vitamin.

Sayuran-sayuran boleh di sauteed ,direbus atau di bakar dalam oven sekejap bersama olive oil. Mudah saja kan? :)


1. Resepi Salmon panggang dengan sos hijau.Saya sangat suka makan menu Caribbean style fish fillet di Secret recipe.Sosnya warnanya hijau,berkrim dan sangat sedap! Maka,saya cuba tiru,try and error rasa sos itu.Dan..hasilnya hampir sama Yeay!


Bahan-bahan sos

1 sudu butter
3 ulas bawang putih
Satu genggam daun parsley segar
1 kotak kecil krim masakan
Sedikit herba dill
Garam
Black pepper
Limau nipis atau lemon

Panaskan kuali bersama satu sudu butter.Masukkan 3 ulas bawang putih yang dicincang, segenggam daun parsley yang dikisar halus, masukkan krim masakan, sedikit herba dill (jika ada), garam, black pepper dan sedikit perahan limau atau lemon.Masak sehingga mendidih.Siap! Boleh hidangkan bersama sayuran dan ikan.

atau cara paling cepat, campur bawang putih, parsley dan krim masakan dalam blender.Kisar halus.kemudian masak dengan butter.campak dill,garam, pepper, dan perah sedikit lemon.saya juga masukkan sedikit mayonis.Kacau sebati semua.Siap!.

2. Resepi kedua ini saya rujuk dari encik google.Grill Salmon with dill mustard sauce atau Ikan salmon Panggang bersama sos putih pun boleh lah.;p



Bahan-bahan sos 

Satu sudu butter
3 ulas bawang putih
1 cawan susu segar
1/4 cawan mayonis
2 sudu sos mustard
Satu sudu dill kering
Sedikit tepung gandum dicampur air
Garam
Black pepper


Panaskan kuali dengan api sederhana.Masukkan satu sudu butter, 3 ulas bawang butih cincang, goreng sebentar.Masukkan 1 cawan susu segar, 1/4 cawan mayonis, 2 sudu sos mustard, satu sudu dill kering.Ya,herba dill memang amat sesuai dengan masakan ikan.

Campurkan sedikit tepung dan air untuk memekatkan kuah.Masukkan dalam kuali dengan api kecil.Kacau sebati.Akhir sekali perasakan dengan garam dan black pepper.Kacau sehingga mendidih dan Hidangkan.


3. Salmon panggang bersama lemon butter sos.



Resepi ini paling senang! MasyaAllah sedap pulak tu!.Rasa lemak dan masam memang kena dengan salmon.

Bahan-Bahan Sos :

1 atau 1/2 cawan butter
3 ulas bawang putih
sebiji lemon
Garam
Black pepper


Panaskan kuali.Masukkan butter.Ketuk 3 ulas bawang putih.Goreng sebentar.Perahkan sebiji lemon. dan masukkan beberapa keping lemon.Akhir sekali perasakan dengan pepper dan garam.Kacau dengan kasih sayang.Biar mendidih.Siap! boleh hidangkan dengan ikan dan sayur.


Alhamdulillah

Selamat mencuba! Happy cooking for your family.Bak kata Chef Amar TV Al-Hijrah,Masak dari hati,Masak dengan iman :)

Ikan salmon sangat bagus untuk kandungan.Ibu hamil & kanak-kanak juga digalakkan mengambil supplement tambahan seperti omega 3 fish oil.

Order secara online, kami hantar terus ke depan pintu anda.lawati www.alamvitamin.com


Baca manfaat omega 3 di sini :

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DHAtingkatfungsiotakbayi//Article/index_html

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sistemnutrisiterbaikmudahkanprosespembelajarankanak-kanak//Article/index_html


Thursday, August 25, 2011

Ikan masak stim limau dan mangga muda

Pertama kali masak Ikan stim.selalunya masak sweet sour dan tiga rasa menjadi keutamaan.Bila mahu makan Ikan stim, order di kedai saja tahu.Hehe.ok,mari belajar.senang saja rupanya.Saya modifikasi dari resepi asal dayang mengikut bahan-bahan yang ada dalam peti ais kecil saya.





gambar dari phone saja.kurang sedikit kualiti imejnya.

Resepi dan cara-caranya :

Siang dan bersihkan 1 ekor ikan segar.Apa saja jenis ikan yang digemari seperti siakap,kerapu,red dragon.Dalam peti ais ajaib saya cuma ada ikan merah.Bolehlah kan.Hiriskan segala aksesori lauk ini,iaitu satu labu bawang besar,3 ulas bawang putih,2 batang serai,1/2 inci halia,1/2 inci lengkuas,5-7 biji cili api dan 3 helai daun limau purut.Disebabkan saya tiada tomato.Saya gantikan dengan mangga muda yang masih tersimpan beberapa biji.Ingat masa mengandung dulu,suka sangat mangga.Kalau mengandung dah habis dah mangga ni.Itu kalau ya.Hehe.Eh,melalut! Jadi,mangga muda tadi pun hiris memanjang dan nipis.

Didihkan 2 cawan air dalam kuali.Masukkan semua aksesori yang dihiris tadi.Kemudian masukkan ikan dan gunakan api yang perlahan sebentar.Kemudian masukkan 1 sudu sos tiram,1 sudu sos ikan,4 sudu jus limau nipis, tepung jagung,garam dan gula secukup rasa untuk mengimbangi kesedapan.Tutup aurat kuali dengan tudungnya sebentar dan biarkan mendidih.Tutup api dan hidangkan dengan cili merah atau cili api supaya nampak memberansangkan.Mudah saja kan.Selamat mencuba :)

Wednesday, June 15, 2011

Resepi Ikan Terubuk masin goreng cili padi

Salam sayang,

Sudah berapa hari tidak sempat menulis panjang lagi.Tetapi tidak mahu blog ini sunyi sepi.Hari ini mahu kongsi resepi ikan terubuk goreng.Ikan terubuk dibeli dari bumi Sabah yang indah dan dirindui.




Basuh ikan dan buangkan garam dalam perut ikan.Potong kepada beberapa bahagian dan rendamkan supaya hilang rasa masinnya yang agak melampau.Hihi.

Kemudian lumurkan ikan dengan tepung jagung supaya bila digoreng ikan tidak hancur.Panaskan minyak,goreng ikan sekejap.Sebiji bawang besar dihiris, dan 2 ulas bawang putih dihiris, beberapa biji cili padi dihiris.Ikut mahu tahap kepedasan yg bagaimana.mahu pedas lebih,tambah lagi.

Angkat ikan yang sudah digoreng garing.Kemudian tumis bawang dan cili padi tadi dengan sedikit minyak.Bila dah naik bau,masukkan air asam.Sudah siap! Senang saja kan.Sedap makan dengan nasi panas dan sebagai pembuka selera.Selamat mencuba.

Wednesday, May 4, 2011

Ikan dory bersos bawang berkrim

Baru datang mood blogging saya.Kalau penyakit M datang, memang langsung tak jenguk blog ataupun blogwalking.Haih! Jauh lah kau,wahai malas!

Resepi Ikan dory bersos bawang berkrim.Haha.Lain macam je nama resepi ini.Lantak lah.Suka hati i lah! Hehe.Sebenarnya ummi suka sangat makan menu ikan dory with green sauce kat secret recipe.siapa suka? sedap kan.Sedap sangat sosnya.

Jadi,teringin lah nak buat sendiri.Ikut naluri deria rasa teka saja bahan-bahan yang digunakan.Kira try and error lah nih! Hehe.Jeng jeng ikan dory with sos ala secret recipe.:)





Ikan dory dibasuh, digaul dengan secubit garam,lada pepper,sedikit perahan lemon dan tepung jagung.Kalau tak nak tepung jagung pun boleh.So,kulitnya tak jadi crispy macam saya punya.Hehe.Kat secret recipe tak crispy.Saya main tibai je nih sesedap rasa nih.hehe.Goreng sehingga kekuningan.

.Untuk sos,tumis bawang putih diblender halus dengan olive oil.kemudian campur kan susu segar dalam secawan,yogurt 2 sudu dan sedikit keju parut.Masukkan herba parsley.Gaul perlahan.Didihkan sampai agak pekat.Perasa kan dengan garam dan lada sulah.Angkat dan hidangkan bersama ikan,salad dan perahan lemon.

Bila saya rasa.rasanya hampir sama.Hehe.Tapi struktur dan warna tak sama.Sos saya warna putih,Secret warna hijau.Secret recipe lebih pekat sosnya.

Saya tanya pengomen tegar saya, Abi cakap sedap...Hehe.Dia cakap kalau nak hijau sosnya blend cili hijau ke dalam sos.atau saya terfikir mungkin dia menggunakan daun parsley segar yang diblend ke dalam sos.Mungkin juga kan.Boleh lah cuba lagi nanti.

Secret recipe, apa resepi rahsia Sos sedap tu???? ;)

Saya akan mencuba lagi ataupun saya "mencuba" lagi di secret recipe ! Hehe

Wednesday, March 2, 2011

Negeri Sembilan vs Melaka

Assalammualaikum wbt

Orang nogori dan orang melaka punyai persamaan iaitu kuat makan pedas.betuk tak? Selagi tak pedas,tak selera lah! hehe.Berapi lagi sedap.

Tradisi masakan orang melaka ialah asam pedas.Orang nogori pulak masak lomak cili api.Siapa suka angkat tangan? Eh.Angkat keyboard atau mouse korang! Hehe.
Suami suka makan masakan kampung.tekak selera melayu jo.Tak pun masakan arab.Mana yang dia suka tu, itulah kita semangat nak masak.



Ikan parang asam pedas melaka
Resepi asam pedas.Bawang merah dan putih ditumbuk.kalau mesin tak jadi tau! Itulah rahsianya.memang tradisi ni.Lesung batu teman di dapur.Itu yang buat lebih sedap! Tumiskan bawang bersama cili giling dan daun limau purut. .Garingkan cili ni amik masa lama sikit.Bila adam menangis.tutup api kejap.Pastu sambung balik.Hehe.Cili dah garing.Masukkan air asam jawa,ikan dan akhir sekali garam. Senang je kan? Tak payah banyak bahan pun! Resepi asal turun temurun dari ibu saudara di melaka.Kesukaan suami ialah asam pedas daging tetel.Berselera makan.


ayam masak lemak cili padi nogori bersama pucuk ubi
Resepi masak lemak cili api ini juga dari tradisi orang nogori juga.Resepi nya cili api ditumbuk.Ayam yang dibersihkan masukkan dalam periuk.Masak sekejap sehingga daging ayam warna keputihan.Masukkan cili padi tadi.Masukkan serai juga.kemudian masukkan santan dan pucuk ubi.Pucuk ubi sedap kalau disimpul kasihkan dahulu sebelum masuk dalam periuk.Akhir sekali serbuk kunyit dan garam jangan lupa.Senang kan? Tak perlu menumis pun.Masak lemak daging salai pun sama resepinya begini.Tapi daging perlu disalai atau dibakar terlebih dahulu.Baru lah namanya masak lemak daging salai ya..Hehe.


Seronok masak bila ada tukang makannya.Mencabar memasak bila anak-anak mula meragam.Bila siap satu lauk.Lega,itulah nilai air tangan si isteri di campur teriakan si kecil! Hahaha.

Apa lauk kegemaran suami korang? Apa  masakan tradisi yang korang suka?

Wednesday, December 29, 2010

Sambal goreng ikan bilis

Assalammualaikum wbt

Salam Sayang semua

Saya suka sambal.saya suka pedas.Kalau pedas baru berselera.orang Melaka lah katakan.

Saya suka sambal ikan bilis.hubby's foreign friend hairan bila kita makan ikan bilis.dia kata,kesian kat ikan tu..belum sempat besar,ko dah makan dia! Haha.kelakar dengar hubby cerita! Negara dorang mana ada ikan bilis!

Sambal ikan bilis saya ikut resepi Mak saudara di Melaka Dan Mak mertua saya Ada ajar juga ;)













Bahan2:
Barang merah, bawang Putih,cili padi,sedikit Garam dan gula.Dan sedikit minyak masak.

Cili Padi ikut berapa banyak korang nak letak.banyak cili,bantaklah sambalnya.Tapi pedas memang pedas hangat betul!! Siapa tak tahan pedas,gastric jangan cuba2 lah sambal ni..boleh mendatangkan kemudaratan nnt.hahaha

Cara2: panaskan minyak,macam biasalah goreng ikan bilis dulu.Angkat dan toskan.cili padi,bawang merah Dan Putih dikisar.Goreng sampai garing.tambah garam dan gula sedikit.tutup api.sambal dah agak sejuk.Gaul ikan bilis bersama sambal tadi.siap!!! Taraaaa....

Kalau Mak mertua saya ajar pula.guna cili giling.sedap.tak berapa pedaslah.boleh diratah begitu saja! Gerenti licin.


Sama tak sambal goreng kita? Kalau tak sama,korang masak camne?


- Posted using BlogPress from my iPhone



Monday, June 8, 2009

Masak - Masak

Sekali sekala tekak mahu rasa makanan lain dari lain juga.Selain memasak lauk pauk melayu kita.ummi juga suka masak one dish meal seperti ini untuk hubby.lagi pun ia simple , cepat dan sedap.Ada juga beberapa resepi- resepi di bawah yang ummi belajar dari online sahaja.Mahu bawa makanan apa ya untuk MSK Gather 2 gather N Potluck di tasik Shah Alam nanti? Apa kata anda beri cadangan atau undi makanan di bawah ini yang mana patut ummi bawa. :p
BBQ Chicken with Potato, Brocolli, and Carrot Salad.makan dengan perahan lemon.
Kebetulan mak datang.Hidangan ini untuk jamu mak.mak makan dengan berselara.Licin.
Resepi dari uncle chef, blog Food is Love.



Spagetti bolognise.ayah ku sangat suka bila ku masak spagetti untuknya.ayah sangat cerewet bab makan ini.ayah hanya makan homemade spagetti sahaja.sudah lama tidak masak untuk ayah.ummi cuba resepi ini sebab lain sedikit kerana tambah susu.memang lagi sedap.tambah keju mozarella di atas.terliur lihat keju yang meleleh itu.resepi disini.



Lasagna.kegemaranku.mudah dan sedap sangat.sangat meriah dengan pelbagai bahan- bahan di dalam nya.bau nya sungguh cheessy dengan taburan mozarella di atas nya.super delicious! resepi di sini.


Ais Krim Coklat Uncle Chef.Yummy! Ku tambah dengan coklat chip.sungguh tamak coklat.Boleh dijadikan aktiviti buat aiskrim bersama anak- anak juga.tentu mereka teruja makan aiskrim buatan mereka sendiri.Aufa juga sudah merasa aiskrim buatan umminya ini.;p hubby kata sedap.sama seperti di kedai.resepi disini.



Fish and Chip.Eh bukan.Fish and Wedges.My hubby most favourite.sambil makan sambil puji.Licin.sangat mudah.ikan dory atau salmon digoreng tempura.Tempura- 1 cawan kecil tepung gandum,1 sudu tepung jagung, 1 biji putih telur, garam, herbs, lada hitam dan garam.bancuh bersama air sejuk.kemudian goreng.akhir sekali goreng wedges dan sediakan coselaw.Hubby sangat gembira.ku juga senang hati.;p





Cheesy Seafood Pasta.yang ini paling senang.masakan bila ku malas.guna sos yang dalam tin.kemudian tambah sotong dan udang.akhir sekali, hiaskan.;p


p/s: okay.anda undi yang mana?
p/s: esok kami akan ke cameron.doakan kami selamat tiba dan balik.jadi, ummi akan cuti berblogging untuk beberapa hari.take care semua.have a nice day!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers