gambar dari phone saja.kurang sedikit kualiti imejnya.
Resepi dan cara-caranya :
Siang dan bersihkan 1 ekor ikan segar.Apa saja jenis ikan yang digemari seperti siakap,kerapu,red dragon.Dalam peti ais ajaib saya cuma ada ikan merah.Bolehlah kan.Hiriskan segala aksesori lauk ini,iaitu satu labu bawang besar,3 ulas bawang putih,2 batang serai,1/2 inci halia,1/2 inci lengkuas,5-7 biji cili api dan 3 helai daun limau purut.Disebabkan saya tiada tomato.Saya gantikan dengan mangga muda yang masih tersimpan beberapa biji.Ingat masa mengandung dulu,suka sangat mangga.Kalau mengandung dah habis dah mangga ni.Itu kalau ya.Hehe.Eh,melalut! Jadi,mangga muda tadi pun hiris memanjang dan nipis.
Didihkan 2 cawan air dalam kuali.Masukkan semua aksesori yang dihiris tadi.Kemudian masukkan ikan dan gunakan api yang perlahan sebentar.Kemudian masukkan 1 sudu sos tiram,1 sudu sos ikan,4 sudu jus limau nipis, tepung jagung,garam dan gula secukup rasa untuk mengimbangi kesedapan.Tutup aurat kuali dengan tudungnya sebentar dan biarkan mendidih.Tutup api dan hidangkan dengan cili merah atau cili api supaya nampak memberansangkan.Mudah saja kan.Selamat mencuba :)
7 comments:
sedap..selalu buat ikan siakap masak stim je..
ish ish bahaya baca entry ni pepagi! dh terliur ni beb ekekkekek
Looks yummy!
My fav nie tapi baru sekali buat. And tak berapa sedap macam slalu makan kat kedai. nanti kena cuba lg. ;p
ikan merah pun sodapppp ape. akak tengok je terus rasa nak balik masak nanti...hehehehe
selamat hari raya dari akak sekeluarga
Sedapnya US.. Semalam ibu yusuf dan maryam masak ikan keli..:D
Hye kak Odah =) Jalan2 disini. wah best nya resepi ni. Siti mmg suke & selalu buat juge, tp belom cube lg masukan mangga muda. selalu letak epal fuji yg fresh..sedap juge. kalo Akak belom cube.. pas ni leh try Epal pule. =) nice Blog & good info. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & batin..
tentibe kecur. sedapnye. nak try la resepi ni. makan dgn nasi panas2. adoii sedapnye
Post a Comment