ads

Sunday, August 28, 2011

Salam Lebaran

Terasa hiba Ramadhan meninggalkan kita.Tak sangka .terasa cepatnya berlalu pergi ramadhan.Semoga kita dipanjangkan usia untuk bertemu lagi di Ramadhan akan datang.

Eid Mubarak kepada semua Muslim muslimat. Sebagai panduan menyambut aidilfitri ada 13 perkara mengikut syariat nabi Muhammmad s.a,w :


1. Bertakbir hingga ke subuh
2. Mandi sunat hari raya
3. Makan dan minum sebelum sholat hari raya
4. Pakai baju yang tercantik (keutamaan warna putih)
5. Pakai wangi-wangian (utk lelaki)
6. Pergi jalan yang jauh semasa ke mesjid dan jalan terdekat semasa balik
7. Sholat sunat aidulfitri
8. Ziarah keluarga terdekat
9. Silatulrahim dengan sesama islam (kerabat, rapat dan dekat)
10. Tolong menolong pada yg memerlu bantuan
11. Menyantuni fakir miskin & anak yatim
12. Berdamai dalam perselisihan
13. Puasa sunat 6 hari di bulan syawal. (Puasa klas eksekutif -bermula syawal ke 2, Puasa kelas bisnes- 6 hari berturut-turut; Puasa klas ekonomi - 6 hari dlm bulan syawal).


Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah Ta'ala menerima amalan & ibadah kita di bulan Ramadhan. Amin.Selamat terus beramal.Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1432H Ampun Maaf Zahir dan Batin.Berhati-hati pulang ke kampung.Selamat pergi dan pulang.Semoga menyambut syawal ini dengan keberkatan dan kebahagiaan.

2 comments:

yatie chomeyl said...

Selamat Hari Raya untuk US sekeluarga :)

ummuabdullahsyaakir said...

Assalam US,


Dikesempatan ni nak ucapkan Selamt Hari raya utk US sefamily.Moga Syawal kali ni memberikan 1001 Rahmat buat kita semua....insya Allah.

Salam sayang dari Perantauan.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers