ads

Thursday, August 25, 2011

Pengalaman bersama iPad 2

Suami beli iPad2.Bukan milik saya.Lama dia mengidam.Akhirnya,saya terpaksa akur kerana itu saja membahagiakannya.Men and Gadget.Mana boleh dipisahkan.Umpama aur dan tebing.Pengalaman saya bersama si putih ini baru sedikit.Hanya mencuba dan memegang sekejap-sekejap kerana suami bawa pergi kerja.Mungkin juga saya tidak terlalu berminat.Hehe.

Pengalaman saya, saya lebih menyukai iphone.Walaupun dua-dua ada manfaat masing-masing.Malah, dua-dua boleh download applications yang sama.Tetapi iPhone lebih terasa dekat.sungguh terasa dunia di hujung jari.mahu rujuk resepi senang.mahu tanya mr google apa saja dia tahu.Yelah,tak lupa aktiviti bersosial saya ketika menyusukan adam.iPhone lah yang memudahkan saya.I love that moment.Sambil menyusu,sambil luruskan pinggang, sambil berborak dengan kawan-kawan di laman sosial atau update rumah saya ini memggunakannya.Alhamdulillah.:)


Ya lah,mungkin ia tidak sesuai untuk surirumah seperti saya.Ia sesuai untuk mereka yang bekerjaya, berbisnes,jumpa client dan customer sebagainya.ada nampak suami cuba-cuba buat sketch di iPad2.mungkin sesuai juga untuk designer.

Jadi,saya tetap mencintai iPhone.Walaupun skrinnya sudah bersirat birat.Rupanya sudah tidak menarik kerana dicederakan dan dilontar oleh anak-anak.Jadi,buat masa ini,saya belum jatuh cinta dengan iPad.Tetapi saya lebih suka jika membeli langsir raya dari membeli gadget raya.Kerana saya adalah seorang wanita.Sekian.:)

5 comments:

yatie chomeyl said...

ahaha hint nak langsir baru la tu :p

Ummi Salsabila said...

yatie : bukan hint lagi.dah tahap berterus terang pun.tak dpt approval jugak.gadget raya buat apa...Uwaaaa:(

Ibu Yusuf Maryam said...

K zefa masih setia dengn hset cap ayam.. :D

Mursyidah Ahmad Azam said...

odah, bajet langsir raya dh terbang kt ipad kot...hehe... husband kita pn sama, dok mgidam ipad gk skrg ni, huhu...

Sharini aka Ummi Khayra said...

hehehhe kalau pompuan mesti nak fikir rumah dulu kan? hehehehheheheh


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers