ads

Tuesday, August 2, 2011

Ahlan Ya Ramadhan


“Puasa adalah perisai dari api neraka seperti perisai salah seorang di antara kamu dalam peperangan.” (HR. Ahmad dan Ibnu Khuzaimah)

Setiap kali ramadhan menjelang, saya selalu terkenang orang-orang yang dahulunya bersama-sama menyambut ramadhan merebut peluang yang tidak akan dapat pada bulan-bulan lain. Tapi mereka, keluarga, sahabat andai sudah tiada lagi bersama kita pada tahun ini. Mereka tidak dapat lagi meraih pahala dan ganjaran yang hebat seribu bulan sedangkan kita masih lagi bakal diberi peluang yang sama. Lihatlah pada mereka yang masih hidup dengan penuh kasih sayang dan rebutlah peluang ini sebaik-baiknya kerana boleh jadi kita sendiri atau orang yang disayangi mungkin tidak akan dapat bertemu lagi ramadhan tahun depan.


Pada bulan mulia ini kita dapat rebut bonus  dari keberkatan dan latih tubi amalan :1) Niat: hanya kerana Allah 2) solat-solat sunat terawih 3) Membaca Al-Quran 4) Banyakkan sedekah: bkn hnya wang tapi memberi senyuman,buat baik dan berkata baik dan sebagainya 5) Lailatul Qadr,6) zakat fitrah: 7)Banyakkan berdoa.Segala amal sunat dpt pahala wajib malah diganda-gandakan.Mari kita sama-sama capai matlamat puasa dan  menjadi hamba Allah yg bertaqwa.

Bulan puasa bulan meraih pahala,bukan bulan meraih makanan.Di sana sini restoran atau hotel sudah berlumba-lumba dengan iklan buffet masing-masing.Sampai ada yang berkata, ramadhan is a month "abundance of food".Mungkin sekala sekali boleh kita menikmatinya menjamu ahli keluarga atau kawan-kawan.Tapi elakkan dari membazir dan hanya fikirkan makanan di bulan barakah ini.Jangan rosakkan amalan kita dengan berbelanja boros dan tamak di bazar ramadhan.Kita hendaklah bersederhana dalam berbuka supaya tidak malas untuk melakukan ibadah.Mungkin juga dalam bulan ini kita dapat kurangkan berat badan,supaya Aidilfitri nanti lebih berseri-seri.:)

Selamat menjalani ibadah berpuasa semua.Minta ampun maaf atas segala kesalahan dan kesilapan.:)

p/s: Aufa dan Adam tak puasa.Ummi tetap kena sediakan makanan untuk kami.Hehe

6 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

sama cam sikecik, bila nak mkn, siap pelawa abg n kakak dia mkn jugak. mcm abg dah besar oklah. mcm sikakak tu, baru thn ni nak puasa, memang melepek le jugak tak tahan bila tgk adik mkn buah cempedak

Unknown said...

salam ramadhan ummi..ampun maaf salah dan silap..semoga ramadhan kita semua akan diberkati..

munira said...

salam ramadhan karim ;)

yatie chomeyl said...

comey sgt senyuman Aufa dlm gmbr tu *tergoda aunty* ehehe

abah khalisha said...

salam ramadhan buat puan blog

abah khalisha said...

salam ramadhan buat puan blog


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers