ads

Thursday, August 18, 2011

Buku pintar Al-Quran

Salam Ramadhan kareem!

Hari ini sudah hari ke 17 kita berpuasa.Hari ini juga merupakan hari nuzul Al-Quran.

Di bulan ramadhan ini amalan kita di lipat ganda kan.Amalan membaca Al-Quran juga begitu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda”.

Jadi jangan berkira-kira mahu membaca al-Quran.pahala berganda walaupun bacaan kita tergagap-gagap atau tidak lancar.

Dengan adanya teknologi moden.Sekarang kita boleh membaca al-Quran dimana saja.menerusi aplikasi di iPhone atau iPad.malah menerusi lappy boleh ke website quranflash.com untuk terus membaca kitab suci ini.untuk belajar bahasa arab al-Quran boleh ke myarabquran.com.sekarang semuanya dihujung jari saja.

Disini saya mahu kongsi buku pintar Al-Quran.teman baik saya.:)


Tujuh dalam satu.authors pun bukan sebarangan.tokoh ilmuan yang hebat belaka! MasyaAllah..


Bila baca al-Quran ada panduan tentang tajwid,makhraj dan sebagainya.Biasalah,saya ni dari kecil belajar tajwid masih ingat-ingat lupa.ketuk kepala sendiri!

Selain itu,lengkap dgn makna ayat dan asbab nuzul sekali.kita hendaklah membaca makna
Sekali supaya kita memahami isi kandungan al-Quran sendiri.


Ia juga ada biography tentang sesuatu perkara.contohnya perkahwinan.Boleh refer semua ayat2 yg mengenainya.buku ini pintar kan.Mcm dokumentari.

Ya Allah! Engkau berikanlah pada diriku dan umat islam seluruh dunia ini agar kembali kepada al-Quran tidak mengira bangsa, teturunan dan darjat, berpegang teguh kepadanya, agar setiap ayat yang kami baca meresap ke sanubari kami, orang yang sesat mendapat petunjuk, orang yang lalai, tersedar dari kelalaiannya, orang yang lupa teringat kembali sampai bila-bila, orang yang berdosa kembali bertaubat dan tidak akan mengulangi lagi. Ya Allah dengarlah rintihan hati kami ini”.






Let's read Quran! Selamat mendalami kitab suci alQuran.Barakallah....:)

-Posted using BlogPress from my iPhone

4 comments:

ibu MZW @ farah idayu said...

mana ummi dapatkan ye? sgt berguna...especially tang leh refer bab2 yg kita nak cam perkahwinan etc tu..sgt bagus!

Ummi Salsabila said...
This comment has been removed by the author.
Ummi Salsabila said...

ibu mzw : boleh cari kedai buku agama.atau beli online saja disini http://shoutussunnah.com/produk/bukukitab/kitab-tafsir/al-quran-pintar-7-in-1/

Ibu Yusuf Maryam said...

Alhamdulillah, teknologi moden memudahkan kita beramal ibadah dan membuat rujukan..


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers