ads

Showing posts with label Hang Out. Show all posts
Showing posts with label Hang Out. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

Hari yang bahagia

Assalammualaikum wbt

Saya suka hari minggu.siapa tak suka kan? Hari minggu hari bahagia dan mengembirakan.

Weekend lepas 1.1.2011.Ummi masak special sikit sempena sambutan hari lahir Abi.Kali pertama masak favourite food hubby, nasi arab or nasi kabsa.Selalunya teringin, makan di kedai saja.Tapi saya nak belajar buat sendiri special untuk hubby.Bila lagi kan?.Lepas ini boleh belajar buat nasi mandi pula,nasi yaman pula.nasi egypt pula.wah.wah.wah.hehe.




Homemade nasi kabsa saya.resepi disini

Saya ajak family datang makan dirumah sekali.Sebab itulah saya suka weekend.Saya dapat jumpa family.Biasanya,jika lapang hari sabtu kami visit mak dan ayah di klang.Mak ayah pun sure rindu kat Aufa dan Adam.Saturday is our family day.Siapa yang seronok berkumpul dengan semua adik beradik.

weekend adik-adik pun balik.Adik lelaki saya ni penyeri.Suka buat lawak.tak kering gusi lah ada dia!

Aufa pun bukan main suka.Mak saudara ramai melayan.excited! Bila dorang nak balik,sedih lah dia.kesian anak ummi...

Petangnya pula,kami visit hubby's mom at kg pandan.Wan pun rindu Aufa dan Adam.itulah untungnya kalau dapat jodoh orang dekat-dekat ni.dekat je kampung.;)

Saya suka weekend.sebab weekend saya cuti.hehe,Bila outing kira saya cuti la kan.cuti masak,cuti buat homechores.haha.

Sunday is our outing day.shopping day.happy day for Aufa! Adam pula dapat enjoy dunia luar! haha.kami ke ikano,the curve dan ecurve.tawaf semua!


Good boy.Bila bawak berjalan well behaved je..:)

ummi pun happy jugak.dapat shopping sebelum year end sale habis! Abi pula berkerut.habislah berapa banyak terbang duit abi...Haha.

Aufa paling happy! Enjoy playing and exploring!





Lunch at popeye's.aufa with her favourite fried prawns! Yummy! Udang lauk kegemaran dia sekarang.ummi,nak udang,nak udang!!!



my precious.Aufa sampai tertido dalam 'car' dia ni tunggu ummi shopping.:D

vrooooommm!!! 7 month of adam in action.

Then,we had dinner at waerong penyet.delicious ayam penyet! Alhamdulillah..tak berasap dapurku hari ini.:D

Malam baru balik rumah.anak-anak dah kepenatan.kaki dah lenguh.penat tapi happy spent time the whole day together!

saya suka weekend.Kami suka weekend! tak sabar tunggu next weekend!

Friday, August 20, 2010

Have Fun at the park

Salam Ramadhan,

Hi mommies.how your's ramadhan diary? ummi rasa padat juga.macam-macam benda nak buat.ummi perasan many mommies yang talking about food they had during sahur and break fast.if pergi bazar pula,plan apa yang nak teringin nak makan.and also plans nak masak apa pula untuk berbuka.me too! mesti plan,esok nak masak apa ya untuk berbuka.mestilah yang heavy and special.bila tak cukup bahan kelam kabut cari kat kedai depan.Bila air tangan kita.InsyaAllah...yummy!!! dan yang penting rezeki berkat.^_^

Ok,this is pictures entry.Pictures of my earth angels at gardens and taman tasik titiwangsa.This is my first time go to titiwangsa.Kesian.hehe.We had so much fun there.My 22months cheerful girl,Aufa was very enjoy during the day.seronok bila bawa jalan-jalan.While my 3 months bam bam boy,Adam was very sporting.walau dia agak penat.sebab tak dapat tidur dgn aman seperti biasa.tapi dia tak meragam.senang dibawa berjalan.good boy.^_^

Ok,enjoy the pictures!!!
























Ummi sayang Aufa dan Adam.Kalian adalah buah hati pengarang jantung,penyeri hidup dan penghibur duka lara ummi.^_^

Wednesday, July 14, 2010

Happy happy time :))

Salam Sayang,

Lama blog ini tak berupdate.busy sangat ke? hihi.memang agak busy menguruskan anak-anak dan rumah tangga.nak menulis panjang-panjang memang bercinta lah sekarang.selalu sempat update di facebook sahaja.selain urusan family, ummi sedang berusaha mengusahakan sesuatu.InsyaAllah..bisnes kecil-kecilan sahaja disamping jaga anak-anak.nanti dah siap,akan kita war-warkan.

Sejak dah habis pantang ni.Ofkos memang seronoklah.dah sihat.dah merdeka.mula lah aktiviti keluarga berjalan kesana sini.plan mahu bercuti cuti, tapi Abi belum ada free time.So,bawak anak-anak bersiar-siar saja.Abi 'pantang' je bila masa terluang ajak berjalan.jom kita kuar,nak? hehe.Abi pun sejak ummi bersalin.Dia pergi kerja balik rumah je.boring katanya.Yang pasti memang bahagia menghabiskan masa bersama keluarga.Yang paling happy Aufa lah.'hidup' je bila ajak berjalan.Jom alan..jom alan..cepat-cepat ambil shoe dia.:)


Kami berempat.havoc juga bila dah ada dua anak.ada dua budak kena siapkan termasuklah barang2 dorang.ada dua mulut kena suap.ada dua muntot kena cebok.hahaha.

Abi dengan dua anaknya.


Alhamdulillah.dah boleh makan sedap-sedap seperti biasa.yang pasti kena makan yang berkhasiat untuk baby Adam.and still NO to air sejuk or ice cream.macam dah tak biasa pula minum air sejuk sejak pantang ritu.hehe.Abi memang tak bagi minum sejuk lagi.suruh pantang lagi.lagipun nanti adam perut kembung.

emm..yummy cheesy spaghetti!! seronok tengok Aufa makan.perut dah muncit.badan belum naik.still tengok mood dia nak makan ke tak nak.sometime makan banyak,sometime she refuses to eat.sometimes dia nak makan mula-mula.tak lama pastu,dah jadi bahan experiment makanannya.dibaling2.digaul2.dia main pula.buat messy.memang risau tau.

pantang nampak benda alah ni.mesti nak layan.minta coins sambil buat sign jari dia.nak wit..wit..wit..hehe.


Belum slim lagi.Saja ummi usik Abi.Ummi nak join London weight mgment nih.haha


Weekend lepas, sempat bawa anak-anak ke KLCC park.Sambil2 tu,aktiviti bershopping pun termasuk juga.ada sale pula tu.lama tak shopping kan.em,alasan..kukuh betul :)

wah,handsomenya anak ummi.mata sepet lah adam ni.ikut sape ek? adam seronok nak pi KLCC.2 bulan lepas,ummi bawak perut pegi KLCC,balik rumah terus adam nak keluar.Adam nak pi KLCC dulu rupanya!! haha.

Kakak Aufa seronok main buaian.lalala..lalala..kita pun happy tengok anak happy kan? :)


Lepaking at the park.cuaca pulak elok je.tak panas dan berangin. Abi sempat buat kerja dia kat sini.Abi..abi..kuat betul bekerja.yelah,untuk kami juga...Always support you,abang..:)



Adam buat muka tak puas hati.Tak boleh mandi pool lagi.hehe.


My precious prince..muah..muah kat pipi dia!! geget geget tangan dia!!

Permata hati kami.Aufa dah 19bulan.semakin pintar berkata-kata.Adam hampir masuk 2bulan.semakin tembam dan sihat membesar.Alhamdulillah.:)


Geram tengok Aufa.dia pun nak tolak stroller.comel je.hehe.Ok sayang,lain kali kita datang lagi.:)

Tuesday, June 22, 2010

Bila sudah Berempat

Salam Sayang.
Adam 37 hari.Belum habis pantang lagi.cepatlah masa berlalu.hehe.Weekend lepas kami ke wedding kawan ummi, Mala di dewan wisma sejarah Kuala Lumpur.Wah! dah keluar nampaknya. Kawan ummi mala ni rajin dtg bila pape event.dulu tunang,kawin, aqiqah anak sume dia datang. Ni dia kawin kalau boleh, ummi nak pegi jugak.Lagipun masa nilah dapat jumpa kawan2 lain.bukan senang kan gather2 kan.Alhamdulillah.Seronok dapat jumpa kawan2.
Congratulations Mala! Welcome to wifey club.^_^

yummy mommies with kiddos :)

First time keluar berempat nih


After balik wedding mala,kami singgah ke empire shopping gallery. grocery shopping dan saja nak jalan bawak aufa.wah! ke ummi dia yang nak jalan-jalan ni.haha.tak pe amik udara jap.hehe
First outing dgn 2 orang budak.kelakar dan kalut juga.yg kelakar bila dua2 melalak serentak.adam nak nyusu.aufa nak mintak dukung.nak ajak main.lepas ni,mmg tak dapatlah ummi shopping tanpa abi.dulu control aufa jer bolehla.bila time dua2 berjemaah melalak,ummi abi sama2 pandang then kami tersenyum.aih,ni baru dua! ^_^

aufa wif bob the builder.dah pandai suruh kita masukkan coins :)

Salsabila Aufa,budak manja kesayangan semua.

sempat main peek a boo! curious.nape meja ni ada lubang.:)


Muhammad Adam, macam biasa good boy!


susahnya nak bagi aufa makan.pi kenduri pun tak nak makan.kat cafe ni.kita suap pun dia tak nak.suap sendiri sikit je.pastu dia plak nak suapkan kita.ummi lah yang bam2 camni ;p


em.dapat gak suap dia beger 3 kali.pastu tak nak dah.kakak,kena makan banyak2.nanti adam pula lagi besar dari kakak..ayok...
ok, sayang cintaku.nanti ummi off confinement.kita pi jalan2 lagi ok! ^_^


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers