ads

Friday, December 27, 2013

Jubah menyusu Risha Azraa Button

Assalamualaikum wbt :)

Koleksi terbaru www.rishacollection.com

High quality chiffon with full lining.nursing friendly untuk mommies. :)






Follow kami di Instagram @rishacollection
Email kami di rishaclothing@gmail.com untuk membuat order.

Jenguk website rishacollection.com untuk lebih lanjut.


Tuesday, December 10, 2013

Review Little Caliph

Assalammualaikum.

Sekejap betul dah sampai penghujung tahun.Pantas sungguh kamu wahai masa.

Ingat lagi, hari pertama Kakak ke tadika.Menangis berdrama tak nak sekolah.Puas pujuk.

Sampai sekolah, monyok saja. Tak menangis sebab malu ramai orang. Dia tahan katanya.ummi pun sedih, anak yang ummi tatang sendiri dari kecil dah sekolah! sudah tiba masanya alam baru buat kami.Mahu tak sayu hehe.

Adalah dalam 3 hari dia berdrama. Hari seterusnya dia dah terima alam persekolahan.Kesian juga, dah kena bangun pagi, kena paksa tidur awal. Susah nanti nak kejut, sampai ambik spray air, sembur kat dia!

Alhamdulillah bila balik ada saja ilmu baru, seronok tengok.Belajar solat, wudhu, hafazan, zikir, doa,dhuha, sejuk je.semua pun sejuk kan.mak mak sangat!

Bab itu memang cair. Selain itu ummi perasan dia minat maths dan sains.kalau bagi soalan tambah tolak, semangat selesaikan.Lagi satu,suka tengok backyard science kat TV IQ. Kemudain mula lah buat ujikaji sendiri dengan adiknya. Campur bedak, susu, sabun.kacau-kacau, masukkan dalam peti ais! ya rabbi.
Bila dia teringat, dia buat lah show apa yang belajar.ummi pun mula overwhelmed.Eh, pandainya.. Teacher ajar eh.Adam solat silap sikit, dia betulkan.Amboi!

Akhir tahun haritu, konsert & ihtifal day little caliph.Excited dia perform atas stage.Tercapailah impian.Selalu nyanyi depan cermin saja.

"kakak kecik, tapi berani tau"
"kakak suka sangat tadi, best! Sebab semua orang amik gambar kakak" HAHA
Perasannyaaaa.



Alhamdulillah nampak dia mula dah socialized.Dah ramai kawan.sayang kawan sampai bagi wallet & duit kat kawan .

ummi belikan buku, tapi bagi kawan,kesian kawan takde buku.Tak tahu nak react apa Haha."Separation anxiety" dengan mak pun dah kurang.Berdikari banyak lah.grown up girl!

Akhir tahun, ummi kenalah pergi "parent meeting" dengan teacher.Macam report card day lah.HAHA

Sistem pemarkahan Little Caliph tidak berdasarkan peratusan, nombor, A,B, C sebagainya.

Mereka merangkum setiap pencapaian pelajar dengan Good progress, Satisfactory, working on Skill.guru tidak akan push anak murid, mereka akan ikut kemampuan setiap murid.

Pencapaian pelajar di lihat dari aspek languange, mathematical skills, motor skills, environmental studies, work habits, physical development, hafazan, iqra',Islam & Adab.

Percapaian? Dari awal, ummi berharap dia lebih bersosial dengan orang luar, bina "self- esteem". Alhamdulillah.mestilah ada perubahan kan. :) Selain teacher report, dialah paling pandai posing bila bergambar.Paling suka bergaya.Haha, alamak!.

Teacher kata,  kalau datang sekolah selalu dia boleh dapat excellent student.Haha kantoi disitu.Dia memang banyak kali tak datang sekolah.Cuti dapat adik, cuti dia sakit, cuti ummi sakit, cuti jalan-jalan, cuti berkampung di rumah nenek, cuti suka suka hati dan lain-lain.Hehe

Walaupun dia jarang datang, tapi dia boleh catch up, kata teachernya sambil pesan tahun depan kena datang sekolah selalu tau! Rugi :)

Kena tingkatkan lagi bacaan.Bahagian itu dia tak boleh kejar. Hehe.Kami pun tak mula ajar bacaan " bacalah anakku" di rumah. Kecuali ajar baca Peter & Jane. Takpelah slow-slow.Banyak tahun lagi kakak kena pergi sekolah.

Buat kawan- kawan tanya bagus tak Little caliph, bagi saya sangat puas hati.Syukur apa ilmu dan pengalaman yang Kakak dapat di sekolah. Benefiting from both world macam mottonya. Insha Allah tersemat di dadanya. Jitu tauhidnya sampai bila-bila.

Tahun depan anak bujang pula ke tadika.Kita layan drama versi hero pula.:p


Sunday, December 8, 2013

Aunty Aini's Garden Cafe

Aunty Aini's Garden Cafe
Batu 16, Jalan Sepang,
Kampung Chelet,
71800 Nilai,
Negeri Sembilan
Tel: (06) 799 1276
GPS:
N 02" 97. 853'
E 101" 46. 322'
Business Hours:
Mondays – Saturdays: 11.30am – 3.30pm;
5.30pm – 11.30pm. Closed on Sundays.


Assalamualaikum

Al kisahnya kami sudah berapa sampai ke lokasi ini, tapi tak bernasib baik.Tutup.Masa tu nak ke Port Dickson.kalau pergi semata jauh nak makan, tak kuasa jugak hehe

Jadi, jika anda nak bercuti ke port Dickson, boleh masukkan plan singgah makan di restoran ini.Tapi bukan di hari ahad dan cuti umum ya.

Selain nilai 3, restoran ini juga lokasi menarik di nilai. Lokasi di tepi jalan kampung.Tak menghalang dikunjungi ramai orang.

Kami pergi waktu malam, jadi tak berapa nampak keindahan dekorasi restoran, kalau siang mesti cantik.Senibina melayu dan penuh dengan pokok dan bunga. Disediakan juga Surau.Toilet juga.Biasalah anak-anak mesti buat "rombongan" ke toilet.

Kami order masak lemak daging salai, masak lemak tempoyak ikan jenahak, ayam goreng kampung rempah, ulam, telur masin, ikan masin dan sambal belacan.

Masak lemak daging salai - daging sangat lembut.ayam goreng kampung mengejutkan, tak liat, lembut dagingnya.Paling sedap masak lemak tempoyak ikan.Fuh berapi kow betul. Alhamdulillah puas hati. Makan pula dengan ikan masin dan ulam, memang kecur kan.Tambah nasi lagi! 











Terima kasih Mak Cik Aini! Lama mengidam masak tempoyak & gulai daging salai.Alhamdulillah.





Sunday, November 24, 2013

Produk makanan keluaran Muslim terbaru

Assalam Alayk

Saya mahu kongsi beberapa produk muslim halal terbaru di pasaran. Yang pasti saya dah cuba! sangat sedap baru saya promote di sini kan.

Rempah gulai di saya dapatkan di Usrah Halal Market, MAIS seksyen 3,Shah Alam.
Sangat mudah,masukkan saja ikan dan sayur.Sedap bertambah nasi! Alhamdulillah.



Ayam Hijrah saya beli di Halal Mart Pak Aji.Dah siap cuci,masak terus je.Ayam ni bebas dari antibiotik, tanpa kejutan eletrik dan tak hanyir.



Tepung magik boleh dapatkan di Iqram Halal House,
 27, Jalan Udang Putih 2/KS 3, Off Jalan Yadi (Sebelah Speed Mart 99)
41300 Klang, Selangor.
Sangat mudah,garing dan sedap! Ajaib kan.


Rempah nasi arab ini boleh cari agennya di fb page Rempah Arab Al Bayt. Sudah cuba masak,Sedap lagi senang.Tak perlu pening campur pelbagai rempah from scratch.Beras pun dah sediakan sekali dalamnnya.


Okay,semoga bermanfaat.Mari sokong produk muslim kita.:)

Sunday, October 13, 2013

Tips amalan surah dan doa untuk anak

Assalam Alayk..


Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya
silakan share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah



Nak cari jubah menyusu? blouse menyusu? maternity blouse?
Follow instagram @rishacollection atau lawati www.rishacollection.com
whatsapp : 013.364.2323.


Tuesday, October 8, 2013

Jenis- jenis makanan sihat patut makan ketika hamil

Assalammualaikum..

Apa jenis- jenis makanan yang patut ibu makan ketika hamil? Bila hamil adalah hak bayi kita mendapat makanan yang sihat dari kita.


Pelan diet kehamilan harus merangkumi makanan yang kaya dengan protein, karbohidrat, mineral dan vitamin dengan setiap hidangan. Apa yang anda makan selama kehamilan boleh menjejaskan risiko bayi untuk mendapat alahan dan penyakit kronik seperti kencing manis dan kolesterol tinggi.


Jenis jenis makanan yang ibu hamil patut ambil adalah : 


Sayur-sayuran berdaun seperti Kailan dan bayam - Ini sarat dengan vitamin A, C, K, asid folik dan zat besi yang baik untuk berkembang tisu sihat. Sayur-sayuran hijau juga tinggi dalam magnesium dan vitamin B12.

 macam Popeye suka makan bayam terus jadi kuat! Sebab tu bayam sgt.Contoh menu yang senang kita perolehi atau masak, Bayam masak air atau Kailan goreng belacan! 

 

     Protein - Pengambilan protein yang baik membantu dalam pertumbuhan sel dan penghasilan darah. Ikan, kacang, tauhu, tanpa lemak, putih telur dan kekacang adalah semua kaya dengan protein.

Contoh menu mudah : Ikan goreng atau ikan bakar, Tahu atau Tempe goreng.Cecah bersama sambal kicap.Sedap! 


 

     Karbohidrat - Makanan dengan karbohidrat membantu untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk badan. Roti, bijirin, nasi, kentang, pasta, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber karbohidrat.


Contoh menu  mudah : Roti berserat sandwich telur dan salad.



     Kacang - Ia merupakan sumber protein cepat untuk mengambil di siang hari. Pilih badam kerana mereka adalah tinggi dalam vitamin E.

Contoh : Kacang badam, gajus. Saya paling suka kacang cerdik.Tahu tak yang kulitnya warna putih tu :) kira ini snack selama jadi Mak buyung ni :)
 

     Banyak Air Minum - Jika anda mengurangkan air minuman masalah seperti sembelit, buasir, bengkak yang berlebihan dan jangkitan kencing boleh berlaku. Air terutamanya pada trimester lepas membantu untuk mengelakkan dehidrasi.

Minum air, bawa air mineral kemana mana anda pergi.. 

    Zat  Besi Semasa Mengandung - Zat Besi adalah elemen penting untuk pengeluaran hemoglobin dalam darah bagi kedua-dua ibu dan janin. Heam adalah sebahagian
hemoglobin dalam darah bagi kedua-dua ibu dan janin. Zat besi diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi janin. Jika anda gagal untuk mengambilnya semasa hamil boleh menyebabkan anemia. makanan yang kaya dengan zat besi termasuk madu, kurma, brokoli, kentang dan sayur-sayuran hijau semua.
Contoh menu :Milk shake sihat, campuran susu bersama madu,kurma dan badam.



     Kalsium - Kalsium memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tulang dan gigi janin. Dalam mengambil kalsium lebih daripada biasa adalah satu kemestian pada minggu kelapan kehamilan. Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil tiga hidangan makanan yang kaya kalsium seperti susu dan yogurt setiap hari. Buah-buahan juga baik untuk pertumbuhan normal bayi.


Contoh menu : yogurt bersama potongan kecil buah-buahan. 


contoh resepi mudah yang ibu ibu boleh cuba :

Chicken Fatijas  - isi ayam, salad, roti 
Salmon grill dan salad - bersama tiga jenis sos yang mudah
Ikan siakap stim bersama limau dan mangga muda


Klik sini juga untuk membaca info tentang pemakanan sunnah bagi ibu hamil. Penting juga bagi kaum bapa.Selamat menghayati :)

Blouse dan Jubah menyusu (Nursing friendly) untuk Ibu-Ibu pada harga murah di RishaCollection.

Follow our instagram too @rishacollection
Whatsap 013-2642323 to order

Monday, September 30, 2013

Lakaran Adam

- Creativity is allowing oneself to make mistakes. Art is knowing which ones to keep - Scoot Adams 

Tiada yang lebih gembira melihat perkembangan anak-anak.ummi tak mahu terlepas menyaksikannya,anak.Dan baru baru ini Adam nampaknya mula minat melukis.Sangat suka melihat dia berimaginasi. Lukisannya juga buat rasa terharu.Mak mak kan suka keterharuan.Haha.Alhamdulillah.

Think out of box, be creative and have fun dear!

my family


ummi and Adam
a cat


Saturday, September 28, 2013

Homemade Play Dough paling mudah.(Resepi senang)

Assalam Alayk...

Play doh, kegemaran anak-anak.Mereka boleh leka bermain play doh.Aktiviti yang bagus untuk sensory dan perkembangan minda mereka.

Saya nak kongsi resepi play doh paling mudah.Saya ada cuba pelbagai resepi.yang perlu masak atas dapur, yang letak cream of tartar.Kalau buka youtube macam-macam resepi.Tapi yang ini paling senang...

Ia tanpa perlu masak
Ia tanpa cream of tartar.pekebenda tu? Nak cari mana? Tak payah susah -susah.
Tiada alasan tak boleh cuba.Senang sangat ni.Berdosa tau tak cuba.Amboi berlebih-lebihan.Hehe

Bahan- bahan yang diperlukan di bawah, termasuk seorang kanak- kanak atau lebih.Hehe



Cara- cara : 
Ambil 4 mangkuk 
1. Bahagi air kepada 4 mangkuk.
2. Masukkan minyak, bahagi kepada   4 juga.
3. Tambah warna pilihan ke dalam setiap mangkuk.
4.campur tepung dan garam dalam bekas besar.
5. Bahagi campuran tepung dan garam tadi ke dalam 4 mangkuk.
6. Gaul rata semua
7. Uli atas meja, tambah tepung jika doh lembik.

Rujuk video di bawah.Lagi senang faham.Hehe
Selamat menguli.Galakkan anak membentuk mainan, objek, bentuk, huruf kesukaannya.

Gunakan cookies cutter juga boleh

Campur dua warna primari, dapat warna baru. Yeay! Magic! mereka akan teruja mempelajari.Masa berkualiti bersama dengan kreatif.
Selamat mencuba.:)






Tuesday, September 24, 2013

Riak

Assalam Alayk..

Seorang sahabat kongsikan ini.Mari sama-sama kita renung-renungkan.Terasa sendiri sebenarnya Haha

Kadang-kadang kita tak perasan
Melayu mudah lupa?
Apa pun Islam mengajar kita,
semuanya kita lakukan bergantung pada niat kita.

Mahu kongsi, atau mahu riak? 
Nak muhasabah diri jugak ni.
Tengok balik entry lepas-lepas.
Ada ter'riak' tak? Huhu

Ayah Ada pesan, jangan letak gambar terlalu banyak di Facebook.Nanti orang cemburu.Haha nampak sangat suka post gambar beratus-ratus kan? Haha

Ada ke orang nak jealous dengan I yang biasa-biasa ini? Haha.
Bila fikirkan, mungkin ada benarnya.Itu kan nasihat orang tua...



Apa pun fikir positif, kalau kita niat nak kongsi,manfaat untuk orang lain, No problem je.
Ok bai! :)

Tuesday, September 17, 2013

Makanan pertama, Bubur Bayi 6 bulan

Assalam Alayk! 


Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa.Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. ( Al-an'aam: 99) 



Alhamdulillah baby dah 6 bulan.Syukur juga masih ada rezeki susu ibu.Dan seperti sebelum ini, ulangi semula masak-masak makanan bayi.Hehe.

Bila Anak-Anak dah 6 bulan, Ada yang tanya nak bagi makan apa dulu.Mulakan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran sebab senang dihadam serta tak menyebabkan alergik.

Sayur-sayuran Pertama: lobak, kentang, ubi, labu, dan keledek.

Sayur-sayuran berakar seperti lobak merah, kentang dan labu adalah makanan yang sangat popular yang pertama sebab  mempunyai rasa semula jadi manis dan mempunyai tekstur licin.Yumyum!

Buah-buahan Pertama: Apple, pir, betik  pisang dan avocado.

Adalah penting kita memilih buah-buahan yang masak dan mempunyai rasa yang baik, jadi cuba merasa dulu sebelum memberi  
kepada bayi.sedap tak ni? Mmmmmm...

Buah  seperti epal, pir kita memasak, kukus dan membuat puri.Manakala pisang, betik dan avokado tidak payah masak.hancurkan saja.

Campurkan dengan air, atau susu badan dengan puri buah-buahan atau sayur-sayuran.

Puri Pertama Sarah : puri carrot.Kemudian apple dan kentang.Nampaknya dia suka makan.Alhamdulillah.Walaupun sarah Poo poo makin banyak dan bucukkkk, Ummi tak kisah.Asal Sarah suka makan.

Tak sempat buat puri hari-hari.Frozenkan, esoknya boleh panaskan.

Belum sempat snap gambar Sarah makan lagi.kesian...

Sarah genap 6 bulan! Cepatnya masa.cepatnya kamu membesar! Keep growing  dear...nanti kita cuba resepi bubur baru ok .:)

Saturday, September 14, 2013

Make up natural look


Assalam Alayk..

Sesungguhnya beruntung jika anda memiliki kulit clear and smooth.Tak perlu solek tebal. Pakai bedak saja,ok sudah.

Atau pun solekan nipis supaya muka tidak kelihatan kusam atau pucat.Sudah cukup berseri.

Saya suka pula tengok video dari make up artis ini, Michelle Phan.Semua video-videonya best dan kreatif.Orangnya cantik Subhanallah.Tutorial natural beauty make up di SINI




Iklan sikit.Jika berminat untuk juru mekap natural beauty look untuk photoshoot,convocation atau hari pertunangan.Sudi-sudilah emel rufaihah.ishak@gmail.com atau whatsapp 019 347 4743.




Syawal 1434H

Assalam Alayk..

Sepatutnya tajuknya Raya dah habis,sekarang baru nak update. Hehe

Alhamdulillah.tahun ini raya berlima bersama ahli comel terbaru.dah cekap pusing meniarap dia raya hari tu.ya, tak menang tangan handle siapkan tiga anak pula.Beraya bersama Mak ayah, keluarga tercinta.Dan di kampung tercinta Melaka.Kenangan indah indah.Sederhana tapi meriah.

Anak-anak yang dua sudah besar itu.wah besar ke?. Saya dapati mereka mula memahami apa itu Hari Raya daripada tahun sebelum ini.Pilih sendiri dan request baju raya sendiri."ummi,nak baju itu, warna kuning".pandai nak bergaya.Kan demand  sekarang. 

Tolong masukkan beras dalam ketupat, Ya, main bunga api dengan beraninya.Tidak takut lagi dengan percikan api kecil itu.Berseronok-seronok nyanyi lagu raya bersama sepupu.Suka makan kuih raya.Adam menghabiskan satu bekas kuih bangkit.Bawa pula muruku masuk dalam poket.Setelah dikesan,dia nampak suka kuih-kuih lama.kuih bangkit,dahlia,semperit.Paling ketara anak-anak ummi mula memahami apa itu, duit raya.Orang bagi,ambil terus.Mula lah maknya pula malu.Eh,salam dulu.salam salam cium tangan.Cakap Terima Kasih..Jangan memalukan Mak boleh? Hehehe.

Untungnya tahun ini, musim buah.kuih raya tak layan sangat kalau ada buah.ceh berlagak.Hehe.Durian lah paling laku.Rambutan bergayut-gayut.orang kampung tak heran dah.Kanak-kanak bandar lah yang  jakun dapat petik rambutan sendiri.

Syawal ini.Banyak kali jumpa saudara mara.sepupu kahwin, Adik tunang, kenduri kendara.Bertambah lagi ahli keluarga kami.Perjumpaan ada yang rasa seronok, ada yang sayu.Tiga minggu lepas ibu saudara kami meninggal dunia kerana dijangkiti kencing tikus.memang mengejutkan.Al-fatihah buat Hajah Zawiyah bt Hj Jaafar.:(
Cerita raya itu yang masih ingat dalam ingatan.Kenangan dalam foto foto juga.

Coretan Eidul lfitri 1434H.Letak lah gambar sikit.Hihi





Twenty Nine

Assalam Alayk..

Alhamdulillah, im still breathing..Alhamdulillah ala' kulli nikmah.Im 29 plus 8 days years old.Hahaha Amboi cik mek molek! who's counting?.Selamat hari tua ya..Mula lah rindu zaman muda remaja dahulu.Sila lah sedar-sedarkan diri boleh?  Haha


Syukur Alhamdulillah.Allah panjangkan usia.Dilimpahi kasih sayang milikNYA dan rezeki dikurniakanNYA.
Beberapa bulan lepas masuk wad.Doctor suspek mungkin kes kencing tikus.Syukur kembali sihat.Ingat dah tak panjang umur. Siap dah pesan kat suami. Jagalah anak kita baik-baik.Huhu.

Terima Kasih atas semua doa-doa.Semoga murah rezeki,panjang umur,dimurahkan rezeki,sihat tubuh badan,sentiasa diberkati, ceria dan cantik selalu.Eh cantik? Hehe Amin Amin. Semoga Allah kabulkan semua. :)

Secara rasminya, saya memasuki fasa terakhir 20's.Syukur atas semuanya.Thank you Allah.


Wednesday, August 28, 2013

Tuesday, August 27, 2013

Outdoor Photography

Assalam Alayk semua!

Update sedikit

1 ) Sarah Jubah Plain ( 6 warna pilihan) - Jubah nursing dengan butang di hadapan.
Material : Satin silk

2 ) Sarah Jubah corak bunga (3 warna pilihan) - Jubah nursing dengan butang di hadapan.
Material : cotton crepe

3) Glitter shawl cukup besar dan labuh untuk tutup dada & belakang.

4) Anisa Jubah
Material : Thick Lycra











Sesi photography 26.8.2013

Lokasi : Shah Alam
Photographer : Za photography
Make up : Rufa Ishak
Outfit : Ruccimodisch
Model : Ummi Salsabila, Rufa, Yana, dan si comel Sarah.

Sunday, August 11, 2013

No bake Oreo Cherry Tart : Dessert senang untuk Eidulfitri

Resepi pencuci mulut yang mudah.Perkongsian dari kawan di Instagram.Sangat mudah malah so sinful! 

Resepi di gambar bawah.sumber dari
http://www.mowielicious.com/home/2012/06/no-bake-oreo-chocolate-cherry-tarts.html

Saya ikut resepi tersebut.kecuali tak letak  golden syrup dalam choc ganache.Saya takde removable bottom tart pan.Maka saya guna springform pan saja.oh ya, cherry segar saya beli di Giant.:)

Untuk penggemar coklat.Selamat mencuba!















Wednesday, August 7, 2013

13 Syariat menyambut Eid Mubarak mengikut sunnah nabi

Di kesempatan ini, pada hari terakhir Ramadhan sebelum kita menyambut Hari Raya Eidu Al-fitri saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini.
semoga amal ibadah kita di sepanjang bulan Ramadhan ini telah diterima olehNya.
 Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain: “Taqabbala Allahu minna wa minkum”

Selain itu, saya juga ingin meminta maaf jika di sepanjang kita bersama, saya tersalah,tersilap atau terkasar bahasa terhadap anda.
semoga persahabatan kita akan menjadi lebih baik lagi selepas ini.

Kita juga akan menyambut Hari Raya sama dengan Saudi dan Qatar dan kawasan sekitarnya
walaupun mereka berpuasa lebih awal.
Di Malaysia berpuasa selama 29 Ramadhan.Kan? Huhuhu
Di sini saya titipkan 13 syariat menyambut Eid Mubarak mengikut sunnah nabi.Semoga bermanfaat :)



Selamat beramal, Semoga Eidul-fitri anda penuh kebahagiaan dan keberkatan.

P/s : Tahun ni beraya berlima..Syukur Alhamdulillah Hihi