ads

Tuesday, August 6, 2013

Ramadhan 1434H

Assalam Alayk!

Alhamdulillah dapat menjalani ibadah puasa bagi Ramadhan 1434H kali ini.Macam tak percaya.Ramadhan lepas mual loya mengandung.Tup tup jumpa Ramadhan semula.MasyaAllah cepat masa berlalu!

Ramadhan bulan mulia.bulan persaudaraan.bulan dilimpahi rezeki.
Di Masjid awal-awal ramadhan dah penuh jadual untuk sponsor makanan berbuka puasa, sponsor untuk makanan qiam.Hulur sedekah pada yang miskin, meraikan Anak yatim. Jiran-Jiran bulan ini lah bertukar-tukar juadah.Kenalan berkirim-kirim hamper makanan.Bulan puasa ini lah kita jumpa macam-macam jenis kurma ciptaan Allah.Bulan ini.Semuanya berebut-rebut nak pahala berganda-ganda.

Ramadhan bulan kasih sayang.Suami isteri balik awal.Ibu-ibu excited merancang menu berbuka puasa.Ahli keluarga sama-sama kecoh berkecah di dapur.Susun juadah berbuka.Susun cawan pinggan.Kemudian tadarus Al Quran, solat, terawih berjemaah. Bukankah bahagia? Lebih banyak masa berkualiti bersama.Ramadhan yang bahagia.

Tahun ini Aufa mula memahami puasa.Di tadika, tidak disediakan makanan seperti biasa.Jadi, mereka dilatih berpuasa.Aufa pagi- pagi memang susah nak makan.Minum susu saja.Bila sampai rumah je terus request macam2.Hehe

Aufa : kenapa teacher tak bagi Aufa makan macam dulu? Aufa lapar lah Ummi.

Ummi : sekarang ni bulan Ramadhan. Allah suruh kita puasa.puasa tu kita tak boleh makan & minum.
Aufa : oh..cepat lah Ummi.Lapar.Nak makan Nasi, Ayam goreng, burger, roti John, carrot, aiskrim, coklat.Semua sekali! 

Nafsu makan budak kecil.Kemain!

Dan sekarang dia boleh terangkan kat Adam. Adam tanya puasa tu apa Ummi? Ummi sakit eh?

Aufa explain kat adiknya.Puasa tu tak boleh makan, tak boleh minum...tak boleh korek hidung!! Sambil masukkan jari dalam hidungnya! Haha

Dan Sarah pula.Adakalanya bangun bila kami bersahur atau berbuka.Tetapi molek elok mata menonton tv.Kadang-kadang juga dok teriak minta pegang, mahu menyusu juga.Biasalah nak kasi meriah kan? Hehe.Ramadhan tahun ini adanya dia.Si comel ceria membahagiakan. Alhamdulillah.

Dan sudah 27 Ramadhan1434H.cepat rasanya kan? Rindu Ramadhan.Semoga Allah temukan kita semua dengan Ramadhan tahun hadapan.Amin Ya Rabbal Alamin.






2 comments:

Khai♥Rin : anies said...

cpt nyer ramadan berlalu
p/s salam lebaran buat akak sekeluarga

Ummi Salsabila said...

Salam eidulfitri anies
Maaf Zahir Batin ya :)