ads

Showing posts with label Sick. Show all posts
Showing posts with label Sick. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

Dalam Seminggu Ini

Assalammualaikum wbt

Minggu ini anak-anak ummi tak sihat.Mula-mula Kakak Aufa demam selama dua hari.Rasanya dah lama juga dia tak demam.Kali ini muntah-muntah.Minum susu sahaja,terus muntah.Risau.Bawa jumpa doktor.Doktor kata tekak dia ada bengkak sikit.Yang senangnya,kakak suka makan ubat.Alhamdulillah,2 hari lepas itu demam kebah.Kembali sihat lega hati ummi.

Selepas kakak Aufa dah baik.Abinya pula demam.Abi telan panadol sahaja.Alhamdulillah,esok sudah baik.Kemudian esoknya pula Baby Adam pula demam.Nampaknya berganti-ganti kan? Bukan acara lari berganti ganti ( Itu namanya acara baton).Tapi demam berganti-ganti.Hehe.Nasib baik bukan demam semua sekali serentak.Haru nanti.Yang Penting.Jangan umminya demam sudah.Memang haru biru  lah nanti.Hehe.

Adam pula gigi nak tumbuh.Dua atas,dua bawah.Mungkin sebab itu asyik cranky.Yelah demam lagi.Susah nya hati.Bila anak demam, memang ummi tak dapat buat kerja apa lah.Adam asyik merengek.Panggil panggil umminya bila ditinggalkan.ma..ma..ma..ma..Panas kejap on off macam kakaknya.Biasalah anak demam,kita pun stay up lah waktu malam.Anak merengek.Check Temperature badan.Lap dengan kain basah.Mandikan supaya suhu turun.Adam pula tak suka makan ubat.Ummi masukkan ubat punggung jelah.Alhamdulillah,hari ini adam dah sihat semula.Syukur.Lega hati.

Bila anak tak sihat.Ibu mana tak risau.Rumah pun sunyi je.Tiada gelak tawa.Bila ajak bergurau bermain.Dibalas dengan tangisan dan rengekan.Tiada Gelak tawa gembira seperti selalu.Orang  tak sihat,masih  nak ajak bermain pula.Keliru.Sambil garu kepala.Hehe.Kita pun kena banyak bersabar melayan karenah orang sakit.Sabar dan sabar.Ini Ujian kecil dari Allah.Redha.Allah yang beri kita sakit.Allah juga yang menyembuhkan.

Alhamdulillah,semua dah sihat.Semua sudah boleh mengukir senyuman seperti sedia kala.Rumah penuh dengan gelak tawa.


Layan musical show in the houz! Biasanya kakak menyanyi, Adik  pula penari latarnya! Geleng geleng kepala je tahu pun.Hehe



Bila ummi nak rekod.Kakak nyanyi alif ba ta main-main.Nak cepat habis je.Banyak yang dia skip tu.Hehe.



Adik beradik enjoy skeleton dance by super simple song.Kelakar :)



Nyanyi abc pula.Tiba tiba Adam menjerit pula.Dia dah rimas.

Terhibur bila tengok keletah anak nak kan? Anak-anak lah penghibur dan  penawar duka.
Semoga anak-anak ummi membesar dengan sihat.Amin!

Selamat Hujung minggu semua..Semoga bahagia bersama keluarga.Semoga hujung minggu kami diganti dengan kegembiraan.Tak mahu acara lari berganti-ganti :)

Wednesday, March 30, 2011

Tips bila anak sembelit

Salam Sayang Semua

Kelmarin Aufa kena sembelit.Dah lama juga dia tak kena.Last kena raya tahun lepas rasanya.Bila kena sembelit.Kesian lah tengok dia meneran sampai mengigil-gigil.menangis tak berhenti henti.Dulu Aufa pernah kena so, memang ada persediaan ubat di rumah.
1. Bila dia kena ummi masukkan ubat tiub kat punggung tu.yang ni kalau nak cepatlah.sebab dia dah menangis-nangis sakit.so,liqiud tu akan cairkan.( mcm kita lah sebelum masuk labor room kene poo dulu.Hehe ).ada jual kat farmasi utk  kids punya.

2. Lagi satu, ubat titis.Masuk kat susu dia.Masukkan beberapa titis.Nama ubat tu SKILAX.Pastu, cairkan sikit susu.

 3. Paling penting galakkan anak minum air masak banyak.Kalau aufa memang susah sikit.So,ummi bagitahu kena minum air putih banyak,nanti kakak tak sakit perut lagi.So,baru dia minum.kena pandai politik sikit :)

4.  Ummi google.Jumpa satu petua untuk anak yg sembelit. Bancuh satu sudu TEPUNG SAGU atau TEPUNG KANJI dalam susu anak.  Maknanya kena kurang satu sudu susu dan tambah 1 sudu tepung sagu atau kanji.  kalau anak sembelit teruk, berikan 4 kali sehari.  Tapi kalau biasa jer 1 kali sehari dah cukup sebab nanti kalau terlebih takut anak akan cirit birit plak.  Tepung tu membuatkan najis berlendir dan memudahkan pembuangan najis InsyaAllah, masalah sembelit akan selesai.Yang ini ummi belum cuba lagi.Bagus juga sebab bebas dari kimia berbanding ubat2 lain.

5. Lagi satu, disyorkan oleh seorang doktor pakar kanak-kanak di New York iaitu Marla Stern.
Cara2nya: Tambahkan 1 sudu teh GULA PERANG (brown sugar) dengan 2 aun susu atau air masak. Larutan ini tidak memberikan  apa2 kesan negatif kepada anak kita dan efektif untuk melembutkan najis anak.Nanti boleh cuba yang ini.simple je kan.

6. Last,dinasihatkan ibu-ibu supaya elakkan memberi anak kita PISANG kerana pisang sebenarnya mengeraskan lagi najis anak (bagi sesetengah anak) dan lebih memburukkan sembelit anak.  Elok diberi BETIK dan TEMBIKAI kepada anak-anak kita :)

Jumpa lagi di tips lain nanti! :)

Monday, January 24, 2011

Campak

Assalammualaikum wbt

Hari jumaat lepas Adam dah recover demam.tiba -tiba sabtu malam ( di rumah mil) muka dan badan Adam keluar rashes merah2.

Mil kata Adam kene campak.so,ahad jumpa doc untuk confirmation.badan Adam tak panas.doc suh bg air kelapa.then, bagi ubat sapu gatal.kalau tiga hari tak elok,refer semula.




Bintik Bintat :)

Kesian handsome boy Ummi. cool je.tak cranky tapi tak aktif mcm biasalah. Kesian bila tgk dia menggaru.kalaulah Ummi boleh gantikan Adam.Biar Ummi yg sakit.



sad expression

Si tompok tompok.comel pula.hihi.

Mil kata,Nanti campak keluar sampai tapak kaki baru baik.

Baby korang pernah kene campak tak?

- Posted using BlogPress from my iPhone-

Monday, August 2, 2010

Kisah adam demam panas

Salam sayang semua,


Hidup tak selalunya indah.langit tak selalunya cerah.Begitulah aturan Tuhan.Adakala kita rasa gembira.Adakala kita diuji dengan musibah. Adakala kita diberi kesihatan.adakala kita diuji penyakit.Semuanya ada hikmahnya.
Minggu lepas bermula dengan satu famili selsema.kemudian,anak teruna kami pula demam panas berulang-ulang.Ramai yang kata budak nak membesar normal lah demam.tapi bila demam berulang-ulang hampir seminggu.ibu mana tak risau.macam-macam penyakit moden sekarang ni.
Hari pertama- adam demam biasa.bagi paracetamol saja.
Hari ke-2- demam makin kuat.adam menangis je.badan mengigil2 dan kulit jadi merah-merah tompok2.scary!terus ke klinik.suhu badan adam 38c.doc pesan mandikan air suam bila suhu naik.selain menyusukan dengan kerap.



Bila badan dia panas,terus mandikan dengan air suam.Bila anak demam.kita pun tak dapat buat kerja.adam meragam saja,badan tak sihat.malam pun tak lena tido.kesian anak ummi.

Adam baru lepas muntah.lega agaknya bila dah muntah.baru dapat lelap mata.Pengalaman baru kali ni,sebab aufa tak pernah demam teruk.aufa demam,bagi ubat esok terus baik.

Adam demam berulang-ulang.ummi pun jadi nurse.jaga dia.bagi ubat.ingatkan dah sihat.petang nanti panas balik.

Hari ke 4 -my mom bwk ke KK.pertama kali ke klinik kesihatan sek 7.disana jika demam dan selsema berhari-hari ada perkhidmatan untuk buat blood test.service ni sampai pukul 9malam.memang bagus terutama untuk mengelak penyakit H1N1,kami pergi pukul 5.time ni memang tak ramai.

kesian my boy.kena cucuk tangan dan kaki nak amik darah.susah nak cari urat dia.sebab baby lagi kan.meraung-raung dia sakit.ummi pun sedih juga.doa-doa adam tak apa-apa.

result blood test.Alhamdulillah,bukan denggi.doc kata da jangkitan kuman sikit dlm darah dia.after 2 days,if tak baik juga.suruh dtg semula.amik ubat paracetamol dna antibiotik.ok jugak pi KK ni.servise ok.pi pun masa orang tak ramai.ceptalah servisenya.yang bestnya, free of charge.terkejut!! hehe


Hari ke -6.alhamdulillah adam dah sihat.Kembali ceria dan bebas penyakit!.terus ummi pakaikan baju polka dots kakak aufa dulu.hehe.senang hati bila anak kembali ceria!
Bila adam dah sihat.baru dapat keluar rumah.weekend lepas kami menghadiri jemputan majlis kenduri kendara.macam2 kenduri sebelum ramadhan tiba.kenduri kawen,aqiqah,kenduri arwah,kenduri masuk rumah baru,kenduri pi umrah.banyaknya kenduri! hehehe
oklah,adam dah bangun.menjerit2 panggil ummi.dah pandai skang.asal ummi bangun dia melalak.asal letak melalak.kita amik,terus sengeh.dah biasa manja ummi jaga dia hari tu.anak ummi ni....skang adam makin kuat meyusu.nak nyot2 je.botol susu dah tak nak isap.dah pandai memilih eh boboy ummi ni..last2 suap ebm guna syringe. Adam..adam..adam..:)

Friday, March 19, 2010

Hati gundah gulana

Salam Sayang semua
sudah dua malam mak tersayang berada di wad
mak masuk wad kerana kencing manis,low blood pressure dan bacteria infection dalam darah
hati gundah gulana,risaukan keadaan mak
keadaan mak agak lemah
mak mengadu badan sakit2
doc inject cucuk sana sini
tebuk sana sini keluarkan darah kotor
mak kata badan mak rasa kejap panas,kejap sejuk
Ya Allah, sembuhkanlah mak seperti sedia kala
semalam menemani mak di wad
mengusung aufa sekali
doc nasihat baby tidak digalakkan bawa ke wad
yelah,macam2 penyakit terdedah.wad sebelah pula ada yang kena penyakit H1N1
tapi tawakal jelah.mana pula nak letak aufa ni?
terpaksalah mengusung dia sekali
Ya Allah, semoga kami dijauhkan dari penyakit2 tersebut.
macam-macam penyakit sekarang.
esok nak balik klang dan menemani mak di wad
sekarang adik dan ayah bergilir-gilir jaga mak.
kawan2 tersayang,doakan mak saya sembuh cepat ye.

Friday, August 14, 2009

Kematian dan Serangan Sakit Jantung

Salam Sayang Semua.Ummi ada baca ramai mommies yang mengulas tentang kematian mengejut Ustaz Asri Rabbani.Ummi tahu melalui seorang best friend.Dia sms mengatakan ust Asri meninggal pagi tadi ketika buat rehearsal.Pada mula memang tak percaya.Kawan kata kasihan kat anak2 nya.masih kecil- kecil.Memang tersentuh.Memang Insaf.lagi2 bila buka blog arwah Ust Asri.Ini petikan dari blog beliau,

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..." ~ Allahyarham Ust Asri Rabbani~

Ummi ada baca petikan berita mengatakan Arwah Ust Asri meninggal kerana serangan sakit jantung.betulkan jika salah ya?

Bagi ummi, serangan sakit jantung memang merbahaya.Ia ibarat suis.tertutup suis terpadam semuanya.Arwah ayah mentuaku juga meninggal kerana serangan sakit jantung.yang lebih sedih arwah meninggal ketika hari pernikahan kami.hubby yang menghantar arwah ayahnya ke hospital pagi itu.dia tidak sangka itu kali terakhir bersama arwah ayah.sejurus hantar hospital.hubby dan wakil ke majlis pernikahan kami.sebelum pernikahan, hubby tahu berita itu.memang kami sangat sedih pada hari pernikahan kami.gembira selamat di ijabkabulkan.Tapi sangat sedih kehilangan arwah ayah di hari bahagia kami. Ku juga tahu perasaan hubby ketika itu. Happy + Terkejut + Sedih + Murung :(

Di sini serba sedikit ummi nak kongsikan tentang serangan sakit jantung ini:-

Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak janin sehinggalah sesaorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien keseluruh badan melalui sistem peredaran darah.

Jantung yang sihat mampu mengepam sebanyak sepuluh ribu liter darah sehari dan ia akan berdenyut kira-kira seratus ribu kali sehari, iaitu diantara 60 hingga 80 kali seminit.



Serangan Sakit Jantung

Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.

Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".


Tanda Serangan Jantung:-

-Sesak nafas.
-Sakit dada yang menekan, bermula dibahagian tengah atau kiri dada dan lazimnya merebak ketengah atau kiri dada dan selalunya merebak kelengan kiri dan leher.
-Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan.
-Berpeluh dingin.
-Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas.
-Pening kepala dan loya.


Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari

-Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
-Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
-Jika anda merokok.
-Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
-Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
-Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
-Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
-Jika anda kurang bersenam.
-Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

-Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
-Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
-Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
-Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
-Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
-Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
-Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan. -Permakanan yang sihat.makan banyak buah- buahan supaya dapat membuang kolestrol dalam badan.

Sumber Maklumat: Kementerian Kesihatan dan Utusan Malaysia

p/s: kita jaga diri dan keluarga kita sama2 ya..

Monday, July 20, 2009

Eczema ke?

semalam satu hari urusan score A.so, ke hulur hilir bawa aufa.aufa jupe ramai orang semalam.then bila ad mommies yg concious perasan leher & pipi aufa.leher aufa merah2, ruam kasar, timbul2.kat pipi ade sikit2.pastu dorang inform ummi.you, ni macam eczema ni..anak2 i sume kena camni.da jupe doctor ke? nnt doctor akan bg ubat itu ini..

aufa mmg de appointment dgn paed rabu ni.coz 2nd pneumo imunisasi.so, dlm kepala ni risau nyer..ingatkan just ruam biasa.aufa mmg de mengamuk,garu2 xselesa.ummi yg just sapu krim ruam.pastu elok.xlama pas tu then,ada balik.pelik gak..so, ummi terus tny kwn2 yg pngalaman & terus google psl eczema ni..


takut tengok pics eczema.Ya Allah,mintak di jauhkanlah..

EKZEMA merupakan salah satu bentuk keradangan kulit yang lazim dialami oleh golongan kanak-kanak mahu pun orang dewasa. Begitupun, peratusan risiko kanak-kanak menghidapi penyakit itu berbeza-beza mengikut genetik.

Pakar kanak-kanak dari Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Syed Nazir Ms Kadir berkata, risiko bayi atau kanak-kanak menghidap penyakit tersebut lebih tinggi sekiranya kedua-dua ibu bapanya juga menghidap ekzema.

Di Malaysia, bilangan pesakit ekzema di kalangan bayi semakin meningkat dari tahun ke tahun dan pakar mendapati bahawa sebahagian daripada puncanya adalah pengaruh keadaan sekeliling dan alahan terhadap pemakanan.

“Banyak juga kes di mana bayi di negara ini mengalami alahan kepada susu lembu. Bayi-bayi ini biasanya akan menunjukkan tanda-tanda seperti ruam setiap kali diberi susu formula berasaskan susu lembu atau ibu yang menyusukan badan minum bahan daripada susu lembu.
- so, BF mom pun kena pantang from allergic foods ni.

“Sebab itu sekiranya ibu bapa mengesyaki kelainan pada kulit bayi, mereka digalakkan untuk berjumpa dengan doktor seberapa segera sebelum ia lebih memudaratkan bayi,” jelasnya.
Dr. Syed berkata, doktor akan memastikan ruam yang timbul pada kulit bayi itu ruam biasa atau ekzema, ini kerana rawatan yang digunakan untuk kedua masalah kulit ini adalah berbeza.

Salah satu cara untuk melihat anak yang mengalami ekzema ialah apabila mudah berpeluh dan berasa gatal terutama ketika cuaca panas.
- aufa memang kuat berpeluh, xle berpanas langsung. mengamok u!

“Bayi ekzema akan sensitif kepada cuaca panas, mereka akan berpeluh terutama di bahagian pelipat seperti di leher, belakang lutut, telinga dan siku.
- aufa kat leher


“Selain itu, bayi ekzema juga akan menunjukkan simptom alahan pada bulu atau habuk yang akan menyumbang kepada masalah lain seperti lelah dan hidung berair. Kaitan antara ekzema dan lelah atau asma adalah tinggi,” jelas beliau lagi.
- alamak, bahaya ni..plus, aufa skng da merangkak sana sini.jauh da explore..

Sabun biasa yang mengandungi bahan kimia tinggi akan mengeringkan kulit bayi dan seterusnya menyebabkan ekzema mereka semakin teruk.
-aufa pakai milk bath J&J.xsuai ke dgn kulit dia?

“Adalah disarankan kepada ibu bapa yang bayinya menghidap ekzema untuk menggunakan sabun khas sewaktu memandikan bayi mereka. Sabun ini boleh dibeli di klinik atau farmasi atas nasihat doktor.

“Selepas mandi, bayi yang mengalami ekzema perlu disapu pelembap pada seluruh badan dan pastikan mereka memakai pakaian daripada fabrik kapas yang bersih dan tidak panas,” katanya.
- memang pas mandi sapu aufa lotion satu badan.coz wangi nak cium die..hehe
- skang suke pkikan dia baju nipis & xberlengan.coz asik berpeluh.

Selain itu, kata Dr. Syed Nazir, adalah penting untuk diberitahu kepada semua ibu bapa bahawa penyakit ekzema bukanlah penyakit yang boleh merebak.

“Akan tetapi apabila bayi atau kanak-kanak menggaru bahagian tersebut dengan kuku, jangkitan akan berlaku dan menjadikan kawasan ekzema tersebut semakin melarat.
“Sebagai ibu bapa, selain mandian dan pakaian yang bersih, pastikan kuku anak sentiasa pendek untuk mengelakkan jangkitan kuman,” jelas beliau.
-sampai skng xberani lg cut kuku aufa.coz pnah berdarah jari dia ummi buat.fobia dah..hehe.abi yg cut kuku dia skng.

Rawatan asas

Mengenai rawatan sesuai untuk bayi yang menghidap ekzema, beliau berkata, rawatan asas ialah dengan memberi kelembapan pada kulit seperti menyapu pelembap.
Manakala, rawatan menggunakan ubat-ubatan kimia pula bergantung kepada fasa penyakit tersebut.

“Sekiranya agak serius, krim sapu yang mengandungi steroid boleh digunakan. Apabila krim ini disapu pada kulit ia boleh memberi kelegaan kepada kerengsaan akibat ekzema tersebut.
“Bagaimanapun pengambilan ubat tersebut tidak harus melebihi daripada lima hari kerana akan mendatangkan kesan sampingan yang lain pula.


“Ibu bapa perlu prihatin dan mematuhi arahan pemakaian ubat yang telah diberikan oleh doktor,” jelas Dr. Syed lagi.
Ketika ditanya adakah penyakit ekzema ini boleh sembuh sepenuhnya apabila bayi membesar, Dr. Syed berkata, ia bergantung kepada individu.
Ada ekzema yang hilang ketika kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun, ada juga yang hilang ketika usia mencecah 12 tahun dan bagi kes yang lebih teruk, ia berlanjutan hingga ke tua,” katanya.



Apa pun, berikut beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah ekzema:
Bawa anak berjumpa doktor
Pastikan makanan yang menjadi alahan kepada mereka seperti susu lembu, telur, kekacang dan sebagainya. Elakkan makanan tersebut.
Pastikan mereka mandi dengan sabun khas yang berkelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.
Sapu pelembap di seluruh badan selepas mandi.
Pakai pakaian yang nipis dan diperbuat daripada fabrik kapas.
Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas dari habuk dan kotoran.
Jika anak berpeluh ambil kain basah dan lap di tempat yang berpeluh.
Pastikan kuku anak sentiasa pendek agar dia tidak boleh menggaru dan seterusnya memudaratkan lagi ekzemanya.

Sementara itu, seorang ibu yang bayinya mengalami ekzema, Syarifah Zainon Syed Ahmad Malik, berkata, walaupun ekzema pada bayinya, Rayhan Al Imran tidak begitu teruk tetapi bayi tersebut kerap tidak berasa selesa dengan keadaan tersebut.

Justeru beliau mengikut segala arahan yang diberikan oleh doktor dan kini ekzema pada Rayhan terkawal dan tidak seteruk sewaktu dia baru dilahirkan.

Menurut Syarifah Zainon, bayinya mudah berasa tidak selesa apabila cuaca panas di mana ruam akan timbul di merata tubuh hingga ke bahagian pipi.

“Dengan mengikut nasihat doktor dan menjaga persekitaran rumah agar tidak berhabuk dan suhu tidak panas, sedikit sebanyak membantu anak saya menghadapi penyakit tersebut dengan lebih baik,” katanya

sumber: utusan malaysia

p/s: cepatlah ari rabu..nak jupe paed..

Thursday, June 11, 2009

Panau

nampak tak ada bintik2 kat muka aufa tu? aufa ada panaula.camne boleh kena panau lak ni...ummi dulu2 kecik ada gak kena.tapi bukan kat muka.kat kaki.takpelah,tak nampak kan? ;p aduh, aufa ni kat muka.mmg problem2..tak lawa la muka anak ummi.jatuh saham nanti..;p sebab peluh ke? aufa memang kuat berpeluh.camne nak buat ek? takut makin merebak.tapi tak nampak pulak dia garu gatal kat situ.takut gak nak cuba ubat sebarangan coz bdk kecik lg2 kat muka...aduh,panau2....ape nak buat ek kawan2??

Thursday, March 26, 2009

Denggi

Semalam petang pihak kem kesihatan dtg buat operasi 'meyembur asap' kwsn umah kami.sbb neighbour dpn umah kami da kene admit hosp coz of denggi.slalu juga ade kes kwsn nih.uish ku risau betul.mintak dijauhkan lah dr kami..skang ku mmg takut bukak tingkap.sume kututup rapat.ku pasti jua tiada air bertakung2 tu..ku takut2..
FYI,tanda-tanda demam denggi nih bergantung kepada usia pengidap tersebut. Pada bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. bagi orang dewasa dan remaja pulak demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke3-4. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati.
Selain bole meragut nyawa kita.Denggi ni boleh downkan economy negara tau.pelancong takut dtg Malaysia.mmg bahaya betul denggi ni.sbb tula uncle kesihatan slalu dtg menyembur sana sini merata tempat.TQ uncle! :)


baby nangis, terkejut bunyi machine gun kuat sgt..

pakai mask, manyak asap busuk

ummi tahan nafas jer..


hik hik hik

Thursday, March 19, 2009

Baby Demam

Baru2 ni kami bawa untuk injection imunisasi untuk 5bulan. berat baby da 6.2kg.Sewaktu injection dia xmenangis tapi normally pastu dia akan demam sedikit..bila da demam, meragamla dia..xsedap bdn..menangis je..ummi bg ubat setiap 6hour.biasanye dmm die akan berbalik2.

Pastu ummi call nenek bgtau baby demam.nenek msti ingatkan tuam towel basah kat kepale & bdn baby.kn make sure bdn xpns sgt.bahaye baby if kene dmm.esoknye nenek,atuk,pak the & mak su dtg umah.kebetulan cuti sekolah.atuk dari ofis trus singgah berbuka puasa di umah aufa.ptg tu ummi bz di dapur (only that day rajin masak..lgpun ramai tolong jg baby mase tu..hihi).nenek yg mandikan aufa ptg tu.after nenek mandikan aufa, demam aufa terus surut.manjanyer..cucu ksayangan nenek ni..:)













Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers