ads

Monday, July 20, 2009

Eczema ke?

semalam satu hari urusan score A.so, ke hulur hilir bawa aufa.aufa jupe ramai orang semalam.then bila ad mommies yg concious perasan leher & pipi aufa.leher aufa merah2, ruam kasar, timbul2.kat pipi ade sikit2.pastu dorang inform ummi.you, ni macam eczema ni..anak2 i sume kena camni.da jupe doctor ke? nnt doctor akan bg ubat itu ini..

aufa mmg de appointment dgn paed rabu ni.coz 2nd pneumo imunisasi.so, dlm kepala ni risau nyer..ingatkan just ruam biasa.aufa mmg de mengamuk,garu2 xselesa.ummi yg just sapu krim ruam.pastu elok.xlama pas tu then,ada balik.pelik gak..so, ummi terus tny kwn2 yg pngalaman & terus google psl eczema ni..


takut tengok pics eczema.Ya Allah,mintak di jauhkanlah..

EKZEMA merupakan salah satu bentuk keradangan kulit yang lazim dialami oleh golongan kanak-kanak mahu pun orang dewasa. Begitupun, peratusan risiko kanak-kanak menghidapi penyakit itu berbeza-beza mengikut genetik.

Pakar kanak-kanak dari Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Syed Nazir Ms Kadir berkata, risiko bayi atau kanak-kanak menghidap penyakit tersebut lebih tinggi sekiranya kedua-dua ibu bapanya juga menghidap ekzema.

Di Malaysia, bilangan pesakit ekzema di kalangan bayi semakin meningkat dari tahun ke tahun dan pakar mendapati bahawa sebahagian daripada puncanya adalah pengaruh keadaan sekeliling dan alahan terhadap pemakanan.

“Banyak juga kes di mana bayi di negara ini mengalami alahan kepada susu lembu. Bayi-bayi ini biasanya akan menunjukkan tanda-tanda seperti ruam setiap kali diberi susu formula berasaskan susu lembu atau ibu yang menyusukan badan minum bahan daripada susu lembu.
- so, BF mom pun kena pantang from allergic foods ni.

“Sebab itu sekiranya ibu bapa mengesyaki kelainan pada kulit bayi, mereka digalakkan untuk berjumpa dengan doktor seberapa segera sebelum ia lebih memudaratkan bayi,” jelasnya.
Dr. Syed berkata, doktor akan memastikan ruam yang timbul pada kulit bayi itu ruam biasa atau ekzema, ini kerana rawatan yang digunakan untuk kedua masalah kulit ini adalah berbeza.

Salah satu cara untuk melihat anak yang mengalami ekzema ialah apabila mudah berpeluh dan berasa gatal terutama ketika cuaca panas.
- aufa memang kuat berpeluh, xle berpanas langsung. mengamok u!

“Bayi ekzema akan sensitif kepada cuaca panas, mereka akan berpeluh terutama di bahagian pelipat seperti di leher, belakang lutut, telinga dan siku.
- aufa kat leher


“Selain itu, bayi ekzema juga akan menunjukkan simptom alahan pada bulu atau habuk yang akan menyumbang kepada masalah lain seperti lelah dan hidung berair. Kaitan antara ekzema dan lelah atau asma adalah tinggi,” jelas beliau lagi.
- alamak, bahaya ni..plus, aufa skng da merangkak sana sini.jauh da explore..

Sabun biasa yang mengandungi bahan kimia tinggi akan mengeringkan kulit bayi dan seterusnya menyebabkan ekzema mereka semakin teruk.
-aufa pakai milk bath J&J.xsuai ke dgn kulit dia?

“Adalah disarankan kepada ibu bapa yang bayinya menghidap ekzema untuk menggunakan sabun khas sewaktu memandikan bayi mereka. Sabun ini boleh dibeli di klinik atau farmasi atas nasihat doktor.

“Selepas mandi, bayi yang mengalami ekzema perlu disapu pelembap pada seluruh badan dan pastikan mereka memakai pakaian daripada fabrik kapas yang bersih dan tidak panas,” katanya.
- memang pas mandi sapu aufa lotion satu badan.coz wangi nak cium die..hehe
- skang suke pkikan dia baju nipis & xberlengan.coz asik berpeluh.

Selain itu, kata Dr. Syed Nazir, adalah penting untuk diberitahu kepada semua ibu bapa bahawa penyakit ekzema bukanlah penyakit yang boleh merebak.

“Akan tetapi apabila bayi atau kanak-kanak menggaru bahagian tersebut dengan kuku, jangkitan akan berlaku dan menjadikan kawasan ekzema tersebut semakin melarat.
“Sebagai ibu bapa, selain mandian dan pakaian yang bersih, pastikan kuku anak sentiasa pendek untuk mengelakkan jangkitan kuman,” jelas beliau.
-sampai skng xberani lg cut kuku aufa.coz pnah berdarah jari dia ummi buat.fobia dah..hehe.abi yg cut kuku dia skng.

Rawatan asas

Mengenai rawatan sesuai untuk bayi yang menghidap ekzema, beliau berkata, rawatan asas ialah dengan memberi kelembapan pada kulit seperti menyapu pelembap.
Manakala, rawatan menggunakan ubat-ubatan kimia pula bergantung kepada fasa penyakit tersebut.

“Sekiranya agak serius, krim sapu yang mengandungi steroid boleh digunakan. Apabila krim ini disapu pada kulit ia boleh memberi kelegaan kepada kerengsaan akibat ekzema tersebut.
“Bagaimanapun pengambilan ubat tersebut tidak harus melebihi daripada lima hari kerana akan mendatangkan kesan sampingan yang lain pula.


“Ibu bapa perlu prihatin dan mematuhi arahan pemakaian ubat yang telah diberikan oleh doktor,” jelas Dr. Syed lagi.
Ketika ditanya adakah penyakit ekzema ini boleh sembuh sepenuhnya apabila bayi membesar, Dr. Syed berkata, ia bergantung kepada individu.
Ada ekzema yang hilang ketika kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun, ada juga yang hilang ketika usia mencecah 12 tahun dan bagi kes yang lebih teruk, ia berlanjutan hingga ke tua,” katanya.



Apa pun, berikut beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah ekzema:
Bawa anak berjumpa doktor
Pastikan makanan yang menjadi alahan kepada mereka seperti susu lembu, telur, kekacang dan sebagainya. Elakkan makanan tersebut.
Pastikan mereka mandi dengan sabun khas yang berkelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.
Sapu pelembap di seluruh badan selepas mandi.
Pakai pakaian yang nipis dan diperbuat daripada fabrik kapas.
Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas dari habuk dan kotoran.
Jika anak berpeluh ambil kain basah dan lap di tempat yang berpeluh.
Pastikan kuku anak sentiasa pendek agar dia tidak boleh menggaru dan seterusnya memudaratkan lagi ekzemanya.

Sementara itu, seorang ibu yang bayinya mengalami ekzema, Syarifah Zainon Syed Ahmad Malik, berkata, walaupun ekzema pada bayinya, Rayhan Al Imran tidak begitu teruk tetapi bayi tersebut kerap tidak berasa selesa dengan keadaan tersebut.

Justeru beliau mengikut segala arahan yang diberikan oleh doktor dan kini ekzema pada Rayhan terkawal dan tidak seteruk sewaktu dia baru dilahirkan.

Menurut Syarifah Zainon, bayinya mudah berasa tidak selesa apabila cuaca panas di mana ruam akan timbul di merata tubuh hingga ke bahagian pipi.

“Dengan mengikut nasihat doktor dan menjaga persekitaran rumah agar tidak berhabuk dan suhu tidak panas, sedikit sebanyak membantu anak saya menghadapi penyakit tersebut dengan lebih baik,” katanya

sumber: utusan malaysia

p/s: cepatlah ari rabu..nak jupe paed..

16 comments:

Nieza Ishak said...

cam anak kak nieza .. suffiya ada eczema 1st stage iaitu radang atas kulit jerk .. soo kulit dia kering jerk. Dr kecik mmg tak pakaikan apa2 lotion. Kena pakai sabun & lotion yang PH free macam Eucerin, seba med gitu.

Zulaikha takde tanda2 lagi tp mmg kak nieza takkan pakaikan dia sabun atau lotion dr sumber minyak cam j&j, anakku dll.. semua pakai yang PH Free punya .. Elok sebenarnya pakaikan yang PH Free sbb baru2 ni kuar pulak statement bedak baby pun boleh sebabkan kanser .. skrg ni macam2 boleh berlaku ...

bedak pun 2beradik ni tak pakai ...hehehe

MeL said...

US, guna eubos bile mandikan aufa. bagus tuk eczema :) trylah..

alinalan said...

Damia dulu pun macam ade skte sepupu sepapat eczema nih..kering & macam bersisik. Momma musykil gak sbb anak momma minum ASI bkan susu lembu. So, doktor suh momma kurangkan pengambilan mkn yg alergi spt telur & susu lembu. Skrg kulit damia dah ok. Alhamdulillah. InsyaAllah Aufa pun mkin tak teruk sgt sbb minum ASI US.

Ummu Mishkah said...

eloklah dapat pengesahan dari doktor kan..

Ummi Eisya&Amani said...

lebih elok bertanya pada yang pakar..tapi minta-mintalah itu bukan eczema..

nieda said...

alah sianyer aufa, harap2 ruam biasa..cepat2 jumpa doktor yer sayang...
Nida baru sekejap tadi potong kuku Humaira sambil dia ralit BF, tetiba nangis sekuat hati, berdarah sikit kt kuku..adui rasa bersalah sangat nasib baik sekejap jer jerit..rasa fobia dah.

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

wah bagus la info ni untuk semua kaum ibu....sharing is caring

ibu_Arifa said...

minta2 apa yg terjadi pada Aufa tu buka eczema lah kan.. saya dulu2 pun risau gak..Dalila naik ruam..kat pelipat leher..siap ada nanah lagi biji2 tu..gi hosp pantai..doktor ckp bukan eczema..dia bagi cream (logo leo) dgn sabun cuci.. 2 hari jer baik..sblum p check tu dok risau gak takut2 eczema..sib baik BUKAN!

ibu_Arifa said...

tambahan (agar moga2 buat US tak risau sgt pasal Aufa)
Dalila jadi biji2 merah-dalam 10-5 bijik gitu..side kiri mula2..merah menyala warna nya..pastu kat dlm bijik2 tu ada cam cecair putih--saya agak nanah kot.. mmg dia suka garu2..pastu pecah biji tu..berjangkit ke side kanan lah leher dia.
dok takut kena eczema atau kudis buta jer..tp doktor cakap ruam biasa jer..mungkin aufa pun ruam biasa2 gak kot..

mujur sekali tu jer jadi cam tu.

Ummi Shira (AshAnas) said...

eh, anas pun macam tu la... esok pun de appoinment... mintak2 la bukan... huhu, anas kena angin pasang la... anu die besar sblh... sape tahu cara nk berubat? asyik nangis je skrg...

Farah said...

afif pon ade ciri2 macam aufa untuk kena eczema..tp kami cuba elakkan la dr jadi lagi teruk..mcm tmpt2 berhabuk tu di elakkan..pastu tuala die kena selalu bertukar..baju pakai nipis sbb die mmg kuat berpeluh..

consult dgn paed dulu..maybe eczema aufa takde seteruk mane kot

Nani~~{@ said...

samala dgn Hafiy pantang berpeluh pasti menggaru..kalu kuku panjang sikit (dahla kuku dia cepat panjang)..sure bercalar2 badan:(( aritu tanya doktor bukan eczema..tp sian tgk baby tak selesa..

Harus nani cuba semua advise kat sini. Thanks soo much dear for sharing:) Harap Aufa x ape2 ye sayang!

BabyIntan said...

Mintak-mintak lah itu bukan eczema ye US. Kesian kat aufa comei tu...

yatie chomeyl said...

baby SN pon x tahan panas..sama cam aufa, peluh & merah2 kat leher dia. lps jumpa aped, dia bg krim utk sapu, baru ok. paed pesan, jangan letak bedak kat tempat yg dia senang berpeluh tu..so skrg ni I dah x letak la

Ummi Salsabila said...

thanks to all mommies for sharing..thnks for advices..TQVM...muaaahhhh...

nadnye said...

Dah check up ker dengan paed? camner?
harap semua Okay.. cian kat Aufa ...


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers