Assalammualakum.Salam sayang semua.
"Makanan yang bersih dan suci menjadi darah daging anak di dalam kandungan" - Buku amalan mengandung Ustazah siti Nor Bahyah
Dua aspek pemakanan yang perlu dijaga,kesucian (halal) dan mutu (zat).Bila tahu dah pregnant, terus niat nak makan yang sihat.No fast food! (konon! tapi akhirnya tak dapat menahan nafsu juga) Beberapa kali kecundang juga! HAHAHA.
No coffee anymore.HUKHUK.Kadang bila teringin sangat-sangat ,baru minum.
Kemudian,sibuk lah study balik.pemakanan sihat bagai untuk baby.Semangat demi Adik baby! Hehe.Di trimester pertama kena banyakkan nutrisi folate.Antara makanan yang tinggi dengan asid folik ialah sayuran-sayuran hijau seperti bayam,brokoli,asparagus dan lain-lain.Ummi paling suka bayam masak air! sedapnyaaa! Selain itu,bijrin,cereal yang diperkaya,roti serat tinggi,pasta,jus orange,lentil,sunflower seeds,kekacang dan lain-lain.sumber
10 foods high in folic acid,link di sini
babyzone.
Folate sangat penting untuk pertumbuhan bayi di dalam kandungan.Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar.
Di awal trimester pertama, saya amalkan minum
susu kambing, ambil suplement dari doktor iaitu
asid folik,
calcium termasuk
juga
ubat tahan muntah.Huhu.Selain itu, ambil juga tambahan suplement dari Shaklee iaitu
vitalea dan
B complex.Kenapa saya ambil supplement? Contohnya dalam satu hari, kita makan luar, kita tak makan makanan yang sihat tanpa kita sedar.Lagi-lagi di malaysia ni, banyak makanan sedap dari yang sihat. Hihi.Ibu hamil yang mahu mendapatkan supplement set hamil Shaklee, Boleh dapatkan
DI SINI.
Supplement semua ini untuk tambahan sahaja,yang penting pemakanan kita yang seimbang.Khasiat dari 'real food' itu sendiri.Tapi yang agak merisaukan pada awal terimester,morning sickeness yang teruk.Jadi apa yang di makan, kebanyakannya akan keluar balik.Jadi,harap juga supplement dapat topup khasiat untuk bayi.
Trimester kedua dan ketiga.
Masa trimester pertama,saya dan baby lebih banyak ayam dan daging.Semasa trimester kedua dan ketiga ini lebih gemar mengambil lauk ikan.
Ikan yang mengandungi
omega 3 yang tinggi bagus untuk perkembangan otak bayi.Antara jenis ikan ialah (tenggiri,sardin,salmon,keli,kembung,tuna,tongkol,ikan parang).Kalau ikan sardin,tenggiri atau kembung goreng rangup je pun dah sedap makan dengan nasi panas-panas.Sangat berselera! Kalau cecah dengan kicap dan cili padi potong-potong lagi perghhh! Kalau ikan salmon ummi suka grill atau panggang.Koleksi
resepi ada si sini. Sedapnya! Boleh rujuk
15 foods high in Omega 3 disini.
Selain itu,ummi ambil juga suplement tambahan iaitu
Neurogain.Gynae juga ada sarankan selain
Obical (Obimin + Calcium) dan
C complex.
Makanan sunnah lain adalah
minyak zaitun.Saya baru start minum minum zaitun.Ada aunty sarankan,bagus minum banyak khasiat dan mudahkan bersalin Insy.Selalu guna dalam masakan je.Ok,tawakal.telan jelah.
Dari Abi Asaid bin Tsabit bahawa Rasulullah bersabda, ” Makanlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak. Sungguh, ia berasal dari pokok yang diberkati.” (HR. At-Tirmidzi. Hadis hasan li ghairihi)
Kajian dari Harvard School ada menyarankan ibu Hamil mengambil minyak zaitun untuk mengurangkan risiko anak mengalami austism.Artikel
di sini.Wallahua'lam.
Minyak zaitun sudah diketahui khasiat dan manfaat,Lemak yang baik untuk ibu dan bayi selain buah avocado dan kekacang. Gunakan minyak zaitun semasa hamil, semasa pantang dan selepas pantang. Ketika pantang boleh menggunakan minyak zaitun untuk memasak menu sihat seperti sup sayur, sup ikan haruan, nasi goreng herba dan sebagainya.
Susu kambing adalah minuman sunnah dan susu terbaik selepas susu ibu.Saya memang amalkan dari first pregnancy lagi.Susu kambing dikatakan dapat mengurangkan risiko bayi dari demam kuning.Alhamdulillah,anak sulung dan kedua saya tidak kena demam kuning selepas lahir.
Susu kambing ini juga bagus dan boleh diamalkan semasa hamil, semasa pantang dan juga selepas pantang. Ia boleh diselang seli dengan minuman air halia, dan air halia kurma.Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan.
Makanan sunnah lain seperti kurma,kismis,buah tin,kekacang.Abi mesti ingatkan ummi.Hari-hari wajib makan ini.Sayang abi kat adik baby tau! Umminya je asyik lalai dan lupa.kadang-kadang lupa nak makan.So sorry baby.
- Kekacang – Makanan ini banyak mengandungi mineral yang penting seperti magnesium, selenium, kalsium dan kalium yang membantu ibu hamil daripada kekejangan anggota badan.
- Kurma, Kismis dan Madu – Makanan yang berasaskan sunnah ini kaya dengan zat dan vitamin yang tinggi bagi memberi tenaga yang optimum kepada ibu hamil. Ianya mampu melancarkan perjalanan darah dan kebaikkan kepada tumbesaran minda bayi dalam kandungan
Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.(AMIN!!!)
Jus delima campur,susu kambing,kismis,kurma dan buah tin
Buah yang wajib ummi makan ketika hamil ialah
buah delima.Buah delima amatdi syorkan untuk wanita hamil.Kalau beli sebiji agak mahal harganya, ikut saiz, sebiji dalam rm5-rm7 camtu.Suka kopek sebiji-sebiji si delima ni.Selain itu,kita juga boleh mengambil jus delima atau pati delima.Jus delima memang Abi akan ingatkan ummi.Minum air delima,air delima,air delima.Hehe.Rasanya memang masam-masam, sedikit kelat. Jus delima paling special, tengok
SINI.
Dari sumber internet,buah delima ni banyak sangat khasiatnya.Ia dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kerosakan otak disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah dalam darah.Jus delima juga merupakan salah satu sumber asid folik yang diperlukan kandungan.
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Bagi ibu mengandung ia amat sesuai kerana buah ni mengandungi jumlah potassium yang besar, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga pergerakan jantung agar tetap normal (especially bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
Khasiat lain buah/jus delima kepada ibu mengandung ialah Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur(kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema (macam bengkak kaki ketika hamil), dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy). sumber info :
majalah.com
Semoga adik baby lahir dengan sihat dan sempurna.Anak yang soleh,taat dan cerdik.InsyaAllah.
Wallahua'lam.Kita usaha,Kita doa,Kita tawakal.InsyaAllah Allah beri segala kebaikan dan kesihatan.
Sekian perkongsian kali ini.Sharing is caring.Take care all!
Artikel ini di tulis oleh ibu kepada 3 orang permata hati.Sedang hamil anak ke -4.Alhamdulillah.
Let's connect mommies ;)
Instagram : @raudhahis
Emel :raudhah69@gmail.com
Set makanan sunnah ibu hamil ini paling HOT.Alhamdulillah kaum bapa pun email sy nak belikan untuk isteri.Awww touching kan :) Dapatkan secara online.
emel saya, raudhah69@gmail.com untuk pembelian.dan kami akan menghantar ke lokasi anda.
Pati delima biodelima gold dalam gambar di atas mengandungi bahan2 dalamnya :
Aprikot, Buah belanda, Manggis, Delima, Anggur, Sea buckthorn, Habbatus sauda, Goji, Zaitun, Madu, Kurma, Manna.
Harga RM180 (750ml)
Boleh guna sampai 4 bulan
Minum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan semua ibu mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Ianya juga mengandungi ‘potassium’ yang dapat mengelakkan kekejangan kaki yang dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
Virgin coconut oil/ vco oil juga bagus untuk ibu hamil.Ia membekalkan tenaga,membuat kita kelihatan lebih ceria dan insya
allah memudahkan bersalin.(Pengambilan minyak kelapa merupakan antara
petua utk memudahkan proses kelahiran.) Ia juga boleh mengelakkan
jaundice kepada baby. Masalah perut berparut atau strechmark dapat
dikurangkan dengan menyapu vco.
Hi goat premium.Susu kambing + madu + kurma RM48
|
 |
Kapsul Minyak Zaitun
1 paket (20 biji) RM10
1 kotak(240 biji) RM120
|
|
Oh ya.bagi mommies yang mencari jubah menyusu atau maternity blouse? Boleh dapatkan Qaseh Nursing jubah di instagram @risha_my atau whatsapp 013-2642323 |
|
| Beli makanan sunnah untuk ibu hamil secara online di |