ads

Wednesday, January 7, 2015

Senaman ibu mengandung mudah bersalin


Assalamualaikum 

Dah 36 weeks usia kandungan.Sangat cepat letih, mengah dan lenguh bila berdiri.sakitnya kaki ni :(

Walaupun dah tak larat, kena kuad kan semangat kekal aktif.Sebab apa? Nak mudah bersalin.

Senaman atau gerakan ringan ni bagus untuk ibu hamil.Tapi kita mak-mak ni buat kerja rumah pun dah di kira senaman.Siapa lagi nak buat, kita lah.Penatnya! Angkat bakul laundry, naik turun tangga, mengemop, sental toilet, sidai baju,urus anak-anak di antara gerakan yang termasuk dalam gambar di bawah.Hehehe.Aci tak? 


Tapi yang penting latihan kemutan atau dipanggil senaman pelvic floor.

Ada kawan nasihatkan, tolonglah buat senaman ini.Wah sangat penting ni.Yang ini memang tak terbabit langsung dalam aktiviti buat kerja rumah.

Senaman Pelvic Floor bukan sahaja berguna untuk ibu hamil, malah kepada semua orang. Semasa hamil, otot-otot pelvik menjadi lemah kerana menampung beban yang banyak. Biasanya kita itu akan mudah terkencing semasa bersin, batuk atau pun KETAWA! Memang masalah ibu hamil kan? Senaman ini akan membantu menguatkan otot-otot pelvik. Caranya ialah dengan melakukan kemutan. Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa. Lakukan dalam kiraan 6 saat kemudian rehat dan ulang semula. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja sebanyak mana yang kita mahu.

Lagi satu, ya banyak kan berjalan kaki.Walaupun mengah walaupun penguin walaupun terhegeh hegeh. Bertabah lah kaki.kuatkan semangat setinggi gunung,mommies :)

InshaAallah dipermudahkan kelahiran yang tersayang :)

No comments:


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers