ads

Sunday, January 4, 2015

Susu Segar Pilihan Anda?

Assalammualaikum

Susu kegemaran anak-anak selepas weaning off susu badan ialah susu segar. Pernah cuba bagi susu formula untuk nutrisi mereka, tapi mereka tak gemar sangat.Susu segar jugak sedap kot.Ikut Abinya, pengemar susu segar atau yogurt.Ummi je susah sikit minum susu, kecuali perisa coklat.

Sangat penting susu segar dalam list grocerries kami, biasanya di rumah dalam peti ais susu segar dalam tong  jenama Good Day (penutup botol biru) atau jenama Farm Fresh ( penutup botol oren). slumber je budak2 ni teguk guk guk guk...Huhu.Alhamdulillah baguslah , jangan lah susah minum susu macam ummi ni..Dah lenguh-lenguh,kaki cramp malam-malam.Telan Calcium PLUS je tahu.

Susu lembu telah menjadi sebahagian besar dari diet kita. Biasanya kita minum untuk breakfast dan juga dimasukkan dalam masakan. Mestilah ramai dah tahu susu penting untuk keperluan Kalsium.Kata aufa & Adam, susu bagus untuk tulang, nak cepat tinggi! Hehe. Susu UHT ni pula apa? Susu UHT ni merupakan salah satu pilihan susu yang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dari jenis susu lain.Yelah, kita bukan tinggal di New Zealand, susu fresh perah je dari lembu.Ini lah pilihan yg kita ada :)


Jika untuk untuk travelling atau bawa bekalan, penting juga kami masukkan  susu segar kotak dalam list kami. Beli banyak2 untuk bekalan sepanjang percutian.Selalunya marigold UHT menjadi pilihan.


Info tentang susu marigold ( survey marigold vs nestle dari SINI) Selain sedap, khasiat nutrisinya juga penting.

Nutritional information (per 100gm)- Energy-65ml, Protein 3g,Fat-3.3g, Carbohydrate-5.8g, Calcium-100mg, Vitamin A-150mcg,Vitamin B1-0.25mg, Vitamin D- 2.0mcg
Storage instruction - Keep refrigerated below 4Oc after opening
Taste – Light and watery but has a strong “milky” taste
Who will like it – One who likes creamy taste of milk and for those who has severe soy allergies because Marigold does not seem to use soy lecithin as additive compared to Nestle.
Website www.marigold.com.my

Susu kegemaran saya dari dulu adalah yang ini, MARIGOLD HL perisa Coklat.Masa belajar dulu, suka beli.tapi mahal rasanya masa dulu, mampu beli kotak kecik je.mmmm, nikmattttt.rasa dia kow!



Lagi satu susu kegemaran yang ini.SEDAP Sangat! Terliur.


Lama tak jumpa.Mana nak cari ek area KL or Selangor ni?

2 comments:

Yani Hamshah said...

Hehe sis, sy pun dulu susah nak minum susu, tp sebabkan ada peristiwa terjadi yang menyebabkan sy dipaksa utk ambil susu. :] alhamdulillah, sekarang boleh minum.

Susu marigold mmg sedap. Lelagi perisa coklat.. hehe.. ^-^

Ummi Salsabila said...

Yani : apakah peristiwa itu? wah sungguh tragik ni.Hehe.kan? perisa coklat sgt kow kan!