ads

Thursday, February 7, 2013

32 weeks = 80%

Salam Sayang

Alhamdulillah kandungan sudah 32 weeks (minggu lepas).Punyalah lama nak publish kan? Lama dalam draf.Masa berlalu cepat betul sekarang.Macam tidak percaya semakin hampir masa bertemu 'cik contraction' sekali lagi.Ya Allah..Ya rabbi..nervousnya.Kemudian,mendakap si comel dalam perut ini.InsyaAllah Amin.Kemudian, bergelar ibu kepada 3 anak! Mak aih..Fuh fuh.Tarik nafas.. bab itu.Haha


Berazam nak menulis lebih kerap tentang adik baby.Sebab banyak hutang kan.Haha.Lagipun,Blog ini macam diari.Seronok bila baca balik. Check up sebelum ini,berat ummi 65kg.Makin membesar bak juara.Adik baby 1.7kg.Rasanya macam comel je kan baby ni? Tekanan agak rendah kali ini.urine test ok.Doctor cek jantung,kaki,perut,kepala kamu.Kemain dia bergerak-gerak.Tengah tersedu-sedu.Nak besar lagi :) kepala di belah kiri perut ummi,kaki kamu di bawah.Alhamdulillah semua ok.Kedudukan Uri pun setakat ini Alhamdulillah ok.Syukur,kamu sihat membesar bersama-sama ummi.Hehe.Check up seterusnya ummi kena refer ke demc.Makin kerap jumpa baby selepas ini.Yeay!




Ketika ini,ummi kerap heartburn dan lenguh-lenguh kalau berdiri atau berjalan.Tak larat dah.Basuh pinggan pun duduk! Mak aih macam mak nenek! Bila malam mulalah sengal-sengal kat pinggul dan peha.Punyalah sakit,nak bergerak.Manusia ini gemar berpeluh.Kepam! Masam. Bacin lah badan.Tak boleh panas sikit.Sangat kerap ke toilet.Screw dah loose.Kalau batuk,terkench sekali! Haha Takpelah,lalui dengan hati terbuka.Nanti dah bersalin,RINDU!! Seriously! ini pelik tapi benar.Nikmati saat ini sepuasnya.nikmati perut boyot ini juga.Ujian 9 bulan,kebahagiaan mendapatkan kamu dalam hidup kami :)

Minggu lepas balik kampung.Balik hari sebab pakcik meninggal dunia.Malam itu rasa sakit kat bawah.cuak dah.Dah contraction ke? Ala jangan lah.Mungkin sebab penat sangat kut.Balik ikut mak,bawak adam je.Tapi ada juga dukung2 adam bila dia dah tido.So,malam itu berdebar2.Hopefully,sakit itu hilang.Alhamdulillah.ok esoknya.


Kakak dan adik ketika ini sangat suka 'bermain' dengan baby.Kakak suka borak-borak.Then, baby respon.baby gerak! Aufa tanya,baby buat apa tu? baby tendang! dah makan belum? tendang lagi! baby tengah main ke? baby gerak lagi! Tergelak-gelak kami.kemudian mereka sapu minyak,sambil menyanyi-nyayi.Haha.excited kakak dan abangnya.

Kakak lebih perasan tumbesaran perut ummi.Eh,perut ummi dah besar lah.sambil usap-usap.Adam pula macam biasa manja.berkepit je.Atas peha sambil sandar ke perut tempat duduk dia.Adei.Bila tanya,sayang baby tak? jawab sayang.Tapi manja tak habis-habis.Datang mood tak baik.Semua benda tak kasi buat.Semua tak payah! solat tak payah.kemas tak payah.suruh tengok dia je.sindrom nak dapat adik.Nak manja puas-puas orang kata.Kesian.

Paling kelakar mereka berborak pasal baby.Kakak tanya bila baby nak keluar? baby keluar ikut mana? ikut kaki ke ummi? ikut mulut ke? keluar ikut pusat? HAHAHA terbahak-bahak gelak. Adik plak menyampuk,keluar ikut tangan lah! Last2,dia cakap.Nanti doktor potong perut ummi!.Alamak adam.ummi takutlah.Haha.Hopefully dapat bersalin normal juga lah kali ni.


Tinggal berapa minggu je lagi.Dah mula buat persiapan untuk bersalin.Kemas bilik pantang.Cari confinement lady untuk uruskan kami anak beranak nanti.Kumpulkan barang-barang baby.Keluarkan barang lama abang kakak dari stor.Basuh semuanya.Baby stuff? Banyak boleh jimat.Beli mana yang perlu sahaja,disebabkan banyak boleh recycle.Kecuali baju topup sedikit untuk baby dan beberapa item wishlist umminya.Hahaha.Nervous.dah dekat ni.

Plan seterusnya nak beli set bersalin/keperluan pantang umminya dan kemas beg ke hospital pula.

Ok,doakan saya dan bayi ya semua.:)



8 comments:

Rai Ourkizuna said...

hahaha..comel kan bebudak ni.. anak2 saya pun dah tak sabar nak tunggu adiknya keluar. tapi masing2 makin manja..diorang ada jugak tanya adik nak keluar kat mana..

the best answer that my husband can give adalah.. baby keluar ikut pintu yang dia je nampak..without specifically mention kat mana pintu tu..hehe..but the assumed it must be somewhere kat perut dan kaki..haha..

Ummi Salsabila said...

rai : complicated kan nak jawab soalan dorang ni? selagi tak puas hati,keep asking.jenuh! lagi susah dr jawab soalan exam dulu.heheh

All the best to you.dah tak lama kan.:)

Mama Khairin said...

Semoga selamat semuanya odah! Seronok tgk kwn2 makin bertambah anak. Doakan kita gak ye! Hehe...

Nadiah Sidek said...

lebih kurang je edd kita ni raudhah :D. tak larat dah nak bawa perut ni tapi tak naklah baby keluar sebelum full term...huhu. sabar, sabar!

Ummi Salsabila said...

JK mur.:) insyaAllah tak lama lagi giliran mur pula.Odah doakan! :)

Ummi Salsabila said...

Odah pun kak nadiah! :) tak nak awal tapi jangan overdue plak macam Adam dulu.Take care kak.Nanti boria berpantang la kita ya :)

~ ms julie ~ said...

Assalamualaikum..

Lama tak jengah blog kamu raudhah..hi3..diam2 kamu bertambah ahli keluarga juga yerk..samala dgn kite nie..beza 3minggu je dgn saya..hi3..semoga selamat melahirkan ye nanti..

Ummi Salsabila said...

ms julie : diam diam tu memang selalunya ada isi kan? Hehehe Tahniah ya!Semoga selamat melahirkan juga.Take care