ads

Friday, February 22, 2013

Cucur Nasi ikan bilis

Salam kasih sayang semua!

Pertama kali cuba cucur nasi ikan bilis tau! Sedap rupanya.Rangup di luar,lembut di dalam.Anak-anak makan banyak! Sambil memuji-muji sedapnya kuih ni,ummi! Apa nama kuih ni ummi? Biasalah banyak tanya.Tapi Ibu mana tak gembira kan? Puas hati masak anak-anak suka.Walaupun hanya masak cucur HAHA


Yang ini saya makan dengan sambal ikan bilis belimbing buluh dan oh ya,lempeng pun sekali.Cucur tinggal berapa ketul je,anak-anak dah makan.

Sumber resepi dari Mat gebu.:)

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan nasi
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 biji bawang besar, didadu
1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan
1 biji lada merah, hiris halus ( saya tak masukkan sebab anak2 anti cili Haha)
Daun sup/daun bawang, hiris halus (mat guna daun kuchai)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar. Kisar hingga halus.

Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.

Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.

Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap.

Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.


4 comments:

ishamizu said...

Good idea! mesti mengenyangkan..;)

Amri dan Aishah said...

Tak pernah lagi try, InsyaALLAh menarik utk dicuba...terima kasih atas perkongsian resepi ini.

hanafi abdullah said...

sedapnya...lagi sedap kalau buat sendiri.

Liza Razak said...

wajib cuba ni ! :)