ads

Friday, March 6, 2015

Beg bersalin hospital





Dah 3 kali ke wad bersalin pun saya lupa.Hari tu tengok balik entry lama saya checklist beg hospital.So perlu lah simpan yang latest di sini.EH nak tambah lagi ke? Kata dah serik haritu haha.Yelah nak kongsi dengan mommies lain Terutamanya yang pertama kali.


part 1 ialah barang-barang Mak :

1.  kad check up hospital/ buku pink
Penting untuk tahu segala history medical kita sepanjang pregnancy.

2. IC
 IC memang wajib ada dan wajib bawak ke mana-mana pun kan. hehe

3. maternity pad
Masa lepas bersalin /first day memang nurse pakaikan dan tukarkan untuk kita.Tahan jela malu tu.Slamber Haha.Tapi lepas tu kita kena bangun pergi buang air sendiri dan tukar pad sendiri.Bawa lah dalam 5 atau lebih pad yang panjang giler tu.hehe.Darah keluar memang banyak.Rasa sengugut sakit bila darah ketul-ketul keluar.tskkk

4. disposable panties
yang nimemang penting bagi saya.Darah kelaur sangat banyak kadang sampai tembus.So, sangat leceh la untuk kita basuh seluar dalam semua.Senang pakai disposable panties.Saya beli dalam 5 pack, pakai masa pantang sekali.Senang!

5. stokin dan sweater
penting. sebab ikut pengalaman memang rasa sejuk je kaki.lepas bersalin je rasa sejuk badan.Plus, jangan badan masuk angin.Lepas bersalin pakai balik tudung, nanti angin masuk you.

6. Minyak panas dan minyak urut.

Saya pakai minyak panas Nona Roguy.Selepas kita keluar labor room je kita akan rasa lemah, pening pening, badan rasa sejuk.So,husband akan terus sapu minyak panas kat kaki dan tangan.Pakai stokin dan sweater. Kita akan rasa pening mabuk sebab darah banyak keluar, sapu kat kepala juga.Ikat rambut ketat- ketat.Sedap rasa berangin minyak ni.

Minyak urut pun saya bawa, lepas bersalin tahu lah badan kita sakit2 akibat dek meneran tadi.Pinggul, peha, kaki sengal berbisa semua.So, suami urut, mak urut, visitor yang datang pun tolong picit-picit.

7. selipar toilet
Yang ni selalu lupa! pakai kasut ok gi jamban! amboi formal nampak. Akhirnya pakai je sandal suami.

8. Makanan, minuman & Kurma
Masa contraction Mak perlu cukup tenaga untuk berjihad di labor room.Biasanya, waktu menunggu bukaan tu sempat lagi request nak makan apa.cempedak goreng, aiskrim, burger, pisang goreng cheese.Mak kata makan makan.kena banyak tenaga.Tapi bila contraction dah maha hebat, tak lalu dah.So, yang penting adalah makan kurma untuk tenaga.

Makanan yang penting selepas deliver adalah milo 3 in 1 dan biskut.Makanan pagi, tengahari, malam hospital ada sediakan.Biskut cecah milo untuk topup malam2 rasa lapar pula kan. Lega perut.


9. Air Zam Zam 
Mesti ada air zam zam dalam beg.Masa menunggu sakit dalam wad minum je bila rasa haus.Ada air selusuh atau air bacaan doa dan ayat quran, bawa minum kat wad.Minta dipermudahkan je..

10.Kamera, phone & charger

Bawa lah gadget uols untuk snap gambar video baby nanti. Zaman teknologi kan mesti la update cepat ig, fb Hehe

11.nursing bra, nursing pad
Alhamdulillah Subhanallah dapat susukan semua Anak-Anak sejurus terus bersalin.Amazing sangat tengok baby baru lahir dah terus attach nipple & menyusu.Subhanallah.Kitorang mesti jakun tengok tau, even dah ke 4 kali.eeee pandainya baby kite.puji anak sendiri la tu! Husband siap amik video Haha.

12. Bengkung
Lepas deliver mak datang, pakaikan saya bengkung.Baru rasa sedap badan bila berjalan.Saya pakai bengkung moden je, kalau bengkung panjang tu lg bagus, ikat kuat siap naikkan peranakan lagi! 

13. baju untuk keluar wad
Dulu saya bawak kain batik.Sekarang dah upgrade, keluar hospital pakai skirt labuh. hehe Baju mesti lah blouse nursing.Senang nak bf baby nanti.
 
14.tudung instant
penting! Saya datang wad memang pakai instant dah.Tak kuasa lilit dah.Tapi prepare satu lagi instant dalam beg.visitor datang, pakai bedak sikit.baru mantain cun macam Che ta gitu! HAHA

15.toiletries & towel
Hospital bersalin ada sediakan toiletries, tapi saya tak suka pakai berus gigi lipat dorang dan ubat gigi sediakan tu.So bawa sendiri berus gigi, ubat gigi dan pencuci muka.Sabun, sikat pakai dorang bagi.


part 2 ialah untuk barang baby: 

Bawa baju baby, mitten, selimut bedung baby, topi, pampers.
Kali ni hospital Razif bagi bedung baby dan topi.Alhamdulillah dapat untuk kenangan katanya!

Rasanya itulah yang penting.Kalau nak tambah boleh juga bagi tahu kat sini :)

selamat membuat persediaan!


No comments: