ads

Wednesday, January 2, 2013

3rd pregnancy, 3rd little mujahid

BismillahAssalammualaikum 2013.

Syukur kita masih bernafas dan menikmati kehidupan.Semoga tahun 2013 memberi kesihatan,kebahagiaan dan rezeki yang mencurah-curah.

 Lama saya tak update blog ini.berbulan berbulan.Dan lebih rasa bersalah.Saya tak blog langsung tentang adik baby.Tak adillah ummi.Alhamdulillah sekarang dah masuk trimester ke tiga.Sekejapnya rasa.InsyaAllah dapat peluk adik baby bulan Mac 2013.

Mula rasa morning sickness,tak sihat semenjak awal ramadhan.Sesungguhnya sangat mencabar Ramadhan lepas 1433H.Beberapa kali hampir tertewasa.Tapi atas sokongan Abi dan adik baby yang kuat.Akhirnya,Ummi dapat puasa penuh.Alhamdulillah.you're my strong baby! Ada hari ok,tapi banyak hari lembik.Hehe.rumah pun tunggang langgang dengan uruskan aufa adam lagi.Abi lah yang banyak kemas pun bila dah tak tahan mata tengok.Tapi ada hikmahnya,kami dapat khatam Quran bersama-sama.Seronok sangat! :)

Kakak dan Abangnya pula makin memahami.Bila ummi muntah,adam cepat2 tepuk usap belakang ummi.Ambilkan tisu.Sweet abang adam ni.Cuma orang kata pembawa budak,bila abang adam tantrum,nak melekat je,berdrama tak bagi ummi buat apa2.Kesabaran tinggi.fuh..Masih belum weaning off juga.hmmm.mengempeng je.Lasak satu hal.jadi ultraman lah,tranformers lah,silat lah.melompat hempap sana sini,termasuk kita sekali.aduh ummi kena kick out & inside.

Kakak pula,kalau dulu teman ummi check up baby.Dia masih tak faham.Sekarang dia lah paling suka bila check up,riuh tanya gynae itu ini.excited tengok adik baby.Dah faham.Soalan paling tak tahan,dia tanya.Nanti baby keluar ikut mana?:)

Alhamdulillah masuk trimester 2,segala morning sickness berkurangan,car sickness juga.Pregnancy kali ni,tak boleh naik kereta.mesti mabuk.kalau lepas makan,keluar balik semuanya.Alhamdulillah,masuk trimester 2 dah boleh aktif semula.Barulah produktif kan.Boleh beraktiviti dengan anak-anak,masak,baking,gardening,outing,(dan melawa sikit..) hehe.Lega.Cuma,kaki kerap lenguh-lenguh (macam orang tua dah) dan pedih ulu hati.Trimester 3 ni perut dah makin besar.mengah-mengah juga.

Bab mengidam pula.Kali ini teringin buah kedondong, keropok lekor pantai timur, ayam goreng KFC.Paling best dapat makan sup daging air tangan suami.Bila nak dapat lagi,tak tahu lah.:) macam banyak je mengidam sebenarnya,mengambil peluang nak mengada-ngada sekali.Kan? badan pun dah tembam.:)

Gambar masa trimester 2.Raya Aidiladha 2012.:)

Adik baby at 11 weeks. InsyAllah, great muslim in the future! :)

Sambung lagi di lain masa :) Ok,mari berazam nak tulis blog dengan kerap lagi.:)

9 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

wahhh betul dah lama tak dengar berita pasal si kakak n adam. adam dah besar pun. tahniahhh nak dpt baby baru

yatie chomeyl said...

wah maikn berseri sekarang..seri preggy mommy :)

Ummi Salsabila said...

Mamasyaza : itulah lama sgt bersawang kan? terima kasih kak.Nak jenguk akak pula :

Rodiah Sabri said...

Ngah..congrats!..org pn tau dr cik..anyway, take care...

nieda said...

Tahniah

Nadiah Sidek said...

letak la gambar latest :D

Ummi Salsabila said...

Yatie : seri mengembang pun ada.Haha.TQ

Long : thanks long.seram sebenarnya nak lalui sekali lagi..doakan ek!

Nieda : thanks :) lama tak tny kabar awk.

kak nadiah : gambar latest lagi gemok lah.ke akak windu kita? kuikui


Ummu Mishkah said...

Tahniah sis! Mesti kakak dan abang seronok tu.. ;)

Ummi Salsabila said...

Syukran kak! :) doakan selamat semua eh