ads

Sunday, January 13, 2013

Koleksi Resepi Grill Salmon atau ikan Salmon panggang

Assalammualaikum

Lama tidak berkongsi resepi di sini.Hari ini mahu kongsi koleksi resepi ikan Salmon grill yang kaya dengan omega 3.Resepi mudah dan Yummy sedap.

Ikan salmon selain dikenal sebagai makanan bagi otak juga memiliki khasiat sebagai makanan untuk menjaga kulit sihat. Mengapa Salmon? Salmon adalah ikan yang kaya lemak Omega 3 yang dapat mengurangkan badan kita menghasilkan sel-sel keradangan yang akan merosakan kulit. Ikan salmon penting untuk mengekalkan keremajaan kulit kerana salmon kaya dengan protein yang mengekalkan kulit yang lebih anjal dan membaiki sel yang rosak.

Biasanya Salmon di masak secara pan seared atau panggang bersama olive oil, secubit garam dan black pepper selama beberapa minit sahaja.Jangan terlalu lama nanti ikan jadi keras.Ikan salmon ni kalau makan yang dimasak warna masih kemerahan jambu,lembut dan sangat sedap!

Panaskan mentega atau minyak dengan api yang tinggi sederhana dan masak salmon, kulit ke bawah, untuk 4-5 minit. Balikkan dan masak selama 3-4 minit atau sehingga ia masih sedikit merah jambu di tengah.

Dihidang bersama sos dan sayuran-saturan yang kaya dengan vitamin.

Sayuran-sayuran boleh di sauteed ,direbus atau di bakar dalam oven sekejap bersama olive oil. Mudah saja kan? :)


1. Resepi Salmon panggang dengan sos hijau.Saya sangat suka makan menu Caribbean style fish fillet di Secret recipe.Sosnya warnanya hijau,berkrim dan sangat sedap! Maka,saya cuba tiru,try and error rasa sos itu.Dan..hasilnya hampir sama Yeay!


Bahan-bahan sos

1 sudu butter
3 ulas bawang putih
Satu genggam daun parsley segar
1 kotak kecil krim masakan
Sedikit herba dill
Garam
Black pepper
Limau nipis atau lemon

Panaskan kuali bersama satu sudu butter.Masukkan 3 ulas bawang putih yang dicincang, segenggam daun parsley yang dikisar halus, masukkan krim masakan, sedikit herba dill (jika ada), garam, black pepper dan sedikit perahan limau atau lemon.Masak sehingga mendidih.Siap! Boleh hidangkan bersama sayuran dan ikan.

atau cara paling cepat, campur bawang putih, parsley dan krim masakan dalam blender.Kisar halus.kemudian masak dengan butter.campak dill,garam, pepper, dan perah sedikit lemon.saya juga masukkan sedikit mayonis.Kacau sebati semua.Siap!.

2. Resepi kedua ini saya rujuk dari encik google.Grill Salmon with dill mustard sauce atau Ikan salmon Panggang bersama sos putih pun boleh lah.;p



Bahan-bahan sos 

Satu sudu butter
3 ulas bawang putih
1 cawan susu segar
1/4 cawan mayonis
2 sudu sos mustard
Satu sudu dill kering
Sedikit tepung gandum dicampur air
Garam
Black pepper


Panaskan kuali dengan api sederhana.Masukkan satu sudu butter, 3 ulas bawang butih cincang, goreng sebentar.Masukkan 1 cawan susu segar, 1/4 cawan mayonis, 2 sudu sos mustard, satu sudu dill kering.Ya,herba dill memang amat sesuai dengan masakan ikan.

Campurkan sedikit tepung dan air untuk memekatkan kuah.Masukkan dalam kuali dengan api kecil.Kacau sebati.Akhir sekali perasakan dengan garam dan black pepper.Kacau sehingga mendidih dan Hidangkan.


3. Salmon panggang bersama lemon butter sos.



Resepi ini paling senang! MasyaAllah sedap pulak tu!.Rasa lemak dan masam memang kena dengan salmon.

Bahan-Bahan Sos :

1 atau 1/2 cawan butter
3 ulas bawang putih
sebiji lemon
Garam
Black pepper


Panaskan kuali.Masukkan butter.Ketuk 3 ulas bawang putih.Goreng sebentar.Perahkan sebiji lemon. dan masukkan beberapa keping lemon.Akhir sekali perasakan dengan pepper dan garam.Kacau dengan kasih sayang.Biar mendidih.Siap! boleh hidangkan dengan ikan dan sayur.


Alhamdulillah

Selamat mencuba! Happy cooking for your family.Bak kata Chef Amar TV Al-Hijrah,Masak dari hati,Masak dengan iman :)

Ikan salmon sangat bagus untuk kandungan.Ibu hamil & kanak-kanak juga digalakkan mengambil supplement tambahan seperti omega 3 fish oil.

Order secara online, kami hantar terus ke depan pintu anda.lawati www.alamvitamin.com


Baca manfaat omega 3 di sini :

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DHAtingkatfungsiotakbayi//Article/index_html

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sistemnutrisiterbaikmudahkanprosespembelajarankanak-kanak//Article/index_html


17 comments:

FAD RMLN said...

wajib cuba ni. tq!

ATIQGOODBOY said...

Nk cuba resepi yg no.3 for dinner tonight.... hrp menjadi : )

ATIQGOODBOY said...

Nk try resepi no 3 for dinner tonight. Hrp2 menjadi. : )

Ummi Salsabila said...

Happy cooking! :)

Ummi Salsabila said...

Selamat mencuba & enjoy your dinner! :)

Unknown said...

sis...halagel ada jual madu tak? nk bg anak umur 1 tahun 1 bulan

kalau sudi reply di email saya achiek85@gmail.com...

thanks

Fazliana Jamil said...

sgt suka salmon... :)

Ummi Salsabila said...

Banyak khasiat & sedap kan!

Rozie said...

slm sis..sy dh try wat ikan salmon ngn sos lemon tuh..tp masamnya ya Rabbi mmg takleh tahan..sadly it ruined the salmon taste for me..apa pun salmon panggang nih mmg fevret sy lah

anasyhh said...

I admire semua rcp salmon yg u share..favourite!!

anasyhh said...

I admire semua rcp salmon yg u share ni.favorite!!

anasyhh said...

I admire semua rcp salmon yg u share..favourite!!

Ummi Salsabila said...

Mungkin perlu kurang kan lemon, Jika tak suka masam atau terlalu masam

Ummi Salsabila said...

Alhamdulillah ..sy pun baru belajar sebabrupanya simple je kan masak salmon.

Anonymous said...

Sy bru je cuba resepi ke 3..sgt2 senang disediakan..skelip mata dah boleh mkn..♡ †h♌nks ♡

Farah Deeb said...

Weeeiii dah lama carik resepi sos ijau SR tu! Toce toce toce!

abc said...

2 tumbs up!! Tq ummi!


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers