ads

Wednesday, December 31, 2014

Hamil ke 4, mom of 4 to be..

Assalammualaikum 


Ya Allah.Nak update, tak update2 juga Haha.Alhamdulillah rezeki terbesar kami tahun 2014 ini.seorang lagi junior akan lahir tak lama lagi..

Pengalaman mengandung kali ini pun lain dari yang sebelum2 ini.signal dia lain, Saya tak mabuk pada awalnya.Tapi asyik terkench Haha, tak boleh tahan buang air.Ingatkan kena kencing kotor.So, minum air kosong banyak2 supaya cepat baik.Lagi lah kerap jawabnya kan.

Lama lepas tu baru rasa mual-mual.Mula lah syak lain kan? haha Dan buat pregnancy test sendiri, positive!!! Ya Allah terkejut.:) tapi still tak tahu berapa bulan or minggu.

Kemudian kami ke klinik untuk sahkan.Doktor tanya LMP ( last menstrual period). maaf lah doktor, sama juga kes seperti sebelum ini.Saya tak sempat period, tak datang haid langsung selepas bersalin.Sama je kesnya.So, doktor buat pregnancy test juga.Confirm lah POSITIVE.Ambil supplement dan ok memang confirm lah ada orang baru dalam perut ni.Tapi masa tu doktor lelaki, maka tak nak scan dengan dia.So tak tahu lagi umur bayi dalam kandungan. saya boleh agak-agak je.saya main kira-kira dari start "signal kehamilan mula" maka, rasanya due bulan 3.Haha

Dan akhirnya saya mula check up di Hosp Bersalin Razif Klang.Baru nak scan! Sempoi Ummi abi dia kan.Perut dah agak besar, dah nampak! doktor macam terkejut, awak tak tahu ke awak mengandung ni? hahaha.

Saya tahu doktor..Saya kalau mengandung tak boleh sorok doktor, mabuk muntah2 boleh tahan.Tapi saya tak scan lagi je.Tak tahu bile due date.

Doktor kata, kalau breastfeeding pun tak semestinya protection 100% tak  lekat tau.90% je protection .

Ada kawan yang pelik, kerani hospital pun pelik.awak tak period pun pregnant? Awak takde LMP? Memang boleh,Lagi kena berjaga-jaga tau.Adam dan Sarah pun sama kes begini.Apa-pun rezeki Allah yg bagi, Allah plan semua ni.

Masa scan, doktor tunjuk kaki baby, kepala baby. Aufa Adam sangat terkejut.Paling lawak,dialog Aufa, 

Tu apa tu? ada baby dalam perut Ummi.Ummi tipu! Ummi kata perut Ummi masuk angin! 

HAHA nurse, doktor pun gelak2.

Memang teruk Ummi ni.Saje nak suprise kan dorang.Memang excited lah kakak & Abang.Diorang dah faham kan? Setiap kali scan mesti excited tengok baby kat screen.Tak sabar nak baby keluar.

Dan baru lah tahu umur baby masa tu, due insy 1st Feb 2015. Ya Allah lagi awal rupanya!

Pregnancy kali ini morning sickness saya agak tak teruk berbanding yang sebelum ini.Takde lah setiap hari muntah atau setiap kali makan muntah.Kadang2 muntah pagi, kadang malam.Baby faham kot.Tak leh ngada sgt.Sian Ummi Haha.Tapi pening mual itu memang wajib lah.Masa mabuk tu badan agak susut, cengkung.orang yang berpengalaman boleh agak, ni nape kurus sgt ni, ko mabuk ke? Ada isi lagi ke ni? Haha 

Dan pregnancy kali ni juga saya tak berapa sedar..bukan apa bila kite sibuk dengan bisnes dengan anak2 semua.Tak sempat macam dulu.Kira baby bape minggu la, ambil pic gambar perut each week, each month HAHA.Sekarang orang tanya dah bape minggu pun blur blur..Hehehe.

Memang doa je harap semua dimudahkan.harap kakak2 abang dia tak banyak karenah, sihat2 selalu.Tapi Sarah biasa lah, tantrum je dia.perangai nak dapat adik.Hehe.berkepit menyusu pun masih lagi

Dulu, masa sorang anak ok lagi, handle dia je.Then nak masuk dua, suami drop mana2.Boleh lagi pimpin kiri kanan pergi mana2.So, bila masuk 3, dah fikir2 tak boleh ni nak keluar dah lepas ni.Tak boleh ni, kalau nak handle tiga2 sekaligus.Rupanya bila tiba masanya, boleh! Lagi jauh pergi.Haha sebab apa tau? dah drive sendiri.Alhamdulillah dah anak 3, baru berdikari HAHAHA Yeah! I can do it! Its okay, boleh pergi shopping sendiri.Hehe. tapi memang kelam kabut la handle mereka sorang2.Dah 4 nanti? Kita tengok macam mana.Hehehe

So sekarang dah 35 weeks, berat dah 63kg! Dah macam penguin, mengah! Kaki lenguh2 je.tinggal dalam sebulan lagi, dah mula kena check up 2 minggu sekali.Suami dah perli bila nak habis khatam Quran tu? Asyik busy dengan bisnes dia je Haha.Perlu fokus nak ke labour oom pasni.barang2 baby dah beli dan kumpul semula mana yg boleh pakai lagi.Persediaan untuk umminya pantang je belum lagi.

Semoga baby akan lahir dengan mudah & selamat, .Semoga baby ini menguatkan kasih sayang keluarga kami, memberi rezeki yang tak putus2 insy.Doakan dia sihat dan comel ya hihihi

P/s : Today is 31/12, Our superhero's birthday.Selamat Hari Lahir suami.Semoga panjang umur murah rezeki.semoga selalu sihat, terus berkhidmat utk keluarga hihi bersedia nak jadi dad of 4 tak lama lagi.Bersedia teman ummi nak ke labour room. :) "Hah! Dah 4 dah anak abang?" (Dialog terkejut bila tahu pregnant lagi )



4 comments:

Ayuni A. said...

Tahniah dear :)) Rindu pulak nak pregnant haha..padahal baru je kot...

Effy said...

tahniah ibu. harta dan amanah terbesar daripada Yang Maha Esa.

Ummi Salsabila said...

Ayuni : Haha.dah bersalin rindu pula ye...Tq dear.

Ummi Salsabila said...

Effy : ya amanat besar..smg dpt pikul sebaiknya.:)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers