ads

Monday, December 1, 2014

Tempat Makan Sedap Best di Kuantan

Assalammualaikum

Tempat paling suka cuti-cuti jalan2 makan-makan ialah Pahang.Kalau ke pantai cherating, jalan ke jalan kemaman atau bandar kemaman meriah dengan makanan.Kalau di Kuantan ada pantai teluk cempedak dan pantai sepat.Makan-makan sedap di kawasan tanjung lumpur.Meriah!

Kali ni kami cuba menetap di homestay pula,area di tanjung lumpur. Rumah 3 bilik.Lengkap segala perabot,peralatan termasuk aircond, mesin basuh,dapur dan peti ais.memang macam rumah lah.yang penting bersih! Harga rate dalam rm250 per night.

Restoran dijamin best, mesti pergi adalah

1. Ana Ikan Bakar Petai,Kampung Tanjung Lumpur 26060 Kuantan Pahang

 Memang terkenal Restoran ni.Ini kali kedua kami ke sini.Wah dah maju! Restoran dah buka di belakang kedai lama, lagi besar.Ada surau baru.Ada playground.anak-anak excited nak main dari nak melantak macam parent dorang Hehe. Kami order Ikan kerapu tiga rasa, udang bakar petai, ketam telur masin,dan sotong goreng.Paling win, ketam telur masin tu.Aduh nikmat.Nasib juara, udang bakar petai.Alhamdulillah..:)














2. AKOB PATIN HOUSE

Lorong Hj Abdul Rahman 1 
Lokasi : Sebelah De Spring Hotel & dekat dengan Season View Hotel

Lunch terjah restoran ni pula.Restoran ini pun terkenal.Kalau suka makan ikan sungai, memang layan lah.Kalau tak makan ikan sungai, lauk kampung lain ada.Terlalu banyak.Daging salai, telur itik masak lemak pun best. Ada pula ulam-ulam dan sambal tempoyak.Terliur tengah taip ni.Hehe





3.Warung Pak Su Mak Su, Tanjung Lumpur. Lokasi bersebelahan Balai Polis Peramu.

Menu petang terjah warung ini pula.Memang senang nak cam, penuh kereta tepi kedai ni.Ini belum pergi waktu holiday. mesti lagi tak terkawal.Sata, keropok,ikan celup tepung,sotong udang krup krap, air kelapa semua ada.





Masa tulis ni, rasa nak terbang pergi kuantan..Hehe. Cuti sekolah ni ada yang plan cuti makan makan ke kuantan? Bestnyaaaaa.

1 comment:

miaqaisarah said...

Sedapnya nampak makanan-makanan ni.. boleh try nanti.. :)

Anyway, jemput ke entry saya untuk mencuba nasi ganja pula..

http://miaqaisarah.com/2015/04/15/nasi-ganja-perlis/