ads

Saturday, April 16, 2011

Dalam Seminggu Ini

Assalammualaikum wbt

Minggu ini anak-anak ummi tak sihat.Mula-mula Kakak Aufa demam selama dua hari.Rasanya dah lama juga dia tak demam.Kali ini muntah-muntah.Minum susu sahaja,terus muntah.Risau.Bawa jumpa doktor.Doktor kata tekak dia ada bengkak sikit.Yang senangnya,kakak suka makan ubat.Alhamdulillah,2 hari lepas itu demam kebah.Kembali sihat lega hati ummi.

Selepas kakak Aufa dah baik.Abinya pula demam.Abi telan panadol sahaja.Alhamdulillah,esok sudah baik.Kemudian esoknya pula Baby Adam pula demam.Nampaknya berganti-ganti kan? Bukan acara lari berganti ganti ( Itu namanya acara baton).Tapi demam berganti-ganti.Hehe.Nasib baik bukan demam semua sekali serentak.Haru nanti.Yang Penting.Jangan umminya demam sudah.Memang haru biru  lah nanti.Hehe.

Adam pula gigi nak tumbuh.Dua atas,dua bawah.Mungkin sebab itu asyik cranky.Yelah demam lagi.Susah nya hati.Bila anak demam, memang ummi tak dapat buat kerja apa lah.Adam asyik merengek.Panggil panggil umminya bila ditinggalkan.ma..ma..ma..ma..Panas kejap on off macam kakaknya.Biasalah anak demam,kita pun stay up lah waktu malam.Anak merengek.Check Temperature badan.Lap dengan kain basah.Mandikan supaya suhu turun.Adam pula tak suka makan ubat.Ummi masukkan ubat punggung jelah.Alhamdulillah,hari ini adam dah sihat semula.Syukur.Lega hati.

Bila anak tak sihat.Ibu mana tak risau.Rumah pun sunyi je.Tiada gelak tawa.Bila ajak bergurau bermain.Dibalas dengan tangisan dan rengekan.Tiada Gelak tawa gembira seperti selalu.Orang  tak sihat,masih  nak ajak bermain pula.Keliru.Sambil garu kepala.Hehe.Kita pun kena banyak bersabar melayan karenah orang sakit.Sabar dan sabar.Ini Ujian kecil dari Allah.Redha.Allah yang beri kita sakit.Allah juga yang menyembuhkan.

Alhamdulillah,semua dah sihat.Semua sudah boleh mengukir senyuman seperti sedia kala.Rumah penuh dengan gelak tawa.


Layan musical show in the houz! Biasanya kakak menyanyi, Adik  pula penari latarnya! Geleng geleng kepala je tahu pun.Hehe



Bila ummi nak rekod.Kakak nyanyi alif ba ta main-main.Nak cepat habis je.Banyak yang dia skip tu.Hehe.



Adik beradik enjoy skeleton dance by super simple song.Kelakar :)



Nyanyi abc pula.Tiba tiba Adam menjerit pula.Dia dah rimas.

Terhibur bila tengok keletah anak nak kan? Anak-anak lah penghibur dan  penawar duka.
Semoga anak-anak ummi membesar dengan sihat.Amin!

Selamat Hujung minggu semua..Semoga bahagia bersama keluarga.Semoga hujung minggu kami diganti dengan kegembiraan.Tak mahu acara lari berganti-ganti :)

9 comments:

yatie chomeyl said...

kalau nmpk je kita record, terus diorang main2 kan? kalau x tu, bukan main lagi nyanyi hehe

mamawana said...

cutenyer....

ibu MZW @ farah idayu said...

saya pun baru je alami perkara sama. tp susun aturnya berbeza. mula2 ayahnya,kemudian anak sulung..smlm bdn wafaa adiknya pula agak suam2..risau saya ;( hrp2 x demam lah dia. kecik lg (5 bln). ummi, mcmana nk dptkan aplikasi iphone yg ummi guna utk ur kids dlm n3 sblm ni.

♥MAMASYAZA♥ said...

syukur alhamdullillah depa berdua dah sihat, sronok bila tgk anak2 tersenyum semula

Sharini aka Ummi Khayra said...

hehehhe pandainya aufa nyanyi alif ba ta... :) khayra tak pass lagi. banyak main sekarang neh... :P

lagu skeleton dance tu pun khayra suka.. sama macam aufa la.. lawaknya suruh kiri, gi kanan.. Hehehehhe

syumel dua2 beradik ni la...:)

Cikrosecute said...

ASSALAMUALAIKUM...BUAT UMMI SALSABILA...SAYA BARU HARI NI SINGGAH DAN FOLLOW ANDA...NANTI FOLLOW SAYA..

http://www.hairuliza-anakku.blogsport.com/

Ummi Salsabila said...

yatie : aah,betul2! :)

mamawana :Alhamdulillah :)

Ummi Salsabila said...

farah idayu :oh yeke.mmg musim kot sakng ye.smg semua cpt sembuh seperti sedia kala yer..

apps tu saya download using installous.So,xpyh bayar.ms beli iphone,toke tu install kan installous tu.nnt try lah pi kedai phone,boleh install kan tak.sng ada apps tu,terus le download dr situ :)

Ummi Salsabila said...

Mama syaza : alhamdulillah.Syukur :)

Kak ninie : pandai nyanyi je.mengaji belum pandai lagi.;p

skeleton dance tu cute kan.Odah pun suka sgt!

ibu cute : thanks drop by n follow me.Saya akan singgah semual nanti.Insy :)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers