Alhamdulillah.Adam sudah 10 bulan.Jadual makanan juga ikut berginjak.Maju ke hadapan juga.Jom tengok aksi Adam makan.Apa menu untuk bayi 10 bulan?
Bismillah..nyum nyum.. |
my BIG 10 month boy.dapat ke ceduk tu? |
waaahhh...makan dengan lahapnya.. |
smile baby smile.ummi nak masuk dalam blog ni..hehe |
Comot messy boy |
Pada usia 10 bulan ke atas, boleh perkenalkan bayi dengan menu baru seperti,rempah ratus (sup atau kari), Pasta, Tofu,kuning telur,Yogurt dan keju ( bergantung kepada keadaan bayi dan nasihat peaditrician).Adam sudah cuba semua.Alhamdulillah tiada alergi.Paling suka Plain Yogurt diblend dengan buah-buahan.:)
Buah-buahan pula,berries (strawberi dan blueberri. Bergantung kepada alergi.),ceri,sitrus,kurma,dan Anggur.Sayur pula peas,buncis, jagung,timun dan tomato dah boleh cuba bagi.
Boleh mencuba jenis ikan lain pula.Sebelum ini ummi bagi adam ikan bilis,ikan kembung,ikan tenggiri dan salmon.Lebih baik beri bayi lebih ikan dari ayam dan daging untuk perkembangan otak yg cerdas. Ikan yang selamat untuk bayi ialah ikan berdaging putih kerana kaya dengan omega 3 dan rendah merkuri.contohnya ikan kod,ikan sebelah,ikan haddock dan ikan sole.( Tapi tak pernah beli ikan-ikan ni.Macammana lah rupanya.Hehe.Kalau ada jual,boleh lah cuba kan? )
Contoh menu untuk breakfast, lunch, dan dinner. Boleh tengok mana yang boleh.Ummi cuba mana bahan yang ada.Hehe.Yang penting kena pelbagaikan menu,warna,rasa dan tekstur.
sumber info dari : wholesomebabyfood :)
Dapatkan produk baru kami :
BellaVita
Kandungan : 15 gram x 15 sachets
Harga Promosi :
1 unit – RM 170.00
2 unit – RM 295.00
4 unit – RM 537.00
2 unit – RM 295.00
4 unit – RM 537.00
Harga Sebenar Seunit : RM 179.00 (SM) / RM 189.00 (SS)
hubungi : raudhah69@gmail.com
3 comments:
wow..bestnye adam makan..tak sabar nak bagi amani makan bulan depan..
assalam, new reader..=)
so cuteee..dah pandai cedok makanan sendiri..
Ummi eisya : tak lama je lagi turn amani pula.excited kan? :)
fit : Waalaikum salam.
thanks.suka cedok sendiri.tapi bersepah lah jadinya :)
Post a Comment