ads

Saturday, September 28, 2013

Homemade Play Dough paling mudah.(Resepi senang)

Assalam Alayk...

Play doh, kegemaran anak-anak.Mereka boleh leka bermain play doh.Aktiviti yang bagus untuk sensory dan perkembangan minda mereka.

Saya nak kongsi resepi play doh paling mudah.Saya ada cuba pelbagai resepi.yang perlu masak atas dapur, yang letak cream of tartar.Kalau buka youtube macam-macam resepi.Tapi yang ini paling senang...

Ia tanpa perlu masak
Ia tanpa cream of tartar.pekebenda tu? Nak cari mana? Tak payah susah -susah.
Tiada alasan tak boleh cuba.Senang sangat ni.Berdosa tau tak cuba.Amboi berlebih-lebihan.Hehe

Bahan- bahan yang diperlukan di bawah, termasuk seorang kanak- kanak atau lebih.Hehe



Cara- cara : 
Ambil 4 mangkuk 
1. Bahagi air kepada 4 mangkuk.
2. Masukkan minyak, bahagi kepada   4 juga.
3. Tambah warna pilihan ke dalam setiap mangkuk.
4.campur tepung dan garam dalam bekas besar.
5. Bahagi campuran tepung dan garam tadi ke dalam 4 mangkuk.
6. Gaul rata semua
7. Uli atas meja, tambah tepung jika doh lembik.

Rujuk video di bawah.Lagi senang faham.Hehe
Selamat menguli.Galakkan anak membentuk mainan, objek, bentuk, huruf kesukaannya.

Gunakan cookies cutter juga boleh

Campur dua warna primari, dapat warna baru. Yeay! Magic! mereka akan teruja mempelajari.Masa berkualiti bersama dengan kreatif.
Selamat mencuba.:)






4 comments:

FAD RMLN said...

i mmg nak buat ni. harapnya dapat buat secepat mungkin. haha.

Ummi Salsabila said...

Fad : yeah! selamat uli doh pula.kacang je bagi you ni :)

Unknown said...

Sis....camne cara menyimpanan?ke skali main je???

Ummi Salsabila said...

Nash Dniey : simpan dalam plastik atau tupperware je sis.kadang2 mmg sekali main je sbb anak2 dah buat mcm2 shape, jadi biarkan terus dia kering dan keras :)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers