'Berbudi pada tanah kita akan dapat hasilnya'
Seronok bila tengok rancangan masak-masak di AFC.Selebriti chef di Barat kebanyakannya menanam pokok herba di dapur atau di kebun mereka.Lebih berasa cemburu,mereka boleh tanam pokok herba kita pula.Kalau tengok kebun Abang Jamie Oliver lagi lah jeles! Bestnya macam-macam tanaman ada.Nak masak pergi kebun jap.Terus masak fresh-fresh.
Antara herba yang kita ketahui ialah Daun pudina, stevia, thyme, rosmari, oregano, sage,parsley, selasih, lemon balm dan nasturtium.Kadang-kadang kita beranggapan bahawa pokok herba sukar ditanam. Kononnya pokok sebegini hanya boleh tumbuh di negara yang sejuk. Sebab itu kita lebih gemar membeli herba yang dikeringkan untuk dijadikan perisa makanan padahal herba yang segar jauh lebih enak.
Sebulan lepas saya membeli belah di Pasar tani.Maka, terjumpalah pokok -pokok herba ini.Saya beli.Mahu cuba menanam.Apa yang saya baca info di internet pokok herba barat ini mudah dijaga.tak perlu banyak attention diberikan.Memang ada tumbuhan herba sukar tumbuh, mungkin kerana kita gunakan tanah yang tidak sesuai atau iklim di negara kita tidak sesuai untuk tumbuhan tersebut.Bagaimanapun, ada antara herba yang mudah tumbuh.Misalnya oregano yang popular dijadikan perisa dalam masakan itali. Pokok ini mempunyai daun yang halus dan ia tumbuh dengan segar walaupun mendapat matahari yang terik.tumbuhan herba seperti rosemary, thyme, pudina juga paling mudah dijaga memandangkan ia terdiri daripada spesies menjalar.
Rosemary dan thyme berasal dari mediterrnean.Abi cakap orang Arab pun suka masak guna rosemari dan thyme.Sampai nama mereka diberi nama herba thyme in arabic (Za'tar).Bagaimanapun saya ada baca, bagi rosemary, ia agak sensitif dengan hujan kerana boleh menjejaskan pertumbuhannya.
Jika terlindung daripada hujan dan cuaca teruk, tumbuhan ini boleh tumbuh setinggi dua hingga tiga kaki seperti yang terdapat di Taman Dapur, Cameron Highland dan kebiasaannya daun herba rosmari digunakan untuk menghilangkan bau hanyir daging.
Kenali herba herba Barat.
my new babies
pudina,thyme,oregano,parsley dan basil
Arwah thyme ketika sakit.mungkin sebab baja yang saya beri tak sesuai.Perlu cari baja cecair folikr.Mungkin juga kerana terlebih air.Sedih...Tapi sempat masak kambing golek dan ayam panggang guna daunnya.Sedap dan puas hati :)
pokok rosmari saya beli di jusco.pokok rosmari tak boleh kena panas sangat.Kena redup dan bawah bumbung pun kena makesure haba tak panas sgt.lebih sesuai letak kat dalam rumah tepi tingkap.
Pendapat saya menanam pokok herba barat ini,mungkin cerewet sedikit berbanding pokok herba kita.mungkin sebab cuaca kita ni panas.Pokok limau purut dan kari kat luar masih sihat dan hidup.Petang-petang siram dan biarkan.Alhamdulillah.
Tapi dalam banyak pokok pudina paling kuat dan cepat membiak.Saya tinggalkan dua hari.tidur rumah MIL.Siap tumbuh tunas baru! Yang lain dah kering kontang dan layu.Hmm,dah ada bayi bayi ni kalau tinggalkan rumah siapa pula nak tengok-tengokkan.Bila balik,sedih lah tengok keadaannya.Begitulah ceritanya.Lainlah,Abang Jamie Oliver.Dia ada tukang kebun.Bestnya!
Setelah sebulan,kesimpulannya pokok herba yang masih hidup dan membesar ialah oregano,pudina,dan rosmari.Basil,parsley dan thyme sudah mati.hukhuk.Nampaknya saya belum lulus menanam pokok herba barat ini. Perlu belajar lagi.Gardening mengajar kita supaya bersabar.Gardening juga perlukan ilmu pengetahuan.Tak rugi kita berbudi dengan tanah.Tak rugi kita belajar bercucuk tanam.Jadi,saya akan cuba lagi dan belajar dari kesilapan.Anda pun boleh mencuba! Selamat bercucuk tanam! :)
Man Jadda Wa Jadda.Man Zaro'a Hasola ( Siapa yang berusaha,Dia berjaya.Siapa yang bercucuk tanam dia lah yang menuai hasilnya)
13 comments:
ape buku mummy baca tuk tanam menda alah ni?
ingat blik meru ank suh adik lelaki ku tanam..
beliau sgt bertgn baik.
dulu,beli bunga ros dgn lavender cameron..
main tinggal jer..
tpi dia yg bela..
cantik semua hidup belaka..
la ni..
kambing,ayam,itik and arnab pun dia bela.
sume jadi2 belaka..
cer cite..
cer citer..
wah pandainya cucuk tanam, mesti tgn u sejuk ni. I kalu tanam2 apa2 tak pernah nye nak tumbuh kui3x
wahhh...ada jual kat jusco eh.. nak jugak la..kat dapur saya tanam serai dengan daun sup..dalam pasu sbb kami tinggal di atas awan..hihihi..
amboi,dah jadi petani moden la skrg ni..syoknya..
salam ummi, selain jusco..kat mana lagi ade jual pohon2 herba ni ye? susah bebeno nk jumpa :(
suke bercucuk tanam tp apakan daya..dok flat sekangkang kera je...
wah bgsnya...abah tanam pokok bunga je
Rajinnya US mnanam...mnjadi pulak tu,kata org tua2 tgn US ni jnis tgn sjuk.
Byk mnfaat klu bbudi pada tanah,kn..tak rugi.
Sidratul muntaha : Saya baca dr online je.takde buku2.bolehlah suruh dia cuba.insy boleh hidup jugak! :)
Yatie : takdelah sejuk sgt.suam kot.sbb Ada je pokok mati jugak.Haha.
Rai : lagi hebat tnm serai dlm pasu.sy belum pernah cuba.should try jugak ni.
Ummi eisya : baru belajar2..hehe.takdelah moden.petani Syok sendiri je.haha
Ibu mzw : boleh cari di pasar tani shah alam( stadium).Ada jual disitu.
Anies: boleh tanam jugak.i pun ltk kat dapur jer.
heee.nak g s.alam la ahad ni..huhhh..kat pasar sepang xde..=((
Boleh bg tau dimana ada jual baja cecair folikr
Post a Comment