Two little feet, ten little toes
Leave their impressions today
Soon they will wear two little shoes
And be running an jumping at play.
Two little feet, too little time
Before they are walking to school...
Kicking a rock or skipping a rope
Wading a puddle or jumping a pool.
Two little feet, one little child
Will soon go their own way
But footprints in my mind recall
They stood here yesterday.
Leave their impressions today
Soon they will wear two little shoes
And be running an jumping at play.
Two little feet, too little time
Before they are walking to school...
Kicking a rock or skipping a rope
Wading a puddle or jumping a pool.
Two little feet, one little child
Will soon go their own way
But footprints in my mind recall
They stood here yesterday.
Lama betul rasanya saya tak cerita tentang anak-anak.Terutamanya Adam.Selalunya bila ada pencapaian baru,rasa mahu menulis atau bercerita disini.Tetapi tidak buat juga.Saya mengambil jalan mudah dengan berkicau di twitter atau bermuka buku.Jadilah cerita pending.Yang pasti bayi ini sudah pandai macam-macam perkara.Sudah bahagia melihat semuanya.Alhamdulillah.
Secara rasminya.bayi ini telah memulakan langkah pertamanya pada 10 Julai 2011,pada umur setahun sebulan.Saya ada berkongsi rasa di facebook.Terima kasih juga kerana sama-sama meraikannya.Saya tidaklah risau dia tidak pantas berjalan.Ya,ada bayi yang 8 bulan sudah berjalan.Memang tidak perlu risau atau tertekan.Setiap bayi adalah unik.Saya tahu itu.Tetapi sesetengah orang yang membuat saya risau bila asyik bertanya kenapa Adam tidak berjalan lagi.Saya memang tidak faham kenapa perlu tergesa-gesa.Adakah dia sudah kena pergi ke sekolah.Adakah bayi lambat berjalan,IQ nya juga lambat.Jadi, janganlah merisaukan ibu bapa lain.Jangan membandingkan anak kita,anak si A dengan anak orang lain.Bayangkan kalau anak kita membandingkan kita dengan ibu-ibu yang lain.Apa yang kita rasa?.
Kakaknya juga lambat berjalan juga.Mungkin benar fakta yang kawan nasihat saya,bagi bayi naik walker.Dia akan cepat berjalan.Dan ada betul juga kata Paed Adam, nasihatkan saya jangan beri bayi naik walker.Ia menyebabkan skip atau memaksa milestone mereka.Biarkan ia berlaku dengan semulajadi.Jadi mengikut pemerhatian saya keatas dua anak setakat ini,dua-dua fakta tersebut ada benarnya.Tetapi tidak penting semua itu.Alhamdulillah kini adam boleh berjalan di atas kakinya sendiri.Syukur.
Dari langkah pertamanya hingga kini.Ia mengambil masa untuk dia melangkah berani.Dari dia mula menapak kami memberi semangat supaya dia tidak takut melangkah dan berjalan.Practice makes perfect! Terasa kelakar tengok dia berjalan dan mengimbangi badan.terhoyong hayang.Jalan macam ketam.Mungkin juga seperti peguin yang comel.Hehe.Yang pasti kami terhibur!
Sekarang pencapaian adam sudah boleh menyambut Abi balik dari kerja.Bila Abi mahu pergi kerja dia ikut ke pintu.Mungkin ingat mahu pergi berjalan-jalan.Tetapi Abi hanya mencium pipi dan menghulur tangan lalu Adam menyambut dan cium.Itu paling manis saya saksikan.Bayi sudah besar!
Kegemarannya ialah bermain di front yard dan memijak rumput di laman.Dia suka bermain di luar.Bila ummi sidang baju,gardening atau menyapu itulah peluangnya.Bila petang,aktiviti bermain bola dengan kakak di laman.Tetapi masih terkial-kial nak tendang bola.Belumlah boleh berlari mengejar bola.Hanya mampu terkedek-kedek.Jadi,kakak lah yang menang setakat ini.Hehe.
Pejuang kecil saya memakai tshirt hadiah dari atuk.
Buah tangan dari Australia.Besar ka Atuk beli tshirt? Hehe
Buah tangan dari Australia.Besar ka Atuk beli tshirt? Hehe
Bestlah jalan kat rumput.Seronok! Mahu tolong ummi gardening.
video pertama adam berjalan.
Kami dah beli kasut raya pertama Adam,first shoes from clarks.He loves it so much.Bila pakai langsung tak mahu pimpin tangan.Siap marah lagi ok.Tetapi lambat lah nak tunggu dia menapak satu-satu.Haruslah bersabar.Nanti dia dah berlari.Penat nak kejar pulak!
Ya,akhirnya dua tapak kaki yang kecil dahulu kini sudah berjalan.Alhamdulillah.
Ok,nantikan adam bergaya raya nanti.Boleh dapat duit raya banyak ni.:)
6 comments:
wow hero hensem dah boleh jalan...bestnye
labuhnya baju adam, pinjam baju kak aufa ke tu? hehehe
haah la kak..kdg2 bila anak kita lmbt sket progress mesti org tanya2. cam saya anak br sorg,so mmg xtahu lgsg. bila anak lambat meniarap org dok tanya2.. sedey hokay!!!pastu tetiba anak saya 10bulan dah berjalan becoz he skips merangkak tu...takde plak nak cakap ape..pelik kan org kat luar sana ni..
BTW,memang best adam sebab dah ada kasut raya baru..nnti pejam celik akak pun dah kena berlari sama dengan adam mengejar dia berlari
sgt comel bila tgk dia trkedek2..trigt mcm madihah dulu, so sweet, hehe...
Mamasyaza : Dah.dah.Yeay! Ummi nak catwalk pulak sekarang.hehe
Yatie chomeyl :
Oh itu baju atuk adam beli dari Australia.Atuk tak sbr nak adam cpt besar.Haha.
Fitri : tak semua org paham each baby is unique.Tu yg dorang duk risau.Hehe.oh,anak terus skip merangkak ye.special tu.:)
mur : kelakar tgk dia jalan.mcm ketam! Aufa dulu pun jalan mcm ini.Hehe
Post a Comment