Alhamdulillah,suami belikan saya oven kecil.Jadilah untuk saya belajar ilmu baking dan grill.Sebenarnya sudah ada microwave oven di rumah.Tetapi bila saya membakar kek, bahagian bawah kek tidak masak.Mungkin kepanasan microwave hanya membakar di bahagian atas sahaja.Atau saya tidak tahu menggunakannya.Tidak pasti.
Semalam dapat bil eletrik bulan ini.Sila terkejut.Bil naik RM100.Besar kemungkinan gara-gara projek saya bersama oven kecil ini.Boleh tahan jugak kau makan karen ya!.Walau bagaimanpun sudah berpuas hati dapat membuat beberapa jenis resepi.Jadi,mahu kongsikan disini resepi sebelum kedatangan bulan Ramadhan.Saya tidak mahu ada yang terliur.meleleh.tergoda tengok makanan semasa bulan puasa.Berdosa pula saya.Baik saya post sekarang.Hehe.
1. Pavlova
Pavlova ialah sejenis desert yang diluarnya rangup tetapi didalamnya lembut seperti mashmallow.Rasanya manis,dihiasi dengan cream dan buahan segar.Rasa manis,lemak dan masam memang kena! Nikmatnya.
Kawan-kawan,saya ikut sebijik-sebijik resepi joy of baking.Lama saya mahu belajar buat.happy sebab berjaya jugak.Hehe.Resepinya mudah.Sebelum buat study dulu cara-cara buat melalui video demo yang disediakan.Alhamdulillah jadi juga.Cuma whipped cream saya cair.Saya tidak pasti mengapa.Kena belajar lagi.Finally,this is my very very first pavlova.puas hati mak! dapat makan puas-puas.Yummmmm..:)
Fresh fruit - kiwi, strawberries, raspberries, blackberries, passion fruit, peaches, pineapple, or other fruit of your choice
Cara-cara :-
(1) Untuk Pavlova: • Panaskan oven ke 250 degrees F (130 degrees C). • Lukis bulatan 7 inch (18 cm) atas baking sheet. • Pukul putih telur sampai jaid macam ada tanduk *meringue*. • Tambah gula ssedikit demi sedikit dan set mixer dengan kelajuan high speed, sampai meringue kental (rasa dengan jari adunan itu kalau nak pastikan gula dah betul-betul sebati. The meringue should feel smooth, not gritty. If it feels gritty the sugar has not fully dissolved so keep beating until it feels smooth between your fingers). • Masukkan esen vanilla. Taburkan vinegar dan tepung jagung atas meringue itu dan kacau sebati guna spatula. • Curahkan dan ratakan meringue di dalam papan pembakar ikut bulatan yang dah di lukis tadi. Ratakan hujung nya, pastikan hujung meringue tu tinggi sikit dari yang di tengah. (You want a slight well in the center of the meringue to place the whipped cream and fruit.) • Bakar 60-75 mins atau sampai outside is dry and is a very pale cream color. • Tutup oven dan buka pintu oven untuk pastikan meringue sejuk. (The outside of the meringue will feel firm to the touch, if gently pressed, but as it cools you will get a little cracking and you will see that the inside is soft and marshmallowy.) (2) Untuk topping • Pukul whip cream + gula sampai kental • saukan whip cream atas pavlova dan hiaskan dengan buah-buahan. • jangan letak awal-awal whip cream ni, masa nak makan baru letak.
video demo :
Saya juga refer explanation ringkas dari yatie chomeyl.Boleh juga rujuk di entry pavlovanya.Thanks to yatie chomeyl.Sebelum buat memang study betul-betul.Risau tak jadi.Hehe.
2. Ayam panggang with coselaw and mash potato (konon Ala Kenny Rogers)
Untuk ayam ala kenny roger saya beli ayam bulat.Perap kan dengan bawang putih dan bawang besar.Kemudian daun thyme dan daun oregano.Excited guna herba fresh dari anak pokok baru beli di pasar tani.Kalau tiada,guna herba yang kering saja.Kemudian 'spakan' ayam bersama extra virgin oil dan sedikit garam.Senang saja kan.Saya perap biar rempah meresap ke dalam ayam.Esok lusa baru panggang.Bakar ayam pada suhu 180 celcius selama 1 1/2 jam.
Untuk coselaw saya ikut resepi cikmin ini.sedap sangat serupa macam coselaw KFC! Paling sedap makan setelah disejukkan dalam peti ais.Kentang putar KFC pula saya ikut resepi daunpandan.memang macam KFC.its finger licking good!!! Anak-anak sangat suka.memang seronok tengok dorang makan.Aufa suka coselaw.Adam suka mash potato.Yang penting,dapat satu bekas bila buat sendiri.berbaloi-berbaloi.Boleh makan puas-puas.
3.Apple pie and chocolate croissant
Resepi ini saya dari ayinemran.Saya guna instant puff pastry kawan yang berbentuk empat segi kecil.Untuk pai epal.Masakkan inti epal dahulu.Epal yang dipotong kiub masak bersama mentega dan gula kemudian disejukkan.letakkan inti epal dan kelimkan dengan garpu dan telur supaya melekatkan sisi pastri.Kelarkan atas pie supaya wap dapat keluar.Sapukan atas pie dengan egg was (telur dan yang dicampur sedikit air).Untuk chocolate croissant yang tak berapa cun.saya letak coklat cadbury di dalamnya.Gulungkan dan sapukan egg wash di atasnya.Kemudian bakar pada suhu 180 celcius selama 30 minit.
Dan hasilnya memang buruk.Haha.Tapi yang penting sedap! Licin hubby dan anak-anak makan.:)
Alhamdulillah atas segala rezeki Allah berikan.
Sekian,godaan sahaja godaan saya sebelum anda berpuasa.Selamat mencuba resepi-resepi ini ya kawan-kawan.
US, lama betul saya mengidam nak buat pavlova tuh...arrgghh~!! bilalah boleh buat kan?? anak2 masih kecil sgt aktif..balik kerja kene hadap mereka dulu T___T
5 comments:
terliur tgk pavlova tu...fuhhhh sedapppp. nasib baik tayang sebelum posa, kalo idak, jenoh meleleh air liuq akak
US, lama betul saya mengidam nak buat pavlova tuh...arrgghh~!! bilalah boleh buat kan?? anak2 masih kecil sgt aktif..balik kerja kene hadap mereka dulu T___T
I punya whipped cream pun cair. lepas I seldiik, diorg ckp, mas anak makan baru ketak whip cream..baru la lawa je pavlova tu.
lagi satu, I sekrang beli frozen whip cream..so I picit je atas paclova tu hehehehe
sedapnya nak cuba jugak lah..
Mamasyaza : mmg ditayang sebelum puasa.itulah sebabnya.Hehe
yatie : i pun letak bila nak mkn.nnt takut lembikkan pavlovanya.bagus gak,beli yg ready made punya je.Haha
ciklily : simple je.cubalah try nanti ya.
Post a Comment