ads

Tuesday, July 12, 2011

Pon Pon Pon Pon Pon POn

Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Akan kubawa ke sekolah

Ponponponponpon ponpon ponpon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh kubawa jumpa nenek

Sila nyanyi bait bait lirik di atas dengan girang.Dahulu suka menyanyi lagu ini.Sebuah lagu kanak-kanak yang klasik.Mungkin emak yang ajar.Atau mungkin saya belajar di tadika.Tak ingat.Baru-baru ini,Abi kepada kanak-kanak ini telah berjaya membeli sebuah kereta BMW impiannya.Bukan kereta betul.Hanya sebuah kereta mainan untuk anak-anaknya.Hehe. 

Sebetulnya berkenan dengan warna merah.Tetapi sudah kehabisan stok.Nampaknya ramai yang meminati kereta kecil berwarna merah sebab itulah lirik lagu pun ada nyatakan warna merah,bukan hitam,bukan pink! Jadi yang tinggal warna hitam dan pink.Hitam lah yang menjadi pilihan kami.Beli kereta mainan je pun! Haha

Kereta kecil ini milik hero kami.Kami belikan si kakak basikal.Tapi yang baiknya,kereta boleh dinaiki kedua-duanya sekali.Jadi,keseronokan boleh dikongsi sama-sama.Abi ada berkata,zaman kita dulu kereta mainan lain.Kena tolak dan kuis-kuis sendiri dengan kaki.Emakku pula kata,dulu nenek main daun pelepah kelapa saja.Ada yang naik,ada yang tarik.Sambil main,dapat pahala.Tentu lebih seronok kan.

Hero kami,nampak begitu menghargai keretanya.Asyik membelek-belek bila baru dibeli.Malah,setiap pagi turun ke bawah terus menuju ke keretanya sambil menekan hon dan punat lagu di keretanya.Duduk di kerusi keretanya meminta ummi melayannya bermain.Kakaknya pula,sudah pandai memandu sendiri.Tekan pedal sambil membelok ke kiri dan kanan.Tak perlu tunggu ummi menekan remote control lagi.Pada masa yang sama dapat melayan adiknya bermain sementara ummi sedang memasak.Cuma adakala dia lost control.Habislah bang bang sana sini.Nasib baik kereta plastik.Langgar sana sini,tak kemik.Tak perlu ketuk! Hehe.

Jom layan aksi pemandu kecil tanpa lesen memandu kenderaan baru mereka,kegembiraan kalian,kebahagian kami :)







Hanya bermain di dalam rumah setakat ini.Nanti ada masa,kita bermain di taman atau kawasan lapang pula. 
Terima kasih banyak-banyak Abi.Kami sangat gembira.Semoga impian Abi juga bakal tercapai :)

6 comments:

Nadiah Sidek said...

wah..wah..kecik2 dah ada kereta. aunty pun takde kereta sendiri lagi :p. nanti bwk aunty jln2 dgn kereta baru ye :D

Pija Madzlan said...

Haaa...lepas ni boleh ambil lesen plak :P

alinalan said...

amboi bawa kete sambil berdiri.. huhu
i like.. seronok tgk budak2 gumbira kan..

yatie chomeyl said...

bestny aketa adam. dh lama berkenan gak keta ni tp umah kat jepun ni kecik bebenar hehe. brp harga kete BMW adam tu US?

nieda said...

wow bestnya...mahal tak? kita dulu kt kampung main kereta sorong org selalu bwa brg tu..

Unknown said...

uh..sport car..two seater..nasib baik baru berdua..hehehe.. zaman kita kecik dulu naik kereta sorong yang org buat pegi angkut buah sawit..haha..


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers