ads

Tuesday, July 5, 2011

Sambal Bali

Salam Sayang,
Lama saya tidak menulis.Sedang sibuk membantu suami menyiapkan kerjanya.Hari ini mahu berkongsi resepi lazat dari turun temurun keluarga kami.Dahulu emak selalu masakkan lauk ini.Saya pernah tanya emak,mana datangnya nama sambal bali itu.Dari Bali kah? Pantai yang terkenal itu? Emak juga tidak pasti kerana emak belajar dari kakaknya di Melaka.Resepi ini memang resepi kegemaran kami di rumah.

Baru-baru ini saya mebaca blog sepupu saya,Kak ain.Baru saya tahu asal temurun dan kisah sebalik resepi ini.Resepi ini dipercayai origin masakan minang dimodifikasi dari keluarga bapa kak ain yang mempunyai susur galur dari Tanah Sumetera.Terima kasih  berkongsi resepi yang sungguh istimewa ini.Disini saya kongsi resepi keluarga kami,Sambal Bali.Terima kasih kak ain.Copy resepi dari blog kak ain.Dasar malas menulis! Haha.

 Tiada cili merah.Umpama solekan tanpa gincu merah.Tak pelah,natural beauty.Haha

Ok,Inilah resepinya,

1) Kisarkan bersama bawang merah dan bawang putih (secawan), kicap masin (secawan), dan cili kering (secawan). Titikkan dua tiga buku lengkuas (sebesar ibu jari).

2) Perapkan bahan kisar dan lengkuas dengan daging atau ayam (sekilo setengah). Masukkan juga asam keping/cuka (secawan) untuk perapan selama sejam (lebih lama lebih sedap).

3) Panaskan minyak, agak agak sesuai dengan cili dan daging yang terlibat. Tumiskan serai (2-3 batang yang telah dititik) dengan daun kari. Tumiskan juga beberapa biji cili hijau atau cili merah Garing, keluarkan cili, tinggalkan serai dan daun kari. 

4) Masukkan bersama mereka bahan yang diperap (daging, dan cili, dsb). Masak hingga daging empuk. Kacau sekali sekala untuk elak daripada hangus.

5) Selepas daging empuk, dan cili garing, masukkan semula cili hijau/cili merah yang digoreng tadi. Untuk hiasan dan aroma. 

6) Selesai masak, tutup api, dan sedia untuk dihidang dengan nasi panas!

Masakan ini sangat komplemen dimakan bersama ikan kering masin yang digoreng garing dan dimakan dengan nasi panas-panas.Selain itu,sesuai juga untuk hidangan hari raya bersama lemang,ketupat atau nasi impit.

Selamat mencuba resepi yang lazat dan istimewa ini!

4 comments:

Unknown said...

ni kalau makan ngan nasi panas confirm tak toleh kiri kanan.. boleh cuba ni..

alinalan said...

huhu sedapnya... tetiba lapo nih...
maceh sharing yer ummi

Normaliza said...

baru pertama kali dgr sambal bali ni. nampak mcm sedap je..

munira said...

wow!tergoda!
harus cuba nih...


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers