"A daughter is a day brightener and a heart warmer. A daughter is a little girl who grows up to be a friend "
Dua minggu lepas.Buat aktiviti masak pizza dengan Aufa.Membakar pizza untuk Abi untuk minum petang bersama.Pizza doh ummi beli yang siap di Giant.Balik rumah letakkan tomato puri dan bahan bahannya saja di atasnya.Senang saja.Selain sebagai aktiviti untuknya,dapat memupuk minat ke dapur membantu ummi kelak! Amin....:)
Bahan-bahannya penuh warna warni dan berkhasiat.
Tekun
Menyusun pun penuh kesenian
Akhir sekali.Cheese.Yummy!
Done! My proud pizza maker!
Kita masukkan dalam oven.Bakar selama 30 minit pada suhu 180 celcius ya puan-puan.Okay,saya mahu mandi dulu.
Air tangan Aufa! Dah Masak! Tadaaaa...:)
Lepas Abi sampai,teruja Aufa bagitahu Aufa buat pizza! Kemudian makan sama-sama.Adik adam pun join.nom nom nom.Mulut penuh!
Yang ini ummi buat untuk raikan Hari lahir adik bongsu.Ada daging cincang lebih buat beef pie hari itu.Jadilah,campur dengan bahan-bahan yang masih ada.Cheese pun tinggal sedikit.Yang penting black olive suka letak banyak-banyak.Kalau makan pizza di restoran,berebut nak ambil bahagian yang banyak black olive yang hanya beberapa ketul! Haha.
Eh,lama tak ke Domino's.Saya suka pizza di Domino's dari Pizza Hut.Tetapi makan pizza air tangan sendiri pun sedap juga,dari asyik makan air tangan orang saja.Hehe.Padahal bukan uli doh sendiri.Masih bukan 100% air tangan sendiri! Haha.
Alhamdulillah atas rezeki Allah.Bersyukur lah padaNya kita dapat menikmati pelbagai makanan pelbagai rasa sedangkan ada insan tidak dapat menikmati sesuap nasi pun.Allah,sudah banyak nikmat Allah beri pada kita.
Sekian.Terima kasih.Marilah buat pizza!
9 comments:
Ada ek jual doh saja ? Kami dok kampung je.... kat kedai runcit takde jual :P
wah Auf adh terer buat pizza, leh lah aunty order dgn Aufa ye :)
rajinnye kakak aufa tolong mama ekkk...memang nampak sedap pizza yg kakak aufa buat.
nak beli doh yg dah siap gak lah...buat pizza tak menjadi je kejenya sbb x reti wat doh....
ooo xtau ada jual doh yg dh siap ey,bestnya dpt buat pizza sendiri..
ok aku nak try la ngn anak2. mesti fun activiti ni. hehe
Sitisifir : Akak,lagi bagus.kalau uli doh sendiri lagi sedap.kita ni malas cikit.Hehehe.
yatie : Boleh boleh aunty :)
mamasyaza : ummi kata,dah kena belajar tolong ummi masak.Haha.nnt boleh take over jadi chef terus.:P
mama iris : Beli.Ada di giant.:)
ibuaznoy : ada ada..senang je.hehe
azza: sila sila.mmg suka bdk2 nnt :)
wahh..kecik2 dah pandai memasak..boleh auntie buat calon menantu..hihikk..
Post a Comment