Kali pertama Aufa bermain lego ketika di playschool Genius Baby on Board.Ketika itu,jelas kelihatan Aufa tak mahir stack lego,cantumkan lego dan membuat tower berbanding kanak-kanak lain.Sebab itulah kali pertama dia bermain dan mengenalinya.Hehe.
Sebenarnya, kami tahu kelebihan bermain lego atau blok dan seumpamanya.Ada beli toys yang fungsinya lebih kurang sama tapi still bukan lego lah.Disebabkan pening melihat benda kecil-kecil berwarna warni bertaburan di sekitar rumah.Kami lupakan dulu.Nanti ummi juga yang kena kemas.Haha.
Kedekutnya.Lego pun tak nak belikan.Kesian pula.Hehe.Kita bukan orang kaya,banyak duit.Ummi tak dapat selalu beli toys mahal-mahal untuk kalian.Ummi hanya ada banyak masa untuk dihabiskan bersama kalian.Tetapi baru-baru ini kami ada belikan megablocks untuk anak-anak.Ya,manfaat bermainnya membuatkan akhirnya kami beli juga lah.Haha.Beli yang saiz besar untuk keselamatan Adam yang suka masukkan semua benda dalam mulut.Aufa suka buat tower.Adam baru pandai stack beberapa blok.Bila dapat cantumkan dia excited dan buat cheeky face.Geram! Kemudian dia suka robohkan tower dibuat kakaknya.Haha.
Jom tengok gambar Kakak Aufa seronok dapat buat tower.Well done darling! Aufa the tower builder :)
Kebaikan permainan ini untuk anak-anak:
1.Sebuah permainan berunsurkan pembelajaran supaya kalian belajar mencipta,belajar membuat fondation untuk membina bangunan yang kuat dan belajar memahami dan mengenal tentang seni dan keindahan.
2. Permainan yang amat bermanfaat dalam menajamkan minda kalian kerana pelbagai bentuk dan warna. Warna-warna yang terang juga dapat merangsang minda anak-anak.
3.Permainan yang meningkatkan kreativiti dan inovasi kanak-kanak. Sesuai dijadikan aktiviti harian dengan membina pelbagai bentuk bagunan,benda,binatang dan sebagainya daripada lego.Seronok boleh explore macam-macam!
4.Boleh bermain games mengenal warna dan mengira bersama anak-anak.Beri arahan yang simple,give me 2 red blocks.Games asingkan blok ikut warna juga menarik.Kemudian kira bersama!
5.Paling penting belajar komunikasi,berkongsi dan bersabar.Sharing dan main dengan adik adalah sangat mencabar.Perlu dibimbing setiap masa.Kakak anak sulung memang kena selalu beralah sayang.Bila build tower memang kena bersabar.Bila jatuh,bina semula.Dont give up!
6.Selain itu,belajar clean up semula selepas bermain! Clean up,clean up,clean up.Masukkan balik dalam bakul.Haha.Belajar bertanggungjawab ke atas barang mereka sendiri.:)
Artikel lain yang saya baca tentang lego :http://www.helium.com/items/298180-why-playing-with-blocks-legos-and-other-building-toys-is-important
http://www.authorsspeakout.com/the-educational-benefits-of-legos.html
"Permainan hanya material.Yang berharga adalah masa dan gelak tawa ketika bersama"
5 comments:
sikecik akak pun mmg peminat lego. bila usia dia 4 thn baru akak berani bagi dia main lego. ciptaan pertama yg dia buat...pistol...heheheehe
tu la.. akak pun nak beli tapi tak terbeli2 lagi.. nak kena beli jugak sebelum raya ni.. hehehe
suka ngan fakta kat atas tu..lego aufa sama mcm eisya punya..eisya pun suka wat lego..pastu tgk dady dia amik pic guna tripod,nanti dia wat tripod dari lego,then letak kamera dia kat c2..hihi
thanks for the info... nak pergi beli la lego pas nih
Mamasyaza :oh comelnya.pandai buat pistol.Aufa palk buat dinosour :)
onesimple mother : beli and get ready utk mengemasnya.hihi.
Ummi esiya : kagum aunty! berbakat besar eisya.anak daddy betul.:)
Taste of tapah : welcome.:) mari bermain lego!
Post a Comment