Alhamdulillah,syukur kita dikurniakan nafas untuk terus hidup,tubuh badan yang sihat untuk bekerja dan beribadat,rezeki menikmati makanan yang lazat,dan masa yang dikurniakan untuk memupuk kasih sayang semasa ahli keluarga,sahabat dan sesama umat.
Kali ini saya mahu review tentang Legend International Water Homes di Port Dickson.Kebetulan Abi cuti 2 hari.Jadi Abi ajak jalan-jalan.Suamiku memang suka berjalan.Hehe.Jadi yang paling dekat di Port Dickson lah.Ummi dapat info yang tentang hotel yang ada private pool di PD.Jadi, Legend water Homes lah pilihan kami.Nak kata bercuti,Bukanlah.Macam weekend getaways atau romantic getaways pun boleh lah.Haha.
Konsep hotel disini ada dua,Legend water chalet (tiada private pool). Sementara Legend Water Homes ada pool di dalam bilik.Water Homes terletak di atas air lah.Terdapat banyak jenis villa.Deluxe villa,Garden villa,Executive villa,Sky villa dan lain-lain.Kami ambil bilik yang paling murah je,Deluxe pool villa.Selepas check in di lobby.Kami dibawa ke bilik dengan menaiki buggy.Lokasi bilik kami memang agak ke dalam dari lobby.Suasananya memang tenang dan ramai pengunjung dari luar.
Masuk biliknya memang amat cantik,luas dan puas hati.Dah macam rumah apartment satu bilik.Lengkap dengan dry kitchen,microwave.Senang cerita servisnya lengkaplah.Semua ada.Bilik airnya pun cantik dan sangat besar.Saya suka senibina dan dekorasi hiasan dalamannya.Tetapi yang paling menarik ialah kolam sulitnya.Haha.Saya rasa tindakan mereka menyediakan kolam di dalam bilik ini adalah sangat sangat bijak.Selain suasana privasi, pengunjung lebih tertumpu mandi di kolam.Ya lah,janganlah bandingkan pantai di Port Dickson dengan pantai di Sabah.Tentulah jauh bezanya.Dan yang paling saya suka bila bunyi water fountain di kolam sentiasa mengalir.MasyaAllah,tenangnya! Setenang rumah yang dikelingi sungai.Tentunya,suasana sangat romantis! :)
Bila sampai saja bilik.Aufa lah paling tidak sabar untuk mandi.Pertama kali rasanya saya dapat mandi dengan bebas dan enjoy sekali! Disebabkan privasi ini, anda mahu pakai apa pun boleh.Apa saja.Haha.Yalah,sebelum ini kalau mandi di pool awam kita masih kena menjaga dress code kita,aurat kita,tatatusila kita,kesopanan kita sebagai muslimah.Ecewah! :)
Aktiviti petang pula,kami berjalan di sekitar hotel.Anak-anak sempat bermain di playground.Mereka sangat seronok.Kakak aufa lagilah teruja bila ada playground lagi! Malam pula,kami keluar dinner di Medan ikan bakar Port Dickson.Khabarnya baru saja buka 2 bulan.Cantik juga persekitarannya sama lah macam medan ikan bakar di umbai, Melaka.Alhamdulillah,kenyang makan seafood.Syukur atas nikmat dan rezeki dari Mu,Ya Allah.
Bermalam disini lengkap bersama sarapan pagi untuk dua orang.Waktu pagi kami ke Restoran Duyung.Alhamdulillah,makanan yang disediakan pelbagai dan menyelerakan.Cakap saja mahu makan apa.Semua ada.Roti canai,telur hancur,pasta,macam-macam nasi,dimsum,bubur,roti ,pastry, piedan lain-lain.Ya Allah,memang tak termakan lah semua.Dan paling bagus,restoran ini mempunyai sijil Halal Jakim.Selalunya hotel yang banyak bintang susahlah ada Halal certification.Malah, majority mesti ada menjual minuman keras.Tetapi disini,setin air haram kejadah itu pun kami tak nampak.Alhamdulillah,puas hati dengan Legend sebab amat memelihara sensiviti umat Islam.Kalau tengok pengunjung Arab ramai juga datang ke sini.Abi pun amat puas hati dengan semua servis.Sampai banyak kali sebut,nak datang lagi nanti.Hehe.
Okay,mari menjamu mata gambar-gambar kami di sana.Enjoice! :)
Ok,terima kasih Abi bawa kami ke sini.Kami sangat seronok.Lain kali kami pasti akan ke sini lagi.Mungkin berdua pula.Anak-anak duduk rumah nenda sekejap boleh? :)
Tahu tak Hotel/ Resort mana lagi ada private pool seperti legend ini ya? Ada lagi tak?
Selamat berhujung minggu semua.Semoga bahagia dan ceria disisi keluarga tercinta :)
17 comments:
serius babe, kolam dlm bilik.kalau mcm ni, bukan takat anak excited, mak nya sekali seksaited ehehehehe
brp caj per night?
oh memang best kan TLIWH ni kan.. kami pun rasanya mahu ke sana lagi.. nk berendam lama-lama lagi.. hehehe
bes nyer cuti-cuti kat resort..teringin lah pulak..hehe
Assalamualaikum, private pool tu buat saya teruja.. :-)
Alhamdulillah 'ala kulli hal :))
bestnya! aritu ada plan nak pegi ngn the whole big family tapi last minute tak jadi. u sure looked like u enjoyed yourself! :-D
best la family raudhah ni. asyik berjalan je. harapnya balik malaysia nanti suami akak rajin la bwk anak bini dia jln2 :D
waaa..kalau ada kolam dalam bilik ni mak pun teruja..ye lah kalau kolam kat luar kena cover2 gitu kan..hehe..
ummi, sangat bestlah hotel itu...harus saya pujuk paksa suami bawa kami ke sana..hehe~ berapa ye per nite utk private house tu? *sgt teruja*
tgk gambar je mmg confirm teringin nk pegi! huhu..
tgk gambar je mmg confirm teringin nk pegi! huhu..
Yatie : phewit! Now ibu ibu sudah boleh berbikini di kolam renang! Lalalalala..;) 400+ per nite.
Onesimplemom : Dah sampai sana eh? Betul,bebas berendam.berenang ku mmg tak pandai.:)
Mommy yen : pergi lah nnt.tido semalam pun dah ok babe! :)
Zefa : that's special! Keputusan yg bijak buat pool dlm bilik kan?
Siti sifir : thanks kak :) betul2. Ala kulli hal.masyaAllah.terlalu byk nikmatnya.
Dramamama : take,plan lagi smpai jadi tau!
Nadiah : Ala akak ni.husband akak pun suka berjalan kan? :)
Rai : so, this time tak perlu cover2 lagi.Mak nak terpekik excited pun takde org kesah.haha
Ibu mzw : ok, ajak hubby midnite sana.hehe.400+ semalam.
Mur :kan? kolam sulit tu membuat teruja.selesa kita Nak bercuti.hehe.
Dah pernah pegi & memang berbaloi sebab pool dlm bilik...anytime boleh berendam :-)
Post a Comment