Salam Sayang,
Lama saya tak tulis panjang.Idea mahu menulis mencurah-curah tapi tak dapat menghadap dan menulis di sini dengan fokus.Masa saya semakin terbatas.Selalunya sempat membebel di twitter dan facebook sambil menyusukan adam atau sambil menidurkan mereka.
My wishlist yang utama ialah a maid.I want it badly.Saya tak nak habib jewel,ipad,SKII, atau semua material lain.Segala branded things saya tak perlukan.I just want a helper.Saya bukan penat menjaga anak-anak.Tetapi saya stress.Anak-anak sentiasa mahu dilayan.sentiasa mahu attach dengan saya.Lebih-lebih adam yang tidak boleh tinggal langsung.Dia memang baby kanggaroo.Asyik menangis mahu berkepit saja.Ya,dia terlalu sukakan saya sampai tidak mahu berpisah walau seinci.Bagaimana saya mahu buat homechores.Saya rasa tertekan,sakit mata bila rumah tak terurus.Adam pula,akan cepat tersedar dari nap bila saya tinggalkan dia.Mungkin dia kenal bau saya.Jawabnya saya hanya sempat solat.tak sempat mengemas lagi.
Saya suka masak dan baking tapi malas nak mengemas dan mencuci semua pekakas.Kan best kalau ada maid.Saya masak-masak dengan tenang.Bukan dengan sebelah tangan.Tak perlu mendukung adam sambil memasak.Saya buat kek.Maid tolong layan anak-anak kejap.Dah siap.Suruh maid kemas.Dia basuh.Tak perlu saya mengemas dan membasuh pinggan sambil adam memeluk kaki meminta dukung.Tanpa mendengar teriakan kuat dia.Ummi terus dapat kembali pada kamu sayang.
Kan best kalau ada maid.Saya nak makan.Dia tolong main-main dengan anak-anak kejap.Saya dapat makan dengan aman.Sudah lama tak dapat menikmati makanan tanpa tangisan anak,tanpa cepukan tangan anak ke pinggan,tanpa risau terhadap budak yang hyperaktif memanjat meja yang akhirnya jatuh tergolek ke lantai.Lalu membantutkan selera makan.
Saya mahu maid.sementara saya mandi,solat,ke tandas ada orang tolong jaga mereka.Dapat beribadah dengan tenang.Dapat membuat hajat tanpa risau.Saya mahu lebih concern dengan anak-anak.Tidaklah kepala adam benjol sana sini bila saya buat kerja.Saya mahu melayan dan mengajar Aufa lebih kerap.Kasihan dia.Lama tidak buat toddler aktiviti. Mahu dia leka,bagi dia main iphone,bukakkan youtube atau tengok disney channel kegemarannya.Yelah,tak boleh budak terlalu ghairah dan addicted dengan gadget,utube dan tv.Kalaulah lapang,kita buat art,bermain dan buat aktiviti bersama.Tapi tak dapat layan dia bila mahu perhatian bila saya sibuk dengan homechores.
Anak-anakku,bukan ummi mahu lari dari tanggungjawab,bukan mahu melepaskan amanah kepada orang lain.Bukan penat melayan kalian.Ummi puas menjaga kalian dengan tangan ummi sendiri.Ummi terlalu sayang kalian.Tetapi,ummi ada banyak kerja untuk dibuat.Siapa mahu buat kalau bukan ummi.Bagaimana ummi mahu layan kalian setiap masa.Ummi bukan supermom mahupun supermak.Orang lain boleh buat,tetapi ummi tak.I just want a helper.want it badly...I want cook delicious food for us,I want to take care both of you whenever you need it.And the homechores should maid yang buat!
"Dlm Islam, tugas isteri selain melayan suami, adalah membesarkan anak. Kemas rumah, basuh baju, masak, semua optional.Kita buat sebab budaya Melayu begitu, juga sebab bila kita buat, menyenangkan suami. Tp tak wajib. Itu tggjwb suami"
Ya Allah,perkenankanlah hajatku ini.Ya Allah,kau permudahkanlah segala urusan kami.Kau permurahkanlah rezeki kami.
4 comments:
akak pun perlukan helper utk basuh semua perkakas lps masak. sgt tak rajin nak basuh pinggan. tang mencuci pinggan mmg lemah. time masak syok. tapi lps masak rasa nak pengsan tgk byk yg perlu dicuci :p
Salam kenal....
Nana link blog nie. ;p
Faham sangat keadaan nie, Na yg baru sorang anak pon kdg2 tggl rumah berselerak..
8(
Hopefully akak dipermudahkan Ilahi. ;p amin
Kak Nad : kan kak? time basuh mmg malas.huhu.
Nana : thanks for concern.anak 1 dulu ok lagi.masuk dua,tak terurus sikit.hehe
salam.
memang tensen kan kalau pandang umah bersepah.
ada sekali tu rasa tensen sangat tgk rumah berhabuk, lantai melekit, kain baju menggunung tak berlipat, dapur bersepah sampai cakap kat husband, "i need a maid NOW!!".
sobssss
Post a Comment