ads

Wednesday, June 15, 2011

Resepi Ikan Terubuk masin goreng cili padi

Salam sayang,

Sudah berapa hari tidak sempat menulis panjang lagi.Tetapi tidak mahu blog ini sunyi sepi.Hari ini mahu kongsi resepi ikan terubuk goreng.Ikan terubuk dibeli dari bumi Sabah yang indah dan dirindui.




Basuh ikan dan buangkan garam dalam perut ikan.Potong kepada beberapa bahagian dan rendamkan supaya hilang rasa masinnya yang agak melampau.Hihi.

Kemudian lumurkan ikan dengan tepung jagung supaya bila digoreng ikan tidak hancur.Panaskan minyak,goreng ikan sekejap.Sebiji bawang besar dihiris, dan 2 ulas bawang putih dihiris, beberapa biji cili padi dihiris.Ikut mahu tahap kepedasan yg bagaimana.mahu pedas lebih,tambah lagi.

Angkat ikan yang sudah digoreng garing.Kemudian tumis bawang dan cili padi tadi dengan sedikit minyak.Bila dah naik bau,masukkan air asam.Sudah siap! Senang saja kan.Sedap makan dengan nasi panas dan sebagai pembuka selera.Selamat mencuba.

6 comments:

Nadiah Sidek said...

mudahnya resipi ni!

Suziey Ahmad said...

akk g sabah ritu xbeli pn terubuk masin..ape jenis seafood or bhn basah xbeli..mls nk jln pasar2 basah..haahaha:p

ibu MZW @ farah idayu said...

nk cuba resepi ringkas ini pasti sedappp!! thanx ummi ;)

♥MAMASYAZA♥ said...

memang pembuka selera pun, akak sekeluarga pun suka. kalo goreng ikan terubuk, kena masak nasi lebih

Ummi Salsabila said...

Kak nad : sgt mudah as ABC :)

kak suziey : nape tak beli kak?.kat sini ada jual ke? kite xpenah beli ikan terubuk kt sini.:)

ibumzw : slmt mencuba!

mamasyaza : betul.lebih lagi nasi panas2.sedap!

Ummu Amar Othman said...

Assalam,

Saya nak minta izin Puan untuk copy gambar & resepi terubuk masin di atas, boleh tak ? :)

Terima kasih


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers