ads

Tuesday, June 28, 2011

Bantu ibu baru dalam penyusuan ibu

Salam Sayang.

As Mother Theresa once said, “Never worry about numbers. Help one person at a time, and always start with the person nearest you.”

Pernahkah anda mendapat pertanyaan tentang dari sahabat, susu apakah yang terbaik bagi bayinya? Apakah jawapan anda? Jawapan saya ialah,Susu ibu! Atau dikenali sebagai susu cap gantung! Haha.Susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia.Walaupun betapa mahalnya pelbagai jenama susu formula yang berada di pasaran.Susu ibu tetap susu yang tidak ternilai harganya.Ia merupakan anugerah yang dikurniakan sebaik seorang wanita  bergelar seorang ibu.Ia tidak boleh dapat dimana-mana melainkan dari seorang yang bernama ibu.Rugilah jika sesorang ibu tidak memanfaatkan sepenuhnya susu yang dianugerahkan Allah untuk bayinya.Ia umpama pasangan kembar kepada bayi.Ia datang bersama keluarnya bayi dari rahim ibu.Itulah keajaiban susu ibu kurniaanNYA.


 Anda bandingkan! Anda tentukan! 
source photo :perfectingmotherhood



Sahabat anda juga memerlukan keyakinan dan sokongan dari suaminya.Saya kagum dengan kaum bapa sekarang yang mempunyai kesedaran tentang kepentingan dan kebaikan  memberi susu ibu.Malah,ada yang memahami konsep secara teori dan teknikal.Yang penting,mereka memberi sokongan padu terhadap isteri masing- masing.


Sahabat saya ini risau dan musykil untuk memberi susu ibu sepenuhnya apabila mahu kembali bekerja.Bagaimana untuk memberinya semangat? Saya tahu.Saya surirumah.Senanglah bercakap.Padahal 24 jam boleh menyusukan terus.Tidak mencabar seperti ibu berkerjaya.Maka,amat-amat lah rugi jika menjadi ibu sepenuh masa pun tetapi tidak menyusukan anak sepenuhnya.Jadi,bila perlu memberi semangat, yakinkan dia yang dia boleh.Boleh.Kau boleh buat!.Ramai ibu bekerjaya yang boleh buat.Saya sangat kagum dengan mereka.Bayi harus diberi penyusuan ibu secara ekslusif sehingga 6bulan usianya.Penyusuan ekslusif bermaksud bayi tidak diberi susu,air atau makanan lain selain susu ibu.Berikan susu perahan ketika keluar berkerja.Mulakan mengumpul stok perahan susu dari tempoh berpantang lagi.Saya sudah mencuba.memang boleh! Yang penting perlu konsisten.InsyaAllah cukup susu untuk bayi.

Berikan juga kawan anda panduan untuk beliau memahami konsep penyimpanan,pemerahan susu ibu.Saya kongsikan blog ibu berkerjaya yang berjaya menyusukan bayi mereka.Antara blog yang saya selalu kunjugi, kaunselor penyusuan ibu, sarakids dan ibu bekerjaya,alinalan.Banyak info tentang penyusuan.Malah,kedua ibu ini adakalanya perlu travel ke luar negara.Tetapi masih berusaha memerah susu dan membawa pulang stok EBM walaupun jauh beribu batu! Walaupun berpisah raga,jauh manapun jaraknya, susu dari darah ibu tetap menyatukan mereka.Jiwa dan kasih sayang ibu tetap bersama.Itulah 'bonding' diantara ibu dan anak melalui susu yang membesarkannya :)

Jika anda menyusukan bayi anda,jika anda  percaya tentang nilai dan betapa berharga susu ibu, anda juga boleh menyokong ibu-ibu baru beralih langkah yang betul iaitu penyusuan ibu.sepenuhnya.Susu ibu power! :)

6 comments:

Pija Madzlan said...

Sangat menyeronokkan penyusuan susu ibu ni bila ada sokongan suami yang mana sekarang ini kebanyakan suami juga sudah ada kefahaman tentang hal ini

munira said...

Yeah!mommy milk is the best!
tapi cabaran dan rintangan jua kuat untuk meneruskan penyusuan ke umur 2 tahun kan?

Unknown said...

sebelum kenal susu ibu saya anggap penyusuan ni hanya akan berjaya sekiranya ibu tak bekerja. bila sertai forum dan baca di blog-blog penyusuan mmg rasa berkobar2 nak menjayakannya.. alhamdulillah.. dua2 dapat merasa susu ibu walau pun saya bekerja..

Ummi Eisya&Amani said...

ye,susu ibu memang power..

Anonymous said...

memang susu ibu power.tp ada juga ibu2 yang tak bernasib baik cm saya.raif dpt juga susu ibu but he's not BF exclusively..tension,sedih sume ada.ibu mana yang xnk bg susu ibu kan?

Unknown said...

susu ibu adalah yang terbaik..Alhamdulillah dapt susukan anak sehingga hari ini..doakan sy berjaya susukan anak sehingga 2 tahun


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers