Salam Sayang Semua,
Sahabat saya, Shira ada meminta saya berkongsi mengenai aktiviti Aufa di GBOB.Katanya,di sana tiada playgroup begini jadi mahu menerapkan pada anaknya sendiri.InsyAllah,saya cuba update serba sedikit di sini ya.Harap dapat manfaat kepada semua.:)
Sebelum mula kelas.Baca Surah Al-fatihah dan nyanyi lagu Good morning!
Kelas terbaru Aufa pergi bertemakan Allah makes world.Ingat tak Early Reading set "Allah Makes" yang kami belikan Aufa dulu? Teacher watie menggunakan buku itu dalam kelasnya pada hari tersebut.Teacher pasang lagu yang menceritakan tentang world,skysun,moon,mountain,rain,rainbow,ocean, dan lain.Sambil menyanyi sambil ikut gaya body language yang diajar teacher.Selepas nyanyi is reading session.Baca buku Allah makes world, The Rabbit and the turtle story book,and adab in Islam book.Mengenai adab dalam Islam,bila kita kehilangan sesuatu barang atau apa saja.Kita kena sebut Innalillah...
Kemudian,Sesi wajib setiap kelas menyanyi lagu ABC phonics, Ants on the apple.Sekarang sudah sampai N.Anak-anak diajar mengenali huruf sambil mengenal pasti bunyi huruf dengan betul.Yang penting seronok,belajar sambil bernyanyi! Kemudian ialah sesi problem solving.Sebelum ini,teacher watie ada menggunakan wood puzzles supaya kids dapat selesaikan puzzle dengan bantuan mommies.Hari tersebut teacher mengunakan teknik matching.Setiap anak diberi satu gambar untuk mereka kenal pasti gambar yang sama di board.Kemudian lekatkan gambar sama di board tersebut.
Sesi seterusnya ialah, mengenal perbezaan perkataan.Sebelum ini teacher ada mengajar mengajar tentang up and down,sleep and awake,clean and dirty,smooth and rough,dan lain-lain.Kali ini teacher mengenai, haiwan iaitu Tiger dan anaknya,cub.Diberi anak meletakan perkataan yang betul pada gambar harimau atau anak harimau.Alhamdulillah.kelmarin tengok Tiger man di Discovery Channel.Tiba-tiba Aufa menyahut, Ummi, cub! cub! cub! bila ternampak anak si harimau.Wah! ummi sangat gembira dengan perkembangannya.:)
Selepas itu,adalah sesi bermain.boleh lihat video di bawah ini.Pada mulanya Aufa kekok.Lompat pada bulatan sambil memeluk bola yang besar.Hehe.Tapi lepas itu dia boleh buat.Comel sangat tengok dia terlompat-lompat! hehe
Aktiviti seterusnya ialah art session.Inilah waktu yang paling disukai Aufa.Tak sabar-sabar nak color katanya.Kali ini aufa mewarna menggunakan berus dan warna air mewarnakan gambar bumi.Sambil mewarna,tanyakan anak.what color is this? Blue,Green,White.Tengoklah.Aufa memang seronok semasa art time ini!
Selepas itu,seperti biasa sesi parachute dan bubbles time! Last sekali singing barney song and Allah is the best song.Akhir sekali choo choo train.Cop tangan,kaki dan perut.Baca Surah al-asr.Salam teacher dan kawan-kawan dan bersurai!
Harap dapat berkongsi manfaat pada semua.Jumpa lagi pada kelas akan datang.Insy :)
2 comments:
x sbr nk blk msia dn masukkan sn dlm playgroup ni jugak
alaa mia miss art bumi tuh...
lain kali kt jumpa yer Aufa
Post a Comment