ads

Thursday, June 23, 2011

Mini Beef Pie

Salam Sayang

Lama teringin mahu buat pie.Asyik tengok rancangan masak-masak di Tv saja.Asyik tengok cara-cara buat pie saja.Hari itu ada tengok rancangan Daily cook di AFC.Salah seorang tetamu jemputan buat easy peasy beef curry puff.Tengok macam senang sangat.Tak boleh jadi ni.Geram.Jadi semangat mahu buat juga lah.

 My first ever pie! Haha.herot berot mengeleber tapi licin juga!


Bahan-bahan intinya.Goreng daging cincang dengan sedikit minyak. (saya guna daging cincang ramly separuh paket).Dah empuk daging masukkan sebiji bawang besar dipotong dadu dan seulas bawang putih dicincang halus.Kemudian masukkan satu sudu serbuk cili,dua sudu serbuk kari,dua sudu tomato puri atau tomato pes,dan tambahkan secubit garam.Akhir sekali masukkan dua sudu tepung gandum yang dicampur air.

Kemudian ambil adunan pastri, saya guna jenama kawan yang berbentuk segiempat kecil.Saya beli di giant.letak pastry dalam cup foil.Kalau mahu kemas,potongkan lebihan pastri.Tetapi saya sayang.Jadi biarlah menggeleber.Hehe.masukkan inti daging tadi.Ikut suka masukkan banyak mana.Kalau buat sendiri banyaklah inti.Kalau beli ciput je kan.Kemudian saya tutup bahagian atas dengan potongan pastri secara bersilang.Akhir sekali sapukan sebiji telur yang dipukul di atasnya.Saya bukan sapu tapi tuang lebih telur kat atasnya.Hover!

Bakar dalam oven dalam suhu 230 celcius dalam 10 minit.Kemudian perlahan suhu kepada 180 celcius pada 20 minit seterusnya.senang saja kan.Selamat mencuba!

Lain kali mahu cuba buat pie lain pula! Saya suka pastri! Yummmm.:)

5 comments:

Unknown said...

wahh..sedapnya..

kalau tengok blog masak2 ke tengok rancangan masak2 mesti jadi nak memasak jugak kan..

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

wah...nita baru je nak cube...awak dah buat dulu...


mmg kat dah beli pastri jenama kawan tu....buatnye je tak sempat lagi...


tak bole jadi ni...nak kene buat jugak ni...:))

dinor's family said...

xpnh msk2 pai ni nmpk sedap je kn ,mkn mst lg sedap...

mamawana said...

Assalam,

Wah sedapnyer pie .... rajinnyerr

Blog mwana dah okey jom visit

http://nurqasehbiz.blogspot.com/2011/06/kena-senaman-banyak2dah-baik-dah.html

Ummi Salsabila said...

Rai : betul bersemnagat nak buat.Tapi tak sempat2 nak buat semua.Hihi.

Nita : cepat2 buat.Nak tgk hasilnya pula.:)

dinor : try lah buat.simple je resepi ni.

mamawana : skang mood membakar sekarang ni kak.baru nak belajar2..:)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers