Salam Sayang semua
Saya suka sambal.saya suka pedas.Kalau pedas baru berselera.orang Melaka lah katakan.
Saya suka sambal ikan bilis.hubby's foreign friend hairan bila kita makan ikan bilis.dia kata,kesian kat ikan tu..belum sempat besar,ko dah makan dia! Haha.kelakar dengar hubby cerita! Negara dorang mana ada ikan bilis!
Sambal ikan bilis saya ikut resepi Mak saudara di Melaka Dan Mak mertua saya Ada ajar juga ;)
Bahan2:
Barang merah, bawang Putih,cili padi,sedikit Garam dan gula.Dan sedikit minyak masak.
Cili Padi ikut berapa banyak korang nak letak.banyak cili,bantaklah sambalnya.Tapi pedas memang pedas hangat betul!! Siapa tak tahan pedas,gastric jangan cuba2 lah sambal ni..boleh mendatangkan kemudaratan nnt.hahaha
Cara2: panaskan minyak,macam biasalah goreng ikan bilis dulu.Angkat dan toskan.cili padi,bawang merah Dan Putih dikisar.Goreng sampai garing.tambah garam dan gula sedikit.tutup api.sambal dah agak sejuk.Gaul ikan bilis bersama sambal tadi.siap!!! Taraaaa....
Kalau Mak mertua saya ajar pula.guna cili giling.sedap.tak berapa pedaslah.boleh diratah begitu saja! Gerenti licin.
Sama tak sambal goreng kita? Kalau tak sama,korang masak camne?
- Posted using BlogPress from my iPhone
12 comments:
Sedap! Shira pun suka!
sama je cara kite buat. lagi pedas lagi meletups!
alahai..lawak la kawan hubi tu..ikan belum besar dh kena mkn hehehhe
versi odah ni gareng.... sedap diratah begitu sahaja... ;)
laa..! org melaka ke odah...kita org melaka jugak...:D
ohhh.. my fav ni, zaman blajo dulu.. time balik kg mak masak byk2 then bawak bekal kat kolej.. beli nasi putih panas2 makan dgn sambal bilis special mak. Huh sedap...
Shira : sedap kan..mmg fav odah.selalu kene ade atas meja ni.mana tak gemuk! Haha
Lily Putih: betul2! Lg pedas lg sedap! ;)
@ Eliza : haha.siap dorang kata kita kejam mkn ikan kecik! Haha.takut tak dgr..;)
@ Kak yong : suka yg rangup.mmg kejap je abis kene ratah!!
@ Najwa : laaa...samalah kita.bg odah tahu kita sekampung!
@ ummumishkah
betul2 Kak.sambal ni mmg tahan lama.sbb kering.best mkn ns kosong,ketupat,bubur nasi...Pergh!!!! ;)
Post a Comment