ads

Sunday, December 12, 2010

Bagan Datoh

Assalammualaikum wbt

Salam sayang semua.

Dah lama entry ni ada dalam draft.Nak kongsi cerita kami ke bagan datoh dua minggu lepas.Bila menghantar adik saya bertandang di sg sumun.Kami stay di homestay.Jadi sebelum majlis malam berinai,kami sempat berjalan2..tengok2 kawasan disekitarnya..Malaysia ni kecik je,tapi betullah..even kecik tak semua tempat lagi kita sampai.Betul tak?

So,kami ke pekan kecil bagan datoh.memang sangat kecil.terpencil dan kecil.Jalan ke bagan datoh ialah jalan mati.terus ke laut..hihi.Masyarakatnya pula berbilang kaum.Bila sampai ternampak anak2 muda berbangsa india bermain bola di padang.Di pekan bagan datoh,terlihat masyarakat cina sedang berniaga di pasar.dan smestinya ramai masyarakat melayu di sana sini.yang pasti,dalam kawasan terpencil, ramainya penduduk kat sini...


Sampai2,terus kami ke jeti.tengok2 laut,tengok view,angin sepoi2..


ecewah adam pose siap lentok-lentok!

Jambatan ini panjang sampai ke hujung.tapi ummi tak berani pi..pengecut.hehe

dorang jalan sampai hujung.banyak ikan katanya..

Adam tengok air..

Dah lama tak upload gambar adam eh.ni letak banyak-banyak.muah..muah..muah! hehe
Aufa tengok ikan dengan acik dan atuknya.

Adam dan nenda tercayanggggg!!


Aufa excited tengok air.tapi air ni tak boleh mandilah sayang..keruh betul.hehe.

Berlatar belakangkan pekan kecil bagan datoh

Ada pasar malam pula.langkah kanan lah.perut tgh lapar..nyam nyam..Aufa mamam banyak2 ye...

Adam pun nak jugak! Boleh tahan budak dam bam ni..

Makan keropok lekor sampai meleleh2 air liur...hehe

Harga foodies kat sini memang murah dari kat KL.satu family makan satay,mihun sup,rojak,air.semuanya rm23 je..ummi makan mihun sup,sedapnya makan panas2..


Dah makan2.tengok jam dah pukul 6.30.so,cepat2 balik homestay.siap-siap,mandi-mandi,solat.Malam pi majlis berinai pula..:)

Lepas ni tak tahu lah bila lagi datang bagan datoh.kalau tak pape event camni,memang tak sampai lah.Hihi

P/s: nak merancang pi bercuti.tapi tak tahu nak ke mana...tapi teringin nak cuti-cuti jauh plak..korea ke..paris ke..perth ke..Haha.tempat2 tu pergi dalam mimpi jelah.haha

2 comments:

Ema said...

Tanah tumpah darah ku tu.......

Ummi Salsabila said...

Ema: oo yeke..jauhnya merantau ye? Sampai jugak saya kat kg awk..:)